Friday, 22 September 2017

NOVEL TUNDUKKAN PLAYBOY ITU


Image result for novel tundukkan playboy itu






Ini adalah karya pertama penulis ANJELL yang saya baca. Sebenarnya saya telahpun mendapat sedikit gambaran berkaitan novel ini melalui drama adaptasinya namun tidaklah juga saya menonton kesemua episode he he…sebab seperti yang saya katakan….saya lebih suka karya yang asli dan adakalanya saya melihat juga kepada kekuatan dan kemampuan pelakon membawa watak tersebut.

Penulis ini memang berkeupayaan hebat dalam bermain-main dengan plot cerita. Adakalanya saya merasakan sudah berada di klimaks cerita namun penulis begitu bijak menaikkan semula plotnya dengan menggunakan teknik suspen dan kejutan melalui penambahan konflik baharu yang memang mampu untuk mengembangkan dan melanjutkan lagi cerita.

Oleh sebab, saya sudah menonton sedikit dramanya maka saya juga membaca dalam keadaan yang tidak berapa fokus sebenarnya. Secara jujurnya saya tidak berapa teruja membaca novel ini walaupun saya terus membaca tanpa meninggalkan satu patah perkataan lebih kurang dalam tempoh 10 jam sebab banyak berhenti melakukan kerja yang lain. Antara dapatan saya :-

1.    BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN ALLAH MAKA SELEBIHNYA AKAN DIPERMUDAHKAN.
-       Novel ini membawa banyak unsur keagamaan sebenarnya. Bermula dengan kebencian terhadap wanita bertudung sehinggalah kepada perlakuan lain yang dilarang oleh agama. Penulis mengingatkan bahawa mereka yang selalu melakukan kemungkaran akan mendapat balasannya. Setinggi manapun pangkat dan harta yang kita ada tetapi kita tidak akan mampu untuk melawan ketentuan Allah. Hamba Allah yang berharap teguh kepadaNya walaupun mendapat kesulitan tetapi Allah sentiasa melindungi dalam apa jua keadaan.

2.    DIDIKAN ANAK-ANAK BERMULA DENGAN IBU BAPA
-       Apabila anak-anak membesar dalam keadaan yang tidak terdidik akhlak dan akidahnya maka ibu bapa bersedialah untuk menerima bahananya pada masa hadapan. Kesibukan dalam mengejar harta untuk tujuan kemewahan hidup anak-anak tersebut merupakan satu kesilapan besar yang perlu diingati oleh semua ibu bapa.

3.    PELUANG UNTUK BERTAUBAT TIDAK AKAN SELALU ADA
-       Gunakan peluang yang ada untuk kembali kepada ajaran Allah. Novel ini banyak mengingatkan saya tentang kuasa Allah yang sekelip mata menterbalikkan apa yang kita suka kepada tidak suka dan yang kita tidak suka kepada suka. Juga penulis memaparkan bahawa adakalanya kita diberi peluang untuk berubah namun kita sendiri yang tidak menggunakannnya atas alasan masih muda atau akhirnya malu dengan perbuatan sendiri. Untuk ini, dorongan dan bimbingan daripada orang yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi sangat diperlukan supaya mereka yang bersungguh-sungguh ingin kembali pada Allah dapat dibimbing.

SINOPSIS NOVEL

Mengisahkan tentang seorang gadis bertudung bernama Nurin Areesa yang berhadapan dengan karenah bosnya yang tidak menyukai gadis bertudung. Namun atas dasar desakan kedua orang tua mereka maka kedua-dua orang ini terpaksa bekerja di bawah bumbung yang sama. Sewaktu bekerja bersama-sama inilah banyak peristiwa yang berlaku antara mereka. Kemunculan watak Elfira yang sebelum  ini merupakan kawan Nurin dan juga menutup aurat sepertinya. Namun kerana perasaan Elfira yang hanyut terhadap Harraz menyebabkan dia akhirnya terjebak dengan kehidupan sosial yang liar.

Harraz yang pada awalnya begitu membenci Nurin, akhirnya mengakui perasaannya yang akhirnya terpikat kepada wanita bertudung. Namun dia berhadapan dengan sepupunya Farhan yang turut menyimpan perasaan terhadap Nurin. Pekara yang menjadi kebetulan antara hero dan heroin ialah jawapan kepada model wanita yang selama ini dicari-cari oleh Harraz kerana terpegun dengan mata milik wanita tersebut ialah Nurin. Sungguh Harraz tidak menyangka yang Nurin merupakan gadis yang dicari-carinya selama ini. Pertemuan tersebut berlaku sewaktu Nurin menjadi model membantu kawannya dan dia memakai penutup muka dan hanya mempamerkan bahagian matanya sahaja. Tarikan jodoh bermula di sini.

Pelbagai cabaran yang telah mereka lalui sebelum mereka mendirikan rumah tangga. Harraz mula berubah apabila berlaku sesuatu peristiwa pelik kepadanya. Dia mula membuang segala tabiat buruknya dan kembali mempelajari agama dengan bantuan rakan yang baru dikenalinya. Setelah berumahtangga mereka sekali lagi diuji apabila kehilangan zuriat mereka. Akibat tekanan keguguran, Nurin pula mula berubah dan menjauhkan diri daripada suaminya sehinggalah akhirnya dia terbaca surat Harraz yang memintanya untuk menerima ketentuan Allah.

