Sunday, 11 December 2022

KDRAMA THE KING AFFECTION


Saya memang peminat genre KDrama yang berbentuk history. Saya suka pada gambaran kehidupan masyarakat Korea pada zaman Joseon. Drama ini sudah lama masuk dalam My List cuma belum tergerak hati untuk menontonnya kerana apabila saya membaca review orang lain nampaknya cerita ini agak berat juga jalinan plotnya. Gandingan Park Eun Bin dan Rowoon dalam drama ni memang mantaplah bagi saya.

Kisah drama ini tentang golongan raja yang tidak dapat menerima kelahiran kembar dalam keluarga diraja. Mereka beranggapan seorang raja mestilah suci dan tidak boleh berkongsi uri apatah lagi dengan perempuan. Jadi puteri yang dilahirkan kembar dengan putera mahkota telah diperintahkan untuk dihukum bunuh. Namun permaisuri yang tidak sampai hati untuk membunuh puterinya telah menitahkan Panglima Yoon untuk menyembunyikan puterinya.

Namun takdir menjadikan puteri itu kembali ke istana dan bekerja sebagai dayang kecil di istana. Di sinilah, dia telah bertemu dengan abangnya yang merupakan putera mahkota pada waktu itu. Dia telah didesak oleh abangnya untuk bertukar tempat kerana mereka kembar seiras. Abangnya ingin melihat gurunya untuk kali terakhir sebelum gurunya itu dihukum bunuh atas fitnah pembesar lain. Kejadian malang menimpa apabila Ketua Pembesar mengarahkan supaya gadis yang menyerupai putera mahkota dibunuh.

Kesilapan pembunuhan ini membawa kepada permulaan konflik dalam drama ini. Ia memperlihatkan bagaimana strugglenya puteri tersebut untuk memainkan peranannya sebagai putera mahkota menggantikan abangnya yang telah mati dibunuh akibat. Korang kena tengok part ni sebab inilah konflik utama dalam drama ini. Banyak kisah yang berlaku yang boleh mendebarkan anda terutamanya apabila identiti puteri hampir diketahui oleh musuhnya.

Unsur romance tetaplah ada iaitu antara puteri (putera mahkota) dengan Jung Ji Woon. Pada mulanya Ji Woon berasa sangat pelik dengan tastenya kerana dia tiba-tiba menyukai kaum sejenis iaitu putera mahkota ha ha ha. Ini benar-benar mengugat maruah dan kekuatan dirinya untuk melawan perasaannya terhadap kaum sejenis. Pelbagai cabaran mereka lalui untuk bersama. Dah hampir bersama muncul lagi konflik baharu...biasalah untuk memanjangkan cerita he he. Ji Woon dah tahu yang Putera Mahkota itu adalah budak perempuan yang menjadi cinta pertamanya yang disangkanya sudah mati dibunuh dalam istana. Ketika mereka menyulam cinta muncul pula episod pemberontakan yang memaksa puteri untuk kembali ke istana.

Cinta Tiga Segi?????Mestilah ada. Ada sepupu puteri yang secara diam-diam mengetahui akan identiti sebenarnya sejak dari kecil menyimpan perasaan kepadanya. Dia juga merupakan kawan rapat kepada Ji Woon namun konflik cinta tiga segi ini tidaklah terlalu diketengahkan. Kehadiran Lee Hyun ini lebih kepada penyelamat dan pelindung kepada puteri. Ada juga kehadiran perempuan yang suka sangat dengan Ji Woon.

Endingnya...happy ending selepas semua konflik selesai namun memang banyaklah yang terkorban dalam proses nak menghampiri klimaks dan ending cerita. Ada beberapa perkara yang mengujakan anda apabila menonton drama ini :-

1. Ayah Ji Woon merupakan pembunuh suruhan Ketua Pembesar. Memang banyak konflik di sini. Ayah Ji Woon jugalah yang telah membunuh putera mahkota. Apakah pengakhiran kepada ayah Ji Woon. Adakah dia terus ingin menyakiti anaknya yang trauma ketika melihat dia melakukan pembunuhan depan mata Ji Woon sendiri ketika dia masih kecil. Pilihan ayah Ji Woon korang kena tengok.

2. Apa yang berlaku kepada puteri. Selepas dia ditabalkan menjadi raja dia dipaksa untuk berkahwin. Bayangkanlah bagaiman seksa hidupnya apabila tiba hari bersama dengan permaisuri. 

3. Siapa yang menjadi raja. Adakah puteri terus dengan idenitinya atau ada orang lain....jeng jeng...


CURHAT KDRAMA DOCTOR ROMANTIC - SEASON 1

 Saya terinspirasi untuk menonton drama ini setelah salah seorang kazen saya menyarankan untuk menonton drama ini. Pada awalnya saya tidaklah teruja sangat sebab apabila saya melihat barisan pelakonnya jujur saya katakan semuanya bukanlah dalam list my fav actor. Namun saya cuba baca beberapa review daripada rakan-rakan blogger yang sudi berkongsi tentang drama ini dan saya rasa tertarik untuk cuba menontonnya.

