Monday, 7 January 2019

SIR MONSTER


Image result for NOVEL SIR MONSTER SERA ELYA

Buku ni karya SERA ELYA...buku pertama karya beliau yang saya baca walaupun sebelum ni baru saya perasaan saya dah ada satu lagi buku penulis ini tapi sudah lama tersadai di rak. Selepas ni bolehlah dibaca he he cuma bukan dalam sehari dua ni lah sebab saya tidak boleh membaca buku penulis yang sama berturut-turut.

Saya teruja membaca novel ni selepas Iman rakan daripada Dunia Novel kata buku ni best. Sayapun menjadikan ini buku yang kedua dalam menyahut cabaran. Tidak dinafikan, buku ni memang kena dengan taste saya  he he walaupun pada mulanya tidaklah menarik minat kerana melibatkan percintaan antara guru dan murid. Jujur saya tidak berapa suka membaca cerita berkaitan dunia pendidikan mungkin disebabkan saya berhadapan dengan realiti sebenar. Tapi cerita ni bolehlah pula masuk selera he he mungkin kerana cara penulis menzahirkan plot cerita dengan perwatakan watak yang menjadikan saya meneruskan pembacaan sehingga ke muka surat terakhir.

Kisah yang santai. Berkisar tentang seorang remaja bernama Deanaress (susah nak sebut nama budak ni he he) yang berusia 19 tahun. Anak tunggal yang tidak dipedulikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Anak tunggal yang dipaksa oleh ibu bapanya untuk mengikut kehendak mereka. Anak tunggal yang tidak dibenarkan menentukan hala tuju hidup sendiri. Pendek kata anak tunggal yang kurang kasih sayang dan memerlukan perhatian ibu bapanya.

Namun saya suka dengan wata Dea ni sebab dia seorang gadis yang cekal dalam kedegilannya. Dia tidak mampu untuk melempiaskan rasa tidak puas hati maka tipikal remaja akan mencari sesuatu yang disukai di luar seperti bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Dea ni pula mempunyai rupa paras yang cantik menyebabkan dia tidak disenangi dan dicemburui oleh rakan2 perempuan. Oleh sebab itulah, dia tidak mempunyai kawan karib dalam kalangan pelajar perempuan. Yang ada pun asyik tikam dia dari belakang.

Cerita ni ala-ala drama Korea he he....hero lambat nak dekat dengan heroin. Second hero lebih banyak ditonjolkan dalam bab-bab awal. Syed Casper yang saya anggap teman tapi mesra kepada Dea banyak digambarkan bersama Dea ketika di kala susah dan senang. Casper turut digambarkan mempunyai perasaan mendalam terhadap Dea dan jika diasah kedua-duanya mereka boleh jadi kekasih cuma tup-tup lain pula kejadiannya.

Hero iaitu Sir Eiden yang digelar Sir Monster oleh Dea merupakan pengetua muda di sekolah swasta tersebut. Disebabkan perangai luar biasa yang ditunjukkan oleh Dea menjadikan Sir Eiden tertarik untuk mendekati dan melindungi gadis tersebut. Sir Eiden ni menjadi kegilaan pelajar perempuan di sekolah tersebut. Hanya Dea seorang sahaja yang tidak tergila-gilakan pengetuanya kerana dia tidak suka dibebel sepertimana yang biasa dilakukan oleh ibu bapanya. Terdapat beberapa peristiwa yang menjadikan Sir Eiden penyelamat kepada Dea seperti peristiwa di kolam renang, peristiwa di rumah Lucas dan sebagainya. Lama-kelamaan, timbul perasaan dalam jiwa gadis ini terhadap pengetua dan dalam masa yang sama Sir Eiden juga menyimpan perasaan yang sama.