Kesudahan untuk watak Elfira dan Farhan pula…Elfira akhirnya akur pada hubungan Harraz dan Nurin  setelah cuba untuk menganiayai mereka tetapi dia pula yang terkena. Farhan pula akhirnya berkahwin dengan wanita cantik seperti yang pernah Nurin doakan sebelum ini.

Of courselah happy endingkan…..he he….Nurin dan Harraz akhirnya menimang cahaya mata.

Nak tahu detail…baca novel ni….apa yang berlaku kepada Nurin dan Elfira, Elfira dan Harraz, Farhan dan Nurin, Farhan dan Harraz…..kenapa dan bagaimana Harraz berubah…dengan bantuan siapa….apa yang berlaku kepada Harraz Holding…syarikat kesayangan Harraz….bacalah ya….tak rugi sebab memang menarik.

Seperti yang saya maklumkn di awal-awal entri…penulis mmg pandai bermain-,main dengan perasaan pembaca….dah nak landing….tup tup dia naikkan semula he he….tak percaya…meh baca novel ni….

Tak blh nak buat perbandingan dengan drama sbb hanya tgk beberapa episod sahaja….mcm tak adil pula nak kutukkan ha ha….


NOVEL PAKCIK KEREK SEMANIS PAVLOVA







Image result for pakcik kerek semanis pavlova



Rasanya ini kali pertama saya membaca hasil tulisan penulis Aliesha Kirana atau mungkin saya yang tidak menyedari kerana adakalanya saya membeli novel berdasarkan jalan ceritanya....siapa penulisnya saya tidaklah kisah sangat..namun setahu saya penulis ini bukan calang-calang juga orangnya sebab ada juga novelnya yang telah diadaptasi dalam bentuk drama dan juga menjadi best seller seperti Love U Mr Arrogant....yang ini saya sendiri belum membacanya....nanti mahu dicari jugalah...berdasarkan pembacaan untuk novel ini nampaknya gaya penulisan penulis ini mengena di jiwa pembacaan saya he he......


Permulaannya saya terasa pelik sedikit dengan judul novel ini yang agak berlainan ya....he he...selamba gitu...Pakcik Kerek....jarang kot dengar perkataan ni....kalau diterjemahkan....kerek samalah dengan maksud sombong kot eeh he he....apabila membaca judulnya, saya langsung tidak tertarik..tetapi selepas membaca review beberapa orang yang telah membaca novel ini...nampak menarik dan timbul rasa keterujaan untuk memilikinya...seperti biasa....kerana sifat gelojoh dalam diri yang tidak sabar-sabar mengetahui kesudahan cerita...saya sanggup bersekang mata menghabiskan pembacaan yang memakan masa lebih kurang 5 jam.

Setelah selesai pembacaan...biasanya saya akan menulis hasil dapatan pembacaan saya khususnya dari aspek pengajaran yang ingin disampaikan oleh penulis. Walaupun jalan cerita yang simple, santai namun masih mampu mendatangkan kesan mendalam dalam jiwa pembaca khususnya mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Saya mula terfikir...wujud lagikah insan-insan mulia seperti watak dalam novel ini..mungkin ada cuma kita sahaja yang tidak menjumpainya...antara dapatannya ialah :-

1.    BETAPA TINGGINYA NILAI SEBUAH PERSAHABATAN
-       Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar dicari.....ketika kita senang begitu ramai sekali orang yang sanggup berada di sekeliling kita, tidak kiralah sama ada ikhlas atau tidak berkawan dengan kita, itu jatuh di tempat yang kedua...dalam dunia sekarang...nilai keikhlasan sudah tidak menjadi asas penting dalam persahabatan...apa yang penting ialah apa yang dia boleh dapat daripada jalinan persahabatan itu. Ini sememangnya menyakitkan kerana ketara sangat orang tersebut hanya berkawan pada waktu kita senang sahaja.
-       Namun dalam banyak-banyak kawan kita yang berperangai begini, pasti akan wujud seorang kawan yang sentiasa bersama kita, ikhlas berkawan dengan kita dalam apa keadaan sekalipun. Jika ada sahabat seperti ini, jagalah dan hormatilah sebab bukan mudah untuk menemui insan yang benar-benar menghargai kita sebagai sahabat.


2.    JANGAN BIARKAN EMOSI MENGUASAI DIRI SEHINGGA TIMBUL SIFAT MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
-       Jangan ambil kesempatan terhadap orang yang betul-betul ikhlas bersama kita. Sekali anda mengkhianatinya, saat itu juga anda akan kehilangan kepercayaannya. Rasa rendah diri terhadap kekurangan yang ada tidak boleh dijadikan alasan untuk membiarkan emosi menguasai kita sehingga melakukan perkara yang boleh menghancurkan kehidupan orang lain.
-       Jujurlah dalam sesebuah perhubungan. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sehingga menyebabkan orang lain mengharap dan akhirnya terluka dengan penantian yang tidak ada penghujungnya.

3.    KESUNGGUHAN UNTUK BANGKIT SEMULA MENERIMA KETENTUAN TAKDIR
-       Tidak semua orang mampu untuk bangkit semula selepas menerima ujian yang sangat berat dan melemahkan seluruh semangat hidup kita. Apatah lagi apabila melibatkan kehilangan nyawa akibat khilaf diri. Kesakitan dalamannya sukar untuk diubati dan menjadi trauma berpanjangan dalam hidup. Apabila ditimpa kesulitan, kita memerlukan seseorang untuk membantu kita bangun semula.