Berdasarkan tajuk Doctor Romantic, saya sebenarnya dapat membayangkan drama yang berkisar tentang kisah percintaan dalam dunia perubatan. Disebabkan judul romantic maka saya membayangkan pasti lebih banyak unsur percintaan berbanding dengan hal-hal berkaitan medic dalam drama ni...jika anda beranggapan seperti saya...anda melakukan kesilapan sama seperti saya he he.

Pada saya tarikan drama ini pada kekuatan karakter watak utamanya iaitu Teacher Kim. Saya benar-benar tertarik dan kagum dengan karisma yang dimiliki oleh beliau sehinggakan saya cuba mendalami perwatakan beliau yang boleh diaplikasikan dalam kerjaya saya. Ok kita mulakan review..

Kisah ini bermula di Geosan Medical Centre iaitu sebuah pusat perubatan yang popular di Seoul pada ketika itu. Pusat perubatan ini mempunyai seorang surgeon yang diberi gelaran Hand Of God disebabkan kemampuannya menyelamatkan ramai nyawa pesakit melalui pembedahan yang dijalankannya. Pihak atasan hospital yang tamak dan diiringi dengan hasad dengki terhadap surgeon tersebut telah mempergunakan nama surgeon itu untuk membuat "ghost operation" iaitu pembedahan yang dijalankan atas nama beliau namun dilakukan oleh orang lain tanpa pengetahuan beliau. Hal ini berterusan sehinggalah satu ketika berlaku komplot yang membawa kepada penyingkiran surgeon ini daripada pusat perubatan tersebut. Beliau telah dipersalahkan atas kematian seorang gadis yang juga merupakan pelatih perubatan yang selalu menimba ilmu pembedahan daripadanya walaupun pada dasarnya bukan dia yang melakukan pembedahan tersebut.Disebabkan rasa kecewa, marah dan sedih atas kematian gadis itu, surgeon ini telah membawa diri dan senyap beberapa ketika dalam dunia perubatan dan ini sudah pastinya menggembirakan musuh-musuhnya.

Muncul kisah Kang Dong Joo. Bermula dengan kisahnya sebagai seorang anak yang tidak berpuashati dengan kematian bapanya di Geosan Medical Centre disebabkan oleh birokrasi yang berlaku dalam hospital tersebut. Hal ini menimbulkan kemarahan kepadanya dan atas rasa ketidakpuasan hatinya menyebabkan Kang Dong Joo telah mengamuk di hospital tersebut. Namun dengan kudratnya apalah daya yang dia ada. Akhirnya dalam keadaan lemah selepas ditangkap, dia telah dirawat oleh seorang doktor lelaki yang akhirnya menasihatkan dirinya supaya jika dia hendak membalas dendam dia mestilah melakukannya dalam keadaan yang lebih bermaruah bukannya dalam keadaan yang lemah seperti apa yang dilakukannya sekarang. Kata-kata ini telah membuka minda sedar Kang Dong Joo, namun disebabkan anathesia yang dialaminya maka dia tidak dapat mengingati wajah doktor tersebut cuma dia hanya sempat mengingati nama Boo Young Joo yang tertera pada tanda nama doktor tersebut. Berbekalkan semangat itu, dia akhirnya berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya bertugas di Geosan Medical Centre. Di sini, Dr Kang telah menunjukkan ketrampilan dan kredibiliti yang tinggi dalam menjalankan tugas sehinggalah dia tersilap langkah dalam membuat perhitungan yang membawa kepada kematian pesakit menyebabkan dia akhirnya dibuang daripada pusat perubatan tersebut.