Ketika kembar Sir Eiden iaitu Isaac menyamar sebagai pengetua dia sekolah itu, Dea telah tersalah sangka yang Sir Eiden telah bertunang. Dia telah pergi secara senyap-senyap ke London seperti yang dikehendaki oleh ibu bapanya yang mahu dia melanjutkan pelajaran dalam bidang Forensik. Namun jodoh mereka kuat apabila di sana mereka sekali lagi dipertemukan. Namun muncul pula si langau Irina iaitu bekas pelajar Sir Eiden yang pernah ditolak cintanya oleh Eiden atas alasan Eiden tidak mahu bercinta dengan org yang jauh lebih muda daripadanya. Prinsip ini jugalah yang menghalang dia untuk terus mendekati Dea. Namun perceraian ibu bapa Dea dan menyebabkan dia terpaksa membiayai pengajiannya sendiri menyebabkan Eiden akhirnya menikahi Dea.

Konflik berlaku dalam hubungan mereka yang agak jauh perbezaan usia lebih kurang 14 tahun. Dea yang masih muda dan tidak putus-putus memanggil suaminya sendiri SIR menyebabkan hubungan mereka tidak seperti suami isteri yang lain. Kemuncak cerita apabila Stella rakan baiknya mengkhianati dirinya. Rupanya Stella adalah adik kepada Irina dan mereka sama-sama membalas dendam terhadap Dea. Malangnya Casper yang ditikam. Hal ini menimbulkan kemarahan Eiden terhadap isterinya yang keluar tanpa izin tanpa dia menyedari kata-katanya telah melukakan hati isterinya yang turut tercedera tanpa Eiden sedari.

Dea kembali ke London membawa hati yang terluka. Pastinya Eiden datang memujuk. Part ni agak meruntun jiwa tapi tidaklah sampai menitis air mata cuma sendu tu ada he he...akhirnya HAPPY ENDING he he....k dapatan novel ini :-

  1. JANGAN MEMBENCI YANG TERAMAT TAKUT NANTI KENA KAT KITA BALIK. KALAU HANDSOME MACAM SIR EIDEN ATAU CANTIK MACAM DEANARESS TAK PE LAH JUGA HE HE.
  2. OBSES....JANGAN TURUTKAN RASA HATI. DAH ORANG TAK NAK TU TAK PAYAH PAKSA-PAKSA. SOAL HATI MANA BOLEH DIPAKSA
#Syed Casper dengan Sir Eiden ni ada hubungan tau dan inilah yang menyebabkan Casper berundur daripada terus menawan Dea...nak tahu hubungan mereka...bacalah ye he he

#Mungkin disebabkan pengolahan santai penulis atau mungkin juga penulis ini masih muda maka banyak unsur-unsur remaja yang diterapkan dalam novel yang adakalanya membuatkan saya mcm kembali mengimbas zaman remaja....ha ha ha...

2/60 CABARAN MEMBACA 60 NOVEL SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL (7 JANUARI 2019)

Saturday, 5 January 2019

MELAKAR MEMORI KEHIDUPAN 2019

04 Januari 2019

Wah...gais...Selamat Tahun Baru 2019 walaupun dah lewat 4 hari he he. Tahun ni saya tak nak meletakkan apa-apapun azam baru sebab sama sahaja ha ha. Cuma untuk dunia novel, saya cuma mahu menyahut Cabaran 60 Novel Setahun yang dilancarkan oleh novelis Hessa Widad. InsyaAllah kalau berdasarkan stok yang sentiasa bertambah tu sampailah jumlah tu malah berlipat ganda tetapi yang menjadi masalahnya masa untuk membaca.

Terima kasih juga kepada semua yang mengunjungi blog saya selama ini. Paling saya tidak sangka, Lelaki Kiriman Tuhan telah menjangkau 17303 setakat ini pengunjung yang telah membaca review ini. Saya terlebih dahulu memohon maaf jika ada kekurangan...blog ini seperti yang saya telah maklumkan hanyalah online diari untuk novel-novel yang telah saya baca. Banyak lagi yang saya tak sempat-sempat nak buat review sebenarnya. 

SELAMAT MEMBACA DAN TERIMA KASIH MENGUNJUNGI BLOG BICARA NOVEL.