SINOPSIS NOVEL

Kisah seorang gadis bernama Ajda yang mengusahakan perniagaan online The Jida Dessert. Dia telah memohon untuk menjadi vendor di sebuah butik terkenal iatu Talqisya dan menerima layanan kerek daripada pemilik butik tersebut iaitu Megat Talhah. Saya seronok dengan watak Ajda he he....walaupun nampak lurus bendul tetapi dia punya prinsip dan keperibadian hidup yang tinggi.

Megat Talhah berhadapan dengan masalah teman wanitanya bernama Melissa seorang model muslimah yang telah lama bercinta dengannya namun tidak mahu melangsungkan perkahwinan dengannya. Hal ini disebabkan keluarga Melissa tidak boleh menerima kehadiran Qisya anak buah Megat Talhah yang lumpuh. Qisya tinggal bersama dengan Megat semenjak kematian kedua-dua ibu bapanya dalam sebuah kemalangan kereta yang dipandu oleh Megat sendiri. Kejadian ini turut menjadikan Megat trauma untuk memandu kereta.

Qisya yang telah lama mengasingkan diri selepas ditimpa kemalangan mendapat cahaya baru apabila dia berjumpa semula dengan kawan baiknya ketika berada di universiti iaitu Ajda. Namun kehadiran Dr Ikhwan yang menunjukkan minat terhadap Ajda menimbulkan rasa cemburu dan tidak senang dalam diri Qisya. Dia sebenarnya telah lama meminati secara diam Dr Ikhwan yang juga merupakan doktor yang merawatnya. Oleh tu, Qisya telah mengatur strategi serampang dua mata iaitu untuk menjauhkan Dr Ikhwan dengan sahabatnya dan sekaligus memberikan sinar kebahagiaan kepada pakciknya yang telah dikecewakan oleh teman wanitanya. Qisya akhirnya telah meminta supaya Ajda berkahwin dengan Pak Su dengan alasan mereka dapat menghabiskan masa bersama.

Satu pekara yang mengejutkan Ajda apabila telah menyatakan persetujuan untuk berkahwin dengan Pak Su sahabatnya itu....Pak Su Qisya ialah Pakcik Kerek Pemilik Butik Talqisya iaitu Megat Talhah yang sangat digeruni oleh Ajda...banyak kisah lucu antara mereka sewaktu ingin mengenali hati budi masing-masing...korang baca sendiri eeh....Namun mereka dikejutkan dengan kematian Qisya secara tiba-tiba apabila jangkitan kuman merebak ke seluruh badannya. Ajda berasa sangat sedih dan dia berasa tidak layak untuk meneruskan perkahwinannya dengan Megat Talhah apatah lagi selepas Melissa datang berjumpa dengannya memohon supaya Ajda berpisah dengan Megat.

Timbul konflik kerana Megat sudah mula mencintai Ajda dan telahpun membuang jauh Melissa daripada hidupnya namun Ajda pula tidak dapat mempercayai segala kata-kata dan kesungguhan Megat Talhah untuk meneruskan perkahwinan mereka. Di saat Megat Talhah meninggalkannya selama 2 bulan atas urusan perniagaan di Jakarta, Ajda mula merasakan kehilangan dan akhirnya dia memutuskan untuk kembali dan menerima Megat Talhah.


Best juga ceritanya......walaupun tiada konflik luaran yang nyata tetapi penulis lebih banyak menumpukan kepada konflik dalaman watak. Pertarungan dalaman yang wujud dalam diri Megat, Ajda dan Qisya sangat menarik untuk kita jadikan sempadan dalam kehidupan. Tambah mendamaikan jiwa apabila Melissa juga akhirnya berkawan baik dengan Ajda.....seronok rasa hati saya sebab tak adalah tegang sangat sehinggakan pembaca rasa nak pecah jantung ketika membacanya he he.....

Nak tahu banyak lagi....bacalah novel ini. Bagaimana tanggapan anda pula bergantung kepada penilaian masing-masing. Tidak perlu salahkan sesiapa sebab pastinya setiap persepsi kita adalah tidak sama. Ada yang kata best ada pula yang kata boring.....tepuk dada tanya selera masing-masing ya....sebab saya membaca bukan untuk memberatkan otak tapi untuk mencari hiburan melepaskan tekanan penat bekerja......

*Misi mencari novel lain karya penulis ini.....


NOVEL MANISNYA SOUFFLE

 Image result for novel manisnya souffle





Terlebih rajin dan bersemangat pula menulis hari ini he he.....perancangan mahu buat review semua novel yang telah dibaca..namun bukanlah boleh dibuat dalam tempoh sehari dua he he sebab koleksi dah menjangkau 30 lebih buah novel...perlu masa jua kot...tak per lah...sikit-sikit lama-lama nanti siaplah tu he he..

Kali ini saya tarik perhatian semua pada satu lagi karya Dila Dyna yang bertajuk Manisnya Souffle...mula-mula tak adalah berminat sangat untuk membaca buku ni sebab masih kurang review kerana buku ini baharu berada di pasaran....namun sewaktu menilik-nilik buku ni di kedai buku Popular...macam menarik pula...sempat bertanya dengan Uncle Google...maksud SOUFFLE..katanya ia adalah sejenis manisan yang terkenal di Perancis....wuui...sesuailah dengan cerita novel ini yang ada kaitan dengan negara tersebut.... 