Di Geosan Medical Centra, Kang Dong Joo bertemu dengan Yoon Seo Jung yang merupakan doktor senior di situ. Disebabkan keberanian, ketangkasan dan keupayaan yang dimilikinya dalam menangani masalah-masalah di ER maka Dr Yoon juga dikenali sebagai Crazy Whale. Sikap unik Dr Yoon ini telah menyebabkan Dr Kang mula jatuh cinta kepadanya namun malangnya Dr Yoon pada waktu itu sudah mempunyai teman lelaki yang juga merupakan doktor di hospital tersebut. Dr Yoon agak tergoncang juga hatinya saat Dr Kang meluahkan perasaan kepadanya dan dia tidak jangka juga dalam masa yang sama teman lelakinya turut melamarnya. Dalam keadaan yang mabuk, teman lelakinya agak terkejut apabila mendengar pernyataan Dr Yoon dan telah membawa kepada berlakunya kecelakaan yang meragut nyawa teman lelakinya itu. Kesan daripada kemalangan tersebut telah menyebabkan Dr Yoon cedera di tangan dan lebih teruk dia telah mengalami depresi kerana rasa bersalah yang mendalam. Dia merasakan dia yang telah menyebabkan kematian teman lelakinya. Dia akhirnya terdampar di kaki bukit ketika melayan perasaannya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Nasib Dr Yoon agak bertuah sebab dia telah diselamatkan oleh seorang lelaki yang bernama Teacher Kim. Dia akhirnya dibawa dan dirawat di sebuah hospital pinggir bandar iaitu Doldam Hospital. Dia akhirnya sembuh daripada kecederaan zahir namun depresi yang dialami oleh Dr Yoon semakin teruk sehingga dia terpaksa makan ubat tidur untuk mengawal halusinasinya. Sampai satu ketika dia hilang kawalan dan mengelar tangannya sendiri namun berjaya diselamatkan oleh Teacher Kim. Dia akhirnya dikenakan tindakan tegas daripada Teacher Kim untuk tidak merawat pesakit selagi dia masih tidak dapat mengawal dirinya. Dia hanya dibenarkan menjadi pembantu sahaja.

Dr Kang yang telah dikenakan tindakan tatatertib telah dihantar bertugas ke Doldam Hospital manakala Dr Do In Beom yang merupakan anak kepada Chairman Do yang menjadi musuh kepada Dr Boo Young Joo turut dihantar ke Doldam sebagai spy kepada ayahnya. Di sinilah ketiga-tiga doktor muda ini bertemu dan melalui pelbagai cabaran dalam mengenali keperibadian Teacher Kim yang sebenar. Memang banyak konflik yang berlaku antara mereka khususnya dalam bidang perubatan. Tidak ada isu perebutan cinta di sini walaupun nampak ada gangguan tertentu tetapi  pengarah drama ini masih ingin kekalkan istilah romantik itu bukan pada indahnya percintaan seperti drama yang lain.

Kemuncak konflik ialah isu perebutan menjalankan pembedahan terhadap Chairman Shin iaitu Presiden kepada Geosan Medical Centre. Lebih merumitkan Doldam Hospital merupakan hospital di bawah Geosan maka senanglah Director Do mengarahkan kuncu-kuncunya yang diketuai oleh Dr Song untuk mengenakan Teacher Kim. Namun seperti yang saya katakan awal-awal review, Teacher Kim ini bukanlah calang-calang orangnya. Dia cool. tenang namun apabila beliau mengeluarkan kata-kata fuuuh memang menyengat...boleh putus nyawa orang yang mendengarnya he he sebab itulah Director Do sukar untuk mengawal dan mengalahkannya walaupun Director Do menggunakan taktik kotor membongkar identiti Teacher Kim adalah Dr Boo Young Joo tetapi sedikitpun tidak mengoyahkan keperibadian Teacher Kim.

Kekuatan Teacher Kim juga sebenarnya banyak dibantu oleh Chairman Shin dalam melawan Director Do. Sehebat manapun Director Do menghalang pembedahan Chairman Shin namun Chairman Shin tetap dengan keputusannya untuk memilih Teacher Kim dan Doldam Hospital sebagai tempat pembedahannya. Ini benar-benar menimbulkan kemarahan Director Do. Banyak kisah dan konflik menarik dalam drama ni ya..yang pastinya akan membuatkan penonton rasa teruja :-

  1. Dr Kang Dong Joo dengan keperibadian yang keras kepala dan mempertahankan pendiriannya bahawa untuk berjaya mesti diiringi dengan kekuasaan dan pengaruh sangat berbeza dengan Teacher Kim yang berpendirian bahawa pesakit merupakan kerutamaan mereka tanpa mengira pangkat dan harta.
  2. Dr Kang akhirnya tahu yang Teacher Kim adalah Dr Boo Young Joo yang pernah menyelamatkannya satu ketika dahulul tetapi disebabkan sikap keras kepala dan pendiriannya darah mudanya itu dia mengenepikan rasa terhutang budinya kepada Teacher Kim. Namun yang bestnya setiap kali dia cuba untuk mempersalahklan Teacher Kim setiap kali itu jugalah dia akan melalui apa yang pernah Teacher Kim lalui. Maka dengan sendirinya Dr Kang menjadi rasional. Lagipun Teacher Kim bukan jenis yang banyak bercakap tetapi dia lebih mahu Dr Kang menilai sendiri situasi yang pernah dilaluinya. Part ini pada saya best sebab sakit hati juga tengok gaya Dr Kang tu tapi acapkali berlaku keadaan tu dia juga akan melaluinya maka saya pun rasa puas hati he he
  3. Dr Yoon juga berhadapan dengan konflik sendiri. Kalau Dr Kang dia mahu menunjukkan kemampuannya, Dr Yoon pula mahu kehadirannya dirasai oleh Director Do kerana dia sebenarnya telah dibiayai oleh Director Do selepas kematian ibunya. Apabila anda menonton drama ini barulah anda akan nampak betapa strugglenya Dr Yoon dalam menangani permasalahan dalam hidup dan kerjayanya. Dia sabar dalam usaha meraih idolanya Teacher Kim agar menerimanya sebagai anak muridnya.
  4. Dr Do pun ada masalah juga. Dia ni bukanlah watak yang jahat sebab dia hanya dikawal dan dipergunakan oleh ayah dia cuma bestnya Dr Do ni dia akhirnya mengambil keputusan untuk memihak kepada Teacher Kim dan meninggalkan kekejaman ayahnya. 
Banyak watak sampingan lain yang akan menghiburkan anda, nurse Oh, Mr Jang, Presiden Yeo, Nurse Park, Mr Gu dan banyak lagi.

