Saya tertarik untuk menonton drama ini kerana kecantikan FL iaitu Wang Churan. Tambahan pula digandingkan lagi dengan aktor Yang