 Secara umumnya novel ini tidaklah terlalu rumit untuk difahami...jalan cerita masih lagi santai...namun masih diselitkn dengan beberapa konflik untuk mengukuhkan binaan plotnya oleh penulis. Antara dapatan saya untuk novel ini ialah :-
1. SOMBONG DAN RIAK MENGUNDANG PADAH
- Hidup ini umpama roda. Adakalanya kita di atas adakalanya kita berada di bawah. Apabila kita berada di atas jangan sesekali memandang rendah pada mereka yang berada di bawah kerana kita tidak tahu waktu bila putaran akan berpusing dan meletakkan kita pula berada di tempat mereka. Senang merupakan nikmat yang Allah bagi.....susah pula ujian yang Allah bagi untuk hambaNya kembali mendekatkan diri kepada ajaranNya. Jika waktu senang kita penuhi dengan rasa sombong dan riak maka bersedialah menghadapi pusingan hidup yang mungkin boleh mengundang sejuta penyesalan kepada kita.

2. TAMAK PUNCA KEPADA KERUNTUHAN AKHLAK
- Tamak pada harta...tamak pada cinta manusia...maka jawapannya keberanian melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan. Usah dikejar harta dunia...usah dipertahankan cinta manusia yang tidak pernah menghargai anda...Harta boleh dicari...harta boleh dimiliki tetapi jangan sampai membiarkan diri kita bergelumang dengan noda dosa semata-mata untuk mengejarnya. Cinta pula adalah satu perasaan yang tidak boleh dipaksa-paksa. Hadir dengan sendirinya, hadir bersama keikhlasan untuk bersama...hadir dalam erti kata menyayangi dan mencintai. Cinta boleh menghancurkan... maka berhati-hatilah supaya tidak memakan diri.

3. DENDAM HANYA MEMUSNAHKAN
- Jangan berdendam... kelak menghancurkan hidup sendiri. Berusahalah untuk menerima dan memaafkan jika itu mampu meleraikan kesemuanya.

SINOPSIS NOVEL
Kehidupan mewah seorang gadis jelita Mia Aizara yang membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Disebabkan dendam terhadap ibu tiri yang dianggapnya penyebab kepada keruntuhan rumah tangga dan kematian ibunya menjadikan Mia membenci Puan Sri Sarimah.  Tindakan teman lelakinya Danny yang mempunyai skandal dengan Kayla kawan baiknya sendiri benar-benar menyakiti zahir dan batin Mia. Hal ini turut membawa kepada sikapnya yang bertukar-tukar teman lelaki sebagai balas dendam. Ketika dalam kesedihan, Mia telah mendengar satu suara misteri sewaktu menikmati Souffle yang digemarinya di sebuah restoran di Paris. Suara lelaki yang tidak dikenalinya itu meminta dia supaya tidak bersedih dan melupakan semua kesedihannya. Souffle dan suara tersebut mula menghuni dalam hati Mia.

Mia kembali ke Malaysia atas desakan ayahnya supaya membantu menguruskan hotel mereka. Akibat perangai DIVA yang terlebih-lebih menyebabkan dia mendapat gelaran Paris Hilton Malaysia oleh para pekerjanya. Mia tidak mempedulikan gelaran tersebut dan mengekalkan gaya DIVAnya sehinggalah insiden dia bertemu dengan Chef Zafeeq Aidan. Zafeeq lain dari yang lain kerana dia berani melawan Mia malah memalukannya dengan menuangkan kuah spageti ke atas kepala Mia akibat tindakan kurang sopan Mia membuang masakan Zafeeq dan pekerjanya yang tidak mencapai standard yang dikehendaki oleh Mia. 

Seperti biasalah, permusuhan, rasa benci dan marah pasti akan berlaku di sebaliknya. Akhirnya Mia dan Zafeeq tidak mampu untuk menipu diri sendiri apabila rasa cinta mula menghuni hati mereka. Namun tidak semudah seperti yang dirancang apabila rahsia dendam antara keluarga mereka terungkai. Datin Sri Maisarah menghalang perhubungan mereka kerana ibu Mia dan ayah Zafeeq penah mempunyai skandal. Malah diperhebatkan lagi apabila mama Zafeeq berada di tempat kejadian sewaktu ibu Mia lemas ke dalam kolam namun tidak memberikan pertolongan.

Kematian bapa dan ibu tirinya angkara ketamakan dan hasad dengki sepupunya Julia dan Pak Ngahnya sendiri menyebabkan Mia kehilangan kuasa pemilikan hotel mereka. Pada saat Mia berhadapan dengan masalah ini, Zafeeq yang terlebih dahulu mengetahui rahsia keluarganya yang melibatkan Mia telah mengambil keputusan untuk berpisah dengan Mia atas alasan tidak boleh menerima Jihad adik Mia yang telah lumpuh akibat kemalangan bersama ibu bapanya. Pada dasarnya, Zafeeq terpaksa melakukannya kerana tidak mahu mendatangkan penderitaan dan kesedihan yang lebih kepada Mia selepas mengetahui ibunya curang dengan bapa Zafeeq sendiri.