Secara keseluruhannya saya bagi 8/10...ooh ya endingnya mungkin sebab adanya Season 2 maka biasalah ending korea punya style memang akan tergantung sebab tu nak puas hati kena tengok juga season 2. Reviewnya selepas ini.

Friday, 20 December 2019

KERANA DIA LELAKI ITU

Image result for KERANA DIA LELAKI ITU
Omo omo omo...he he..menyesal saya peram buku ni lama-lama. WAWA AKIL memang antara penulis yang saya minati. Teknik penulisan beliau yang santai dan bersahaja disulam dengan penggunaan bahasa yang selamba mampu mencuit hati pembaca. Dalam masa yang sama, pelbagai emosi turut dibangkitkan seperti sedih, marah, geram dan gembira. 

Kisah sedih yang menyelubungi keluarga gadis jelita Sara Khadeeja. Ketika usianya baru sebulan, dia telah diserahkan kepada keluarga angkatnya. Hal ini disebabkan perpisahan antara walid dan mummynya disebabkan perbezaan darjat. Ibu Syed Hisyam iaitu Puan Seri Anom bermati-matian menghancurkan rumahtangga anaknya sendiri. Akibat tidak tahan dengan ugutan dan tekanan ibu mentuanya maka Nabila telah meminta Syed Hisyam ceraikannya. Syed Hisyam terpaksa melafazkan talak pada waktu itu kerana tidak mahu melihat isterinya tertekan dengan keadaan mereka. Ini kisah sedih, permulaan hidup seorang Sara Khadeeja.

Di sebalik kesedihan itu, Sara yang masih kecil membesar dan dididik dengan sempurna serta penuh tanggungjawab oleh keluarga angkatnya iaitu Hendan + Aminudin yang juga merupakan sahabat baik kedua-dua ibu bapa kandungnya. Baik sangat keluarga ni. Mereka tidak pernah menyisihkan Sara dan mereka juga tidak pernah menyembunyikan status Sara sebagai anak angkat. Malahan, Datin Seri Hendan sentiasa bercerita tentang walid dan mummynya kepada Sara agar anak gadis itu tidak menyimpan dendam atau rasa marah terhadap ibu bapa kandungnya yang menjadi mangsa keadaan. 25 tahun Nabila dan Syed Hisyam menghilangkan diri. Setiap bulan Nabila tidak pernah lupa mengirim nafkah untuk Sara dan setiap tahun akan mengirim hadiah hari jadi untuk anaknya.

Sara yang mewarisi kejelitaan mummynya dan muka ala-ala Arab walidnya menjadikan dia gadis idaman abang angkatnya sendiri iaitu Gibran Addin. Begitu juga dengan Sara. Dalam diam, kedua-duanya menyimpan rasa yang sama namun kerana status membesar bersama dan konsep adik-abang menyebabkan kedua-duanya menyembunyikan perasaan masing-masing.

SCENE I

"Along ni kan. Takkan puji sikit dah kata jatuh cinta. Tapi kan kalau dia jatuh cinta dengan Maira alahai untungnya...handsome gila,"

"Tapi sayangnya, dia tak syokkan Maira..dia," sengaja dia tidak menyambung kata-katanya.

"Habis tu syok siapa?" soal Gibran Addin. Pintu biliknya dibuka. Di belakang si adik setia mengekori langkahnya.

"Dia syokkan kakak. Ada ke patut dia ingat along kekasih kakak. Bila Maira cakap kakak dan along adik beradik punyalah berseri muka dia," dia bercerita.

Tanpa dia sedari ada wajah yang berubah mendengar kata-kata itu. Gibran Addin mendengus.

"Long kita nak dapat ipar erk,"soal Maira. Langsung tidak mempedulikan wajah abangnya yang berubah.

Dari tadi lagi dia mahu melompat tinggi tetapi cuba ditahan rassa hatinya. Yes! Along cemburu, ada peluang ni, desisnya.