6 Januari 2019

Saya mengubah theme blog bersempena dengan tahun baru ha ha. Saya bukanlah seorang yang mahir dalam bidang IT jauh sekali mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam bidang ini. Saya cuma seorang pembaca novel yang suka untuk meluahkan rasa selepas saya selesai membaca novel itu. Tidak semua orang akan sudi mendengar luahan kita. Kena pada orang yang tidak meminat membaca novel Melayu, muntah hijau dia mendengar kita membebel tentang cerita novel.

Oleh itu, di sinilah saya akan meluahkan segala rasa selepas membaca. Adakalanya kita cukup berpuas hati selepas pembacaan dan kadangkala berlaku di sebaliknya. Namum, saya sedar batas-batas saya sebagai pembaca. Mungkin ada yang kata saya hipokrit tetapi prinsip saya adalah lebih baik menjaga daripada menyakiti. Ada orang kata klu mcm tu smpi bila nak maju. Bab-bab yang ini kita serah dengan golongan pengkritik yang memang pakar untuk membantu penulis-penulis kita. Tak pelah....saya akan tetap dengan cara saya mengisi blog ni. Tambahan pula, semua novel yang saya baca memang saya pillih dulu betul-betul he he sebab tu kuranglah bebelan negatif saya ha ha.

Untuk menyahut Cabaran 60 Novel Setahun....saya telahpun berjaya memulainya bererti 1/60 he he. Tak pe.....akan diusahakan untuk sampai target....nak tengok apa yang saya dah baca dalam menyahut cabaran ini...silalah berkunjung ke blog saya sebab saya akan cuba pastikan selepas pembacaan saya akan buat review di blog ini.

15 Januari 2019

Setakat ni untuk menyahut Cabaran 60 Novel Setahun...saya dah pun sampai 5/60 he he...masih sedikit berbanding rakan-rakan lain yang sudahpun menjangkau berbelas-belas bacaan. Tak per. Untuk tahun ni dan saya mulakan dengan sahutan cabaran ini di samping nak habiskan 60 buah buku dibaca saya juga nak pastikan review diupdate dalam blog ni. Dan saya sedang berusaha ke arah itu. Beratus dah buku yang dibaca tapi tidak sempat untuk dimasukkan dalam blog ini.

Friday, 4 January 2019

JODOH DARIPADA DIA


Image result for jodoh daripada dia

Wawa Akil merupakan antara penulis fav saya. Gaya penulisan beliau yang santai dan bersahaja walaupun banyak menggunakan teknik deskriptif iaitu penceritaan namun masih mampu untuk menyampaikan mesej yang hendak disampaikan. Salah satu kelebihan penulis ini ialah unsur humor yang disampaikannnya cukup bersahaja dan mampu untuk mengeletek hati pembaca saya. Biasanya Wawa akan menggunakan watak-watak sampingan untuk memasukkan unsur humor ini dan memang menjadi pada saya kerana membuatkan saya tertawa sorang-sorang he he.

Berbalik kepada novel ini, ceritanya santai sahaja. Tidak ada konflik yang berat dan menyesakkan minda anda he he. Hanya konflik tarik tali dan mainan perasaan sahaja. Watak langau penganggupun tidak terlalu dominan ditonjolkan menjadikan cerita ini santai untuk dibaca. Kisah ini tentang Harris Daniel yang pada waktu itu berusia 25 tahun telah mengikat seorang gadis berusia 19 tahun bernama Indah dalam sebuah tali pernikahan demi menghalalkan hubungan mereka. Harris yang menurut kata hati dan nafsu semata-mata tanpa menyedari perasaannya sendiri telah menjadikan gadis muda yang malang itu sebagai mangsa keadaan. Indah yang masih muda bersetuju dengan rancangan gila Harris dan sanggup mengenepikan keluarganya pastilah disebabkan oleh perasaan cintanya terhadap lelaki itu. Mereka bernikah dua kali tau. Sekali tanpa pengetahuan bapa Indah dan sekali lagi atas permintaan bapa Indah kerana dia mahu memastikan pernikahan mereka sah. Namun malangnya, selepas mendapat apa yang diingininya, Harris telah meninggalkan isterinya yang masih muda.