Mia telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke London bersama Jihad. Namun selepas kematian Jihad, Mia kembali semula ke Malaysia dengan salah satu tujuannya untuk mendapatkan semula hotel milik ayahnya. Zafeeq yang sebelum ini bekerja sebagai Chef telah kembali semula kepada kerjaya asalnya iaitu doktor untuk menyibukkan dirinya agar tidak ada masa untuk mengingati Mia. Pertemuan semula dengan Mia, membuktikan kedua-duanya masih mempunyai rasa cinta yang kuat dalam hati masing-masing. Keikhlasaan ibu bapa Zafeeq yang datang ke London untuk menuntut kemaafan daripada Mia setelah melihat kekecewaan yang mendalam dalam diri anak mereka Zafeeq membolehkan Mia mula rasional terhadap perhubungan mereka.

Watak Julia yang tidak pernah berpuashati dengan Mia banyak menimbulkan masalah dalam hidup Mia. Mia menerima tamparan Julia sewaktu dia melawat Pak Nganya yang sedang sakit. Julia bertambah-tambah benci dengan Mia apabila suaminya Muiz bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Mia. Julia menjadi mangsa keganasan Muiz namun demi memastikan Mia tidak mendapat Muiz maka dia menahan kesemua penderitaannya. Muiz dengan kejamnya telah cuba untuk memperkosa Mia namun berjaya diselamatkan oleh Zafeeq. Berlaku insiden yang memalukan apabila mereka pula telah diserbu oleh pegawai agama atas dakwaan melakukan maksiat. Hal ini menyebabkan perkahwinan mereka berlangsung sebulan lebih awal daripada yang ditetapkan.

Mia berhadapan dengan trauma apabila bersama suaminya kesan daripada kekejaman yang pernah dilakukan oleh Muiz terhadap dirinya. Zafeeq terpaksa bersabar dengan karenah isterinya dan menunggu sehingga isterinya benar-benar bersedia. Rumah tangga mereka diuji sekali lagi apabila Mia keguguran anak pertama mereka. Namun semuanya berakhir dengan baik. Mia mendapat semula hotelnya dan memiliki keluarga yang bahagia bersama Zafeeq.

Jujurnya, novel ini banyak menimbulkan tanda tanya kepada saya sepanjang pembacaan. Banyak kejutan yang berlaku dan lari daripada andaian atau telahan saya. Saya menjangkakan Datin Sri Maisarah akan menjadi watak yang jahat sehingga penghujung cerita...rupa2nya dia merupakan penyelamat kepada perhubungan Mia dan Zafeeq. Saya juga mengharapkan konflik antara Julia dan Mia akan dapat diperkembangkan sehinggalah Mia membalasnya sepertimana kekejaman yang dia lakukan kepada Mia...tapi tidak he he....nak juga Mia tu balas balik....

Lama saya berfikir kenapa agaknya plot ceritanya lain drpd jangkaan.....baru sy dpt jawapannya...mungkin disebabkan penulis ingin menumpukan pada erti KEMAAFAN DAN KASIH SAYANG...urusan kejahatan Julia dan Muiz....mahupun kisah silam keluarga mereka hanya diselesaikan dengan cara mereka tidak mendapat apa yang mereka mahu....cth Muiz tidak mendapat Mia, Julia kehilangan hotel....Datin Sri Maisarah berubah menjadi baik dan insaf atas kesalahannya.

Apa-apapun tidak rugi anda membaca novel ini. Saya membacanya dalam 6 jam. Santai dan menghiburkan...ada masa tersenyum sendiri2..ada masa perasaan jadi tegang....fuuuh....jika perasaan seperti ini muncul bererti novel ini telah mampu menjentik jiwa pembacaan saya he he...

Oh ya....mesti ada yang tertanya....apa pula kaitan dengan negara Perancis....he he...mcm ni...kisah diorg ni bermula sewaktu mereka berada di Paris...Mia melanjutkan pelajaran di sana dan Zafeeq pula menyambung pelajaran dalam bidang masakan yang sangat diminatinya...Zafeeq yang telah lama menyimpan perasaan terhadap Mia telah menghidangkan souffle buatannya kepada Mia yang sedang bersedih akibat perbuatan khianat sahabat baiknya sendiri...di situlah kisah mereka bermula he he....nak tahu lebih lanjut...bacalah novel ini...

















Thursday, 21 September 2017

SURI HATI MR PILOT


Image result for novel suri hati mr pilotImage result for novel suri hati mr pilot

Novel pertama karya Dila Dyna yang menarik perhatian saya.....teruja untuk merasai keseronokan membacanya...mungkin disebabkan oleh populariti drama adaptasi novel ini yang mendapat sambutan luar biasa. Kesan pengaruh drama ini juga saya cuba untuk menonton dramanya namun tidak mampu untuk menghabiskan kesemua episod kerana kesan lakonan yang kurang mantap sedikit sebanyak menganggu tumpuan saya he he....mhn maaf LOFATAH...