SCENE II

"Long agak-agaklah nak berlakon sibuk pun. Takkan tilik fail kosong," makin kuat dia mentertawakan si abang.

"Mengakulah long...kalau tak melepas Tak salah along jatuh cinta pada kakak. Along bukan mahram kakakpun. Kakak halal untuk along nikahi," dia membuat perangkap samar lagi.

"Maira ni dah kenapa?,"marah Gibran Addin. Sakit pula telinganya mendengar ketawa si adik.

"Budak kecik jangan nak melalut boleh tak. Duk cerita yang bukan-bukan ni. Melalut sejak tadi," marah Gibran Addin.

Adik tak mungkin akan jadi kekasih. Seorang abang takkan biarkan hatinya berubah. Adik tetap adik.

SCENE III

"Kau okey tak ni?" soal Ziyyad. Tenang saja dia memandu keluar dari ibu kota menuju ke Office mereka di Pandan Indah.

"Aku okey. Apa hal tak okeynya. Tapi alang-alang kau dah tanya ni, aku ucap terima kasihlah sebab kau ambil berat pasal aku," perlahan saja suara Gibran Addin.

"Alhamdulillah. Kau mengakulah ni?" tanyanya lagi.

"Ya Allah...nak mengaku apanya?" dia masih buat-buat tak faham

Ziyyad tarik nafas. Buatlah muka blur macam tu, nanti tak pasal-pasal menangis tak berlagu nanti. Geram sungguh dengan sikap temannya itu.

"Mengaku apa yang aku nampak depan mata tadi. Kalau kau tak ada hati dengan Sara, kau tak jadi macam tu bila tengok Sara dengan si Fadh tadi.

"Jadi macam mana? Nampaknya orang lain pula lebih tahu pasal diri aku berbanding aku sendiri," dengus Gibran Addin.

SCENE IV

"Hissh, terputus pula," rungutnya.

"Bukan terputus tu. Entah-entah adik kau sengaja putuskan," saja Ziyyad menambah bara di hati Gibran Addin.

"Barulah padan muka kau," tanpa perasaan Ziyyad berkata. Perlahan saja nada suaranya tapi jelas di pendengaran Gibran Addin.

"Kau ni kenapa? Dari tadi tak habis-habis nak menyakitkan hati aku," marahnya. Wajah bersahaja temannya itu dipandang dengan pelbagai rasa.

"Laaa...kau terasa ke ? Ingatkan Gibran Addin Datuk Seri Aminuddin tak ada perasaa." sinis lagi bunyi itu.

Gibran Addin mengelu.

"Kau nak aku buat apa? Sara itu adik aku. Aku membesar dengan dia. Dari kecil kami bersama. Dalam hati dia, aku hanya seorang abang, Along pada dia. Aku tempat berlindung dia selama ini," Matanya dihala ke luar tingkap kereta.

"Maksudnya kau dah mengaku. Kau ada rasa pada Sara?Bravo...bravo akhirnya lelaki ego, lelaki degil macam kau tunduk juga dengan rasa itu."

Namun apabila Fadh Idhlan mula menunjukkan kesungguhan untuk mengurat Sara, Gibran Addin jadi tak ketentuan. Dia mula berperang dengan emosi dan perasaannya sendiri. Walhal pada masa yang sama dia tetap melayan Suriana yang dianggapnya tidak lebih sebagai adik untuk test perasaan Sara. Apabila Gibran sudah tidak mampu untuk membendung perasaanya melihat hubungan Sara dan Fadh yang semakin rapat, Gibran telah mengambil langkah menggunakan walid Sara iaitu Syed Hasyim sebagai perantaraannya. Maka berlangsunglah kisah nak mereka bertunang tetapi dalam sekelip mata majlis pertunangan diubah kepada pernikahan pula. Tak ada konflik pun sebab Fadh dan Surianna bukanlah langau tegar he he sebab tu saya suka penulis ni. Tidak merumitkan konflik langau tu.

Kisah pertemuan anak-beranak ni cukup meruntun jiwa saya hu hu. Rasa hampir nak menitis air mata. Saat kali pertama berjumpa dengan walidnya, pengsan Sara tu sebab terlalu terkejut. Bayangkanlah dah 25 tahun berpisah. Masa perkahwinannya pula dia dikejutkan dengan kehadiran mummynya nasib kali ni Sara dah tak pengsan lagi he he. Misi Sara dan Gibran pula bermula untuk menyatukan semula walid dan mummynya dan usaha mereka berjaya apabila Hisyam dan Nabila masih lagi menyimpan rasa yang sama walaupun telah terpisah 25 tahun. Majlis perkahwinan kedua merekapun dalam keadaan yang meriah. Tambahan pula, dengan kehadiran Tan Sri Syed Bakhtiar dan Puan Seri Anom yang telah insaf dengan kesalahannya selepas anak sulungnya meninggalkan mereka. HAPPY ENDING...fuuh puas weii baca cerita macam ni.....sekarang ni pun ntah dah beberapa kali ulang baca he he...k dapatan novel :-