Indah seorang gadis muda yang cekal, tabah dan berdikari. Selepas ditinggalkan oleh suaminya, Indah telah mengandung. Disebabkan ketiadaan Harris maka mereka sekeluarga menerima penghinaan masyarakat dengan menuduh Indah mengandung anak luar nikah. Demi menyelamatkan maruah mereka, mereka sekeluarga telah berpindah dan hal inilah yang menyebabkan Harris tidak menemui Indah sewaktu dia mencarinya suatu ketika dahulu. Cuma silapnya Harris, dia tidak bersungguh-sungguh mencari. Dia hanya mencuba sekali dan selepas itu dia terus melupakan isterinya sehinggalah dia asyik diganggu dengan mimpi kehadiran seorang anak kecil dan wanita dalam tidurnya.

Setelah 5 tahun berlalu, pertemuan antara mereka berlaku secara tidak sengaja. Namun, malangnya Harris tidak mengenali isterinya sendiri malah dia nak mengorat pula dengan isterinya itu he he. Dia juga terjatuh suka dengan Iman Raykal si budak comel yang petah bercakap dan bersedia menerima kehadiran Iman dalam hubungannya dengan wanita pengusaha kedai dobi tanpa mengetahui bahawa mereka itu adalah anak dan isterinya yang sebenar he he. Part ni memang best sebab Indah betul-betul kenakan suami dia....yalah sapa suruh...suami tak kenal isteri kot.

Watak abang Indah bernama Firman banyak membantu menjernihkan hubungan mereka. Firman mahu melihat kebahagiaan adiknya dengan suaminya. Namun luka yang ditinggalkan oleh Harris dalam diri Indah begitu dalam dan menyebabkan Indah begitu sukar untuk menerima semula kehadiran suaminya itu. Maka bermulalah episod pujuk-memujuk. Harris berusaha sedaya upaya untuk menawan semula hati isterinya yang telah dilukainya. Macam-macam Harris buat he he...yang ni korang bacalah ya dan akhirnya berjaya apabila Harris dengan rendah dirinya balik ke kampung Indah memohon kemaafan dengan kedua orang mertuanya. Keikhlasan Harris dan rasa penyesalan yang menebal dalam dirinya melembutkan hati Indah dan keluarganya untuk menerima Harris.

Masalah pula muncul apabila ibu Harris mahu menjodohkan Harris dengan Rania. Tipikal cerita Melayu memang macam ni kan he he. Tapi tak boleh juga salahkan ibu Harris sebab dia tidak mengetahui tentang kewujudan Indah dan Iman Raykal. Saya suka apabila penulis menggambarkan penerimaan ayah Harris iaitu Tan Sri Imran terhadap kehadiran menantu dan cucunya. Begitu juga dengan adik-adik perempuan Harris yang sangat menyayangi kakak ipar dan anak buah mereka. Langau Rania tu hanya muncul sipi-sipi sahaja dan berjaya ditepis dengan mudah oleh Harris he he. Dan akhirnya....HAPPY ENDING...he he....k dapatan novel ini :-
  1. SESUNGGUHNYA JODOH ITU ADALAH MILIK ALLAH. SEJAUHMANAPUN KITA MENJAUH AKAN TETAP BERSATU JUGA JIKA IA BENAR-BENAR MILIK KITA.
  2. EGO PENGHANCUR KEPADA KEBAHAGIAAN. AKUILAH IA JIKA MAHUKAN KEBAHAGIAAN MENJADI MILIK ANDA.
#Macamana Harris mengetahui identiti isteri dan anaknya....korang bacalah ya he he..dan dalam cerita ni watak Firman dan Cempaka cukup menghiburkan he he

#Novel ni sebenarnya reprint tau....dulu2 preloved buku ni pun mahalnya...tapi akhirnya direprint semula oleh penulis atas permintaan ramai.

KOLEKSI BICARA NOVEL ( 1 JANUARI 2019)

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...