Oleh itu, saya beralih kepada novel.....usaha demi usaha dibuat untuk mendapatkan novel ini...akhirnya berjaya memilikinya dengan bantuan Mr. Hubby yang sporting tolong mencarikan untuk isterinya he he.....saya menghabiskan pembacaan novel ini lebih kurang dalam 8 jam...banyak jugalah unsur pengajaran yang boleh kita fikirkn bersama dan sememangnya ada hubungkaitnya dengan kehidupan kita seharian. Antaranya :-

1. KUNCI KEPADA KEUTUHAN RUMAH TANGGA ADALAH KEPERCAYAAN
- Rumah tangga antara Warda dan Ejaz runtuh disebabkan oleh tiadanya kepercayaan antara satu sama lain. Warda sangsi terhadap Ejaz dan Ejaz juga turut tidak mempercayai Warda. Keengganan Ejaz untuk mendengar dan mempercayai sebarang penjelasan Warda turut mengeruhkan keadaan. Warda yang hilang kepercayaan dan keyakinan untuk bersama Ejaz akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan suaminya bersama kandungan yang dirahsiakannya. Fuuh..... waktu ini...gelodak perasaan pembaca juga turut meningkat....he he....geram, sedih....bercampur baur....cuba untuk berada di tmpt Warda...agak geram apabila dia merahsiakan kandungannya namun berasa sedikit gembira apabila memikirkan....itulah nilai maruah perempuan...

2. JANGAN TERLALU BERAHSIA DENGAN PASANGAN ANDA DENGAN ANDAIAN ITU ADALAH PENYELESAIAN TERBAIK. BERKONGSILAH KERANA ITULAH NIKMAT ERTI RUMAH TANGGA YANG SEBENAR.
- Saya cuba untuk menyelami watak Warda dengan berfikir secara KBAT he he......Warda merahsiakan segala-galanya kerana menjaga MARUAH atau kerana EGO....ya tidak semudah bicara jika kita pula berada di tempat Warda....tapi saya melihat tindakan Warda dari dua sudut yang berbeza iaitu dari sudut positif...tindakannya itu menunjukkan bahawa Warda merupakan seorang wanita yang bermaruah....yang tahu untuk berdikari sendiri dan tidak bergantung walaupun pada orang yang amat dia cintai.....Warda mahu yang terbaik untuk orang yang dia sayangi....dia tidak mahu menjadi penyebab kepada segala kesakitan yang dialami oleh Ejaz...Warda merasakan dia bertanggungjawab atas semua kesakitan Ejaz dan menyebabkan dia rasa dia tidak layak untuk berdamping dengan suaminya......wuuuui.....ini tidak semua wanita mampu untuk melakukkannya.....fitrahnya sebagai wanita....kita jarang dapat melakukan pekara ini iaitu bersembunyi dan menyembunyikan sesuatu semata-mata untuk melihat kebahagiaan orang lain walaupun bukan salah kita sepenuhnya.....
Dari sudut negatifnya pula, saya melihat tindakan Warda ini sesuatu yang tidak rasional meninggalkan Ejaz dalam keadaan seperti itu akan menambahkan luka yang timbul antara mereka....apatah lagi merahsiakan kandungannya...dan inilah punca kepada keretakan rumah tangga mereka...tapi siapa suruh juga Ejaz mengikut emosi....sehinggakan kata-katanya amat melukai hati Warda (tetap menangkan wanita ha ha)......

Novel ini banyak memberi saya peluang untuk merenung dan muhasabah semula dalam hal mempertahankan sesuatu perhubungan....memang benarlah bukan mudah untuk terus bahagia selamanya tetapi usaha untuk terus bangkit agar dapat terus bersama itu paling penting....

Sinopsis novel ini agak mudah....tidak rugi anda membacanya jika anda membaca untuk tujuan santai dan mengambil pengajaran yang tersirat di dalamnya.....SURI HATI MR PILOT.....kisah  antara seorang pilot dengan wanita pilihan ibunya.....wujud sedikit dendam di peringkat awal apabila wanita tersebut melarikan diri sewaktu hendak ditunangkan dengannya...hal ini telah mencabar kelelakian pilot tersebut....apabila dia sdh melupakan kisah pahit masa lampau melalui hubungan cintanya dengan seorang pramugari (yang tidak direstui oleh ibunya)....wanita itu muncul semula dan mula menarik minatnya....

Hidup tidak selalunya indah.....begitu juga dengan hubungan Mr Pilot dan suri hatinya....kesan daripada salah sangka dan fitnah maka mereka terpisah juga di saat suri hati tersebut mengandungkan zuriat Mr Pilotnya.....bertemu kembali setelah sekian lama....setelah pelbagai duka telah ditempuh oleh kedua-duanya untuk merawat hati masing-masing namun kuasa cinta masih utuh mengikat mereka berdua....cuma halangan pasti wujud he he.....pasti ada watak penganggu yang adakalanya menyebalkan namun penting sebenarnya untuk menaikkan mood pembaca....saya sangat suka babak sewaktu suri hati kembali mengunjungi rumah mak mentua bersama anaknya dan adik iparnya menghinanya dengan begitu teruk sekali....sehinggakan suri hati merasakan dia sungguh tidak berguna....kehadiran Mr Pilot mempertahankan suri hatinya....fuuuh sangat menggembirakan jiwa...rasa nak melompat waktu tu he he......

Mood saya kembali menurun dan timbul rasa geram apabila suri hati mula jual mahal....alahai.....memenatkan jiwa jer lah he he....tapi k jugalah....nak memanjangkan cerita dengan mewujudkn lbh bnyk konflik...tapi betul jugalah kan.....tak kanlah nak kembali mcm tu saja....bagi rasa sikit Mr Pilot tu....dan Mr Pilot pun membalas juga dgn cuba berlakon berkahwin dgn org lain tpi malangnya lakonan yang diharapkn dapat meleburkan kemarahan suri hatinya telah menambahkan bara kemarahan sedia ada dan mengeruhkan keadaan...plot cerita semakin menurun apabila Mr Pilot sakit dna suri hati datang menjaga....dan korang tahulah kan ending selepas itu....mestilah diorang berbaik-baikkan....he he...