  1. DARJAT TAK DIBAWA MATIPUN. LEBIH BAIK UTAMAKAN KASIH SAYANG KERANA SEKALI RASA ITU HILANG DATANGLAH SETINGGI MANA DARJAT SEKALIPUN TAK AKAN MAMPU UNTUK MEMBELINYA.
  2. PENYESALAN ITU SANGAT MENYAKITKAN. OLEH ITU, KITA PERLU BERFIKIR LEBIH DALAM SEBELUM BERTEMU DENGAN ERTI SEBUAH PENYESALAN.

# Oh ya...Sara dan Fadhlan tu sebenarnya selepas dibongkar-bongkar ceritanya ada hubungan juga tau he he tapi yang tu korang bacalah ya he he.

# Kisah lama Syed Hisyam dan Nabila iaitu walid dan mummy Sara juga berbaloi untuk dibaca sebab anda boleh rasa kesakitan itu hu hu.

16/60 CABARAN 60 BUKU SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL - 03 FEBRUARI 2019

Wednesday, 18 December 2019

TQ KAPTEN


Image result for NOVEL TQ KAPTEN

Karya QASH IRDINA yang pertama saya baca. Nama-nama pena yang cantik-cantik macam ni biasanya menjadi trend penulis kini. Dah lama sangat tidak membaca buku keluaran Love Novel. Dahulu banyak buku-buku penerbitan ini yang telah saya baca. Saya tergerak membaca cerita ni sebab ada kawan yang rekomen kata ceritanya best. So sayapun mulakan pembacaan.

Secara keseluruhannya, apabila anda membaca novel ni, ia ala-ala drama popular Korea DOTS tapi bukan semua tau... sebab tu saya kata ala-ala. Ada sedikit persamaan seperti latar cerita ini yang banyak berkisar tentang dunia ketenteraan. Kalau dalam DOTS kapten tentera dengan doktor yang ni pula kapten tentera dengan wartawan.

Nama watak dalam novel ni membuatkan saya hampir tertukar jantina he he sebab heroin nama Mikayla (ala-ala nama lelaki) manakala heroin pula Dhiya(kan nama perempuan tu he he). Pertemuan mereka bermula sewaktu Kay yang kelaparan mengusap perutnya disangkakan mengandung oleh Dhiya. Cerita mereka terus berkembang apabila Dhiya dan sahabatnya membantu Kay yang diragut. Nasib Kay bertambah malang apabila dia pengsan akibat tekanan darah rendah menyebabkan Dhiya' terpaksa membawanya ke hospital. Di situlah permulan perkenalan Dhiya' dengan keluarga Kay yang memang baik. Dhiya' yang telah membawa Kay balik dengan selamat ke Cameron Highlands. kebetulan mereka juga dalam perjalanan bercuti di sana. 

Perkenalan singkat antara mereka tidak sempat mekar disebabkan ketidaksanggupan Kay berhadapan dengan kesibukan Kapten Dhiya' (ni yang saya kata ala-ala DOTS he he perasaan tak). Kay mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhubungan mereka. Namun atas arahan Encik Ziyad peminat setia Kay, dia terpaksa membuat dokumentari ketenteraan. Oh ya, Kay ni wartawan terkenal tau...semua orang kenal dia...selalu masuk tv. Dalam dokumentari itu dia sekali lagi bertemu dengan Kapten Dhiya'. Memang kena habis-habisanlah dia oleh Kapten Dhiya' yang seolah-olah sengaja mengenakannya selepas dia menolak lelaki itu. Pengakhiran mereka di sini tidak berapa baik apabila Kay percaya bulat-bulat gurauan Amsyar yang mengatakan Kapten Dhiya' bakal berkahwin dengan Kapten Emily.

Sekali lagi takdir menemukan mereka apabila Kay diminta untuk membuat liputan tentang misi pengaman di Beirut. Di sinilah kisah cinta mereka semakin tersulam indah. Kata janji dan cinta dilafaz bersama. Ada juga peristiwa cemas yang melibatkan Kay namun kemunculan Kapten Dhiya' pasti akan menyelamatkannya. Ujian dalam perhubungan mereka bermula apabila Kay kembali ke Malaysia dan Kapten Dhiya' masih di sana. Perkenalan Kay dengan Tengku Zafriel dijadikan alasan untuk keregangan hubungan mereka. Namun ada cerita di sebaliknya.