Selebihnya.....bacalah ya....atau sesiapa yang tgk drama dia blhlah membuat perbandingan dgn novel...namun sy tetap suka karya asal yang lebih menarik dan menghiburkan he he....


CINTA BUKAN UNTUK DIPERTIKAI
CINTA  BUKAN UNTUK DILUAH SEMATA-MATA
CINTA JUGA BUKAN SATU HIASAN
TETAPI
CINTA ADALAH ANUGERAH PERASAAN TERINDAH DARI ALLAH



WARDA = Wanita sempurna di hadapan Mr Pilotnya....menjaga standard diri mengikut piawaiannya yang tersendiri. Banyak terluka kerana terlalu berahsia dan menjaga hati orang lain tanpa mempedulikan perasaan sendiri....sentiasa merasakan dirinya tidak layak untuk berdampingan dengan orang yang dicintainya menyebabkan hidupnya terseksa.

EJAZ = Lelaki yang pernah ditolak oleh suri hatinya namun keikhlasan yang ditunjukkannya akhirnya berjaya menambat hati suri hatinya. Namun akibat terlalu mempercayai sesuatu tanpa usul periksa menyebabkan dia kehilangan wanita yang dia amat sayangi....cuma watak ini terlalu sempurna untuk seorang lelaki he he sebab dia sanggup menunggu dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan semula orang yang dicintainya....

SEDUTAN PETIKAN NOVEL

"Mana ada model pakai tudung buat fashion show, ma. Kalau ada pun dalam majlis tertutup aje. Lagipun..." Mata Ejaz memandang gadis itu atas bawah. "Warda ni bukannya model profesional, kalau jatuh tergolek atas pentas tu nanti macam mana?Mama juga yang malu."
Ewah...sedapnya mulut mengutuk aku. Siapa cakap aku tak pernah jadi model?! Gerutu Warda dalam hati.
"Kenapa mama tak minta tolong dengan Inara aje?Ejaz rasa Inara lagi sesuai, with her height, her figure. Cantik pun cantik,"cadang Ejaz lagi. Manalah athu dengan cara ini, hubungan mama dengan buah hatinya itu dapat dirapatkan.

******************************************************

Ejaz berdehem kuat menghalau gelora rasa yang mula menjentik kuat hati lelakinya itu. Pertama kali melihat gadis itu tanpa hijab di kepala, sungguh dia terpesona dengan kecantikan yang hanya akan menjadi tatapan matanya seorang saja mulai saat ini. Betapa beruntungnya dia. Betullah orang kata, yang tersorok dan tersembunyi itu lebih seronok dan teruja kalau dapat tengok.


******************************************************
 "Pasal pekara yang berlaku dua tahun lepas tu, I betul-betul minta maaf pada you. I tahu I silap." Liur ditelannya payah. "Terlalu ikutkan hati dan perasaan. Terlalu taasub dengan cinta lelaki. Tapi akhirnya tetap tak ada pengakhiran yang bahagia. Selama ni I berpegang pada prinsip, perkahwinan itu perlukan cinta. Tapi selepas apa yang I lalui.. I tahu cinta bukanlah segalanya. Cinta memang boleh buat manusia bahagia, tapi cinta juga bileh buat manusia jadi buta untuk menilai yang mana baik, yang mana buruk."


*******************************************************

Ejaz masih dengan senyuman penuh maknannya. Tubuhnya disandar ke panel pintu sambil terangguk-angguk mendengar Warda tak berhenti berpesan itu ini untuknya.
"You menangis sebab I nak fly ke?
         Terus terhenti bicara yang keluar daripada mulut Warda.
"Tak. Kenapa pula nak menangis?"nafi Warda walaupun hati mengatakan sebaliknya.
         "Just admit it, Warda. Bukan salah pun, suami you jugak. Kalau tak rindukan I, you nak rindu siapa pulak?"
           "Kalau ya pun kenapa? You still kena pergi jugak kan?
Makin lebar senyuman Ejaz, berbunga-bunga rasa hatinya dengan pengakuan isterinya itu. Pipi itu dicubitnya kuat. Comel sangat isteri aku ni!
           "I pergi kerja, bukannya pergi berfoya-foya. Nak tak nak I tetap kena pergi. Tapi bukannya you tak boleh call I, kan?"
       Warda masih diam terkebil.


*******************************************************
 
 "Apa lagi yang you nak daripada I? Empat tahun I menjauh daripada hidup you. I kotakan permintaan you dulu. Jadi apa lagi yang you nak daripada I? Apa lagi yang you masih tak puas hati?!"hambur Warda kasar bersama air mata yang turut merembes keluar. Kelihatan bergerak-gerak rahang lelaki itu. Mungkin rasa tercabar dengan kata-katanya tadi. Sesaat kemudian cnegkaman di tangannya terasa semakin kuat dan menyakitkan.
       Bibir diketap kuat. Entah kenapa kata-kata Warda begitu mengguris hatinya. Kata-kata itu seolah-olah hanya dia yang bersalah menyebabkan perpisahan ini. Padahal, kalau isterinya itu tidak terlalu berahsia dan berterus terang dengannya tentang keadaan sebenar dia, Muslim dan Humaira tika dulu, rasa curiga dan cemburu takkan mengasak kuat diri dan akalnya!
           "Kita berpisah Ejaz."