Kapten Dhiya' semakin menjauhkan diri daripada Kay. Kay tidak tahu apa-apa dengan punca Kapten Dhiya' memutuskan perhubungan mereka, Kay frust menonggeng dan ini menjadikan hubungannya dengan Tengku Zafriel semakin rapat walaupun hati Kay masih tidak mampu untuk melupakan Dhiya'. Hal ini berterusan sehinggalah pada malam sambutan hari lahir Kay dan malam Tengku Zafriel nak melamar Kay, Kapten Emily telah membongkar rahsia yang menghalang hubungan Kay dan Kapten Dhiya'.

Tengku Zafriel juga tidak lagi meneruskan niat untuk melamar Kay selepas dimaklumkan cerita sebenar. Akhirnya hubungan Kapten Dhiya' dan Kay pun berlangsung baik sehingga mereka akhirnya berkahwin. Kapten Emily pula diberi hint oleh penulis couple dengan Tengku Zafriel...mungkin next novel kot he he...manakala kawan membawang c Kay...Elda pula berkahwin dengan bos mereka Encik Ziya...and then HAPPY ENDING....k dapatan novel :-

  1. JAGA PERASAAN SENDIRI JIKA TIDAK MAHU TERLUKA.
  2. KESETIAAN TIADA ERTINYA TANPA SATU KEKUATAN JALINAN PERASAAN.

# Kapten Emily ni ada kaitan dengan Kay tau. Walaupun pada awalnya hubungan mereka tidak berapa baik namun akhirnya mereka menjadi rapat...apa hubungan mereka...korang baca.

# Apa punca dan siapa dalang penyebab hubungan Kapten Dhiya' dan Kay berantakan...kenapa dia berbuat begitu...sedih tau part ni he he....korang kaji sendiri baru ada feel

# Kay ni menyimpan satu kerinduan yang mendalam terhadap seseorang yang begitu penting dalam hidupnya...siapakah orang itu....korang cari sendiri dalam buku ni k he he


7/60 CABARAN 60 BUKU SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL - 17 JANUARI 2019

Sunday, 15 December 2019

SETIA DIA


Image result for novel setia dia

SETIA DIA - buku yg dah basi utk korang🤣🤣bru berkesempatan utk dibaca..masih lagi bergenre santai...rileks dan tenang jiwa ketika membacanya😍:-
1. Omo....omo..omo...Hariz u make my day😝😝😝hero ni pasti menjadi dambaan dan igauan imaginasi wanita...sifat gentleman yg begitu terserlah...pelindung dan pencinta yg setia. Tegas dan punya pendirian yg kukuh. Gambaran kesempurnaan watak hero yg mampu menggetarkn naluri sy🤣🤣😉😉😉😉

2. Kepolosan watak heroin c Intan berjaya menjentik naluri wanita sy😔😔😔betapa tingginya ketabahan Intan menghadapi kegetiran hidupnya...terbuang dlm keluarga sendiri...tetapi kepolosan dia ini juga lama kelamaan mula menjengkelkn sy🤦‍♀🤦‍♀🤦‍♀terlalu baik...terlalu menyayangi....terlalu berkorban sehingga sanggup mengorbankan diri sendiri...in the real life...tiada sbb utk kt menjadi terlalu baik begini.

3. Keharmonian keluarga Hariz sgtlah membahagiakan🥰🥰🥰ibu bapa dan adik beradik yg sporting...penuh dgn kasih sayang...pasti menjadi keluarga idol utk pembaca😁

4. Kepincangan keluarga Tuan Isa iktibar agar kt tdk mementingkan kerjaya, nafsu dan kehendak sendiri. Tak blh hadam betapa lemahnya Tuan Isa dlm menyelesaikan masalah keluarganya seblm musibah menjadi lbh besar🤦‍♀🤦‍♀

5. Awal pembacaan smpi perkembangan cerita jiwa pembacaan juga kembang kuncup🤣🤣berbunga2....melting hbs dgn pasangan ini tpi apb menghampiri klimaks...cerita mcm hmpr hilang arah...klimaks yg tdk mendebarkn lagi🙊🙊sbb rasa geram dgn polosnya Intan mengorbankan diri...apb klimaks tdk terasa kesan peleraian cerita menjadi sedikit hambar namun masih bersemut🤣🤣🤣

#Naskah berbaloi dimiliki utk mrk yg suka cerita santai😍

ALI ALAUDDIN


Image result for novel alif alauddin

ALI ALAUDDIN - nama yg sedap disebut..tergmbr di minda jelmaan lelaki solid, macho dan of cos gentleman😁😁😁ternyat penulis berjaya menggarap karakter Ali dlm novel ni seindah namanya...dgn kelembutan dan kesabaran disulami dgn kebijaksanaan dlm meneladani sikap si isteri yg penuh huru hara akibat trauma yg melanda hidupnya. Kesungguhan Ali berbaloi apb akhirnya dia berjaya membawa keluar isteri yg disayanginya drpd kemelut trauma yg menyakitkn. Melting kat Ali pula dah😅😅😍😍

Alilatul Barizah...wanita polos yg bergelumang dgn trauma yg menghantui hidupnya slps terlibat dgn kemalangan yg akhirnya membawa kpd kematian tunangnya Fateh...penderitaan hidupnga didalangi oleh kwn karib merangkap adik arwah Fateh yg bertopengkn kasih sayang memusnahkan hidup Barizah dlm diam..kelembutan Barizah menjadikan dia mangsa C Farah ni namun jelas terserlah ketegasannya apb ada langau Jana yg cb utk memporak-perandakn rumah tangganya....keistimewaan watak Barizah ni pd sy umpama epal yg sedang masak ranum kekal terpelihara dgn baik disebabkn ketegasan didikan daddynya...namun drpd sini jugalah org luar mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Novel ini banyak menyelitkn unsur pengajaran dlm kehidupan rumah tangga :-
1. Jangan mudah membuka aib pasangan kita di hadapan org tak kisah lah dlm bentuk gurauan ataupun gossip santai bersama teman2.

2. Jgn pandang remeh kepuasan dlm hubungan suami isteri kerana kelak iya umpama bom jangka yg menunggu waktunya utk meletup. Berterus teranglah dan berkomunikasilah dgn pasangan anda agar penyelesaian blh dicari dan bknnya mencari 'makan' di luar utk memenuhi naluri kepuasan anda.

3. Fahamilah bahawa men want more sex but women want more intimacy...dlm melayari kemanisan berumahtangga perkara asas ini tdk blh dipandang remeh..adakalanya pertelingkahan tercetus hanya krn egoisnya kt utk mengakui keperluan diri.

4. Utamakn kepuasan pasangan tdk kira zahir dan batin...tdk ada gunanya kt tampak hebat dan sempurna di luar tetapi di mata pasangan kt hanya pendamping bongkak, kayu dan tak berperasaan menghormati pasangan.

# Cm agak terkejut dgn klimaks penulis  cerita ini dgn unsur kejutan dan suspens...mcm tak logik tpi kira logiklah🤣🤣ttg nikah khitbah yg tiba2 benar2 berlaku sdgkn awal2 tu punyalah c Jana tu tak mau...nasib watak Barizah tu kuat...klu tak...main tarik tali lagi🤦‍♀🤦‍♀🤦‍♀

# Okey...done 'membebel' ttg buku ini🤣🤣🤣🤣naskah yg berbaloi utk dimiliki...cerita santai namun sarat dgn ilmu jika kt benar2 melihatnya dr sudut positif.

KEKASIH HATI MR BODYGUARD


Image result for novel kekasih hati mr bodyguard"

Kekasih Hati Mr Bodyguard - Wow agak terkesima seketika baca buku ni...tajuk punyalah romantik tpi sebenarnya novel ni bergenre thriller...tak bnyk pun cerita2 romance🤣🤣🤣🤣

Speechless dgn kemampuan penulis mengolah satu plot cerita yg sgt menarik dan mendebarkan. Jujur pada awal pembacaan....dlm minda sy ni dah bermacam2 andaian watak pengkhianat yg menjadi dalang kpd siri pembunuhan yg berlaku dlm lingkungan keluarga Dato Yusof.

Tpi hebatnya penulis ni memutar cerita melalui jalinan teknik kejuta, suspens dan pertembungan konflik berganda benar2 mengujakan pembacaan sy sehingga tak blh nak berhenti membaca. Debaran utk mengetahui ending cerita sgtlah kuat🤣🤣.

Cuma hmpr terbaling buku ni bila smpi pd klimaks cerita😞😞😞apb Aralyn berada dlm keadaan yg mendebarkn....smbl menyelak helaian demi helaian...tak putus2 dlm hati sy berharap moga Aralyn tdk smpi ke tahap diperkosa....tak dptku bayangkan permainan emosi dlm diri jika benda itu benar2🤦‍♀🤦‍♀🤦‍♀🤦‍♀🤦‍♀

Hadif Akashah...sebutan yg sedap meniti di bibir....nama ini jelas menggambarkan hero yg dingin beku namun gagah perkasa🤣🤣ternyata benar sbb Hadif muncul sebagai pelindung sejati kpd wanita yg disayanginya.

# Novel ni bkn kategori sawit mawit....🤣🤣🤣mmg cerita aksi disulami dgn kekeluargaan..klu nak tgk dr aspek pengajaran...bnyk sgt..tak larat nak tulis🤣🤣🤣apa2pun buku ini masih berbaloi utk dimiliki dan mampu melontar tahap keterujaan anda di tahap yg tinggi😄😄😄

REVIEW KDRAMA : OH MY GHOST CLIENTS

Kdrama ini memang saya dah lama tunggu untuk menontonnya. Tapi disebabkan kekangan masa maka barulah saya dapat meluangkan masa untuk drama ...