*******************************************************

"Kurang ajar!"jerkah Ejaz kuat seraya meluru pada adiknya dengan berang yang tak mampu dikepung.
              Pang!
             Warda terjelepok ke rumput dek tamparan hebat itu. Air mukanya tak beriak. laju air mata yang keluar seolah tak mampu ditahan.
              Suasana jadi sunyi sepi. Semua di situ tergamam dengan kejadian yang berlaku begitu pantas itu.
             Emi yang turut terkejut dengan apa yang berlaku itu turut jatuh terduduk ke rumput. Air mata mengalir ke pupu, lesu. Langsung tak menyangka kalau kakak iparnya itu tiba-tiba muncul menghalangnya daripaa menerima tamparan hebat abangnya itu.
           Ejaz yang turut tergamam dengan apa yang berlaku itu pantas mendapatkan isterinya itu dengan riak bersalah yang teramat sangat. Lengan itu disentuh lembut. rasa bersalahnya makin bertimpa-timpa saat matanya tertancap pada darah merah yang terpalit di hujung bibir mungil itu. Ya Allah...apa yang aku dah buat ni?
         "Sayang...I'm sorry sayang..."ucapnya rendah berbunyi kesal. Hujung bibir itu cuba disentuhnya, tetapi isterinya terlebih dulu mengalih wajah ke tepi, mengelak dari disentuh.
              " It's okay...memang sepatutnya I yang ditampar," balas Warda dengan pilu dan perlahan hanya buat pendengaran suaminya. Dia bangkit bangun berdiri walaupun pipinya dan kepalanya rasa berdenyut menahan sakit. Tanpa membuang masa terus dia mendukung anak yang turut teresak di sisi. Mama didekati dan disalam hormat sebelum mengorak langkah laju ke arah pagar meninggalkan berpasang-pasang mata yang tak lepas memandangnya itu.

*******************************************************

"Kita perlukan peluang kedua, Warda. Peluang untuk kita perbaiki semula smeua kesilapan lalu. Peluang untuk kita bina semula kebahagiaan kita. Peluang untuk I...untuk you," Ejaz berjeda sebelum menyambung."Demi Wiya...demi kita..."
          Warda mendongak. menatap kabur wajah si suami.
       "You yakin ke kita boleh bahagia?" soalnya. Ada getar dalam suaranya. "Boleh ke you terima segala pembohongan I sleama ni? I dah membelakangkan you, Ejaz!I tipu you, I tipu semua orang. I tinggalkan you sewaktu you lalui detik paling sukar dalam hidup, kedua kaki you tak mampu bergerak. Dan semuanya berpunca daripada kesilapan I!"
           Menitis juga air mata yang ditahan tadi.
           "You cakap Ejaz...layak ke I untuk you? Lakyak ke I beri kebahagiaan pada you?" tanya Warda lagi menuntut jawapan. Dilihat mata lelaki itu turut memerah. Dia tunduk merenung tilam, tak kuat menentang sepasang mata itu. Naluri wanitanya rasa digigit-gigit!
           Ejaz menggeleng perlahan."You silap, Warda. Saat paling sukar yang I alami bukannya waktu kedua kaki I hilang."
           Wajah Warda yang menunduk ditariknya ke atas. Mata basah itu direnungnya dalam.
         "Tapi untuk bayangkan...macam mana I nak teruskan hidup tanpa you di sisi I,"tuturnya jujur.
       "Tapi you tetap baik, kan samapi sekarang. Malah makin baik, walaupun I tak ada di sisi you," balas Warda.
         "I hidup untu you, Warda!"tegas Ejaz seraya menggoncang kecil bahu itu supaya mengerti apa yang tersimpan lama dibenaknya selama ini. Betapa dalam setiap helaan nafasnya selama ini, hanya nama itu yang terlafaz dan sentiasa dirinduinya.
          "I kuat demi you! Sebab I tak nak bila you balik you tengok I sebagai seorang suami yang cacat tak berdaya. I nak jadi seorang suami yang sempurna untu you," luahnya lagi bersungguh-sungguh.
          Demi mendengar kata-kata itu, air mata Warda semakin laju mengalir. Ya Allah...kenapalah dia tak boleh jadi sekuat itu untuk mempertahankan cintanya buat lelaki itu hingga dia tergamak meminta perpisahan daripada suaminya itu.

********************************************************

"Banyak air mata yang tumpah. Banyak hati yag terluka. banyak juga pengajaran yang I belajar daripada ujian tu semua dan sekali gus buat kita lebih menghargai kebahagiaan yang kita rasakan sekarang. Tak macam tu?"
  Tak berkelip mata Warda menatap wajah suaminya dengan linangan air mata. Laju dia melangkah setuju. Memang ujian yang Allah berikan untuk menguji kasih sayang dan cinta mereka selama ini cukup melelahkan. Tetapi, itu jugalah yang menguatkan cintanya buat lelaki ini.

******************************************************

 Andai manusia itu bisa dilahirkan semula, pasti aku takkan berhenti daripada jatuh cinta, dan terus jatuh cinta sekali lagi pada wanita di hadapanku ini. Kerana aku tahu, sebaris nama itu telah tertulis di sisi namaku sebelum kami dilahirkan lagi untuk menjadi suri hatiku.

******************************************************


Image result for dila dyna

PENULIS YANG CUKUP BERBAKAT......MASIH MUDA........











































































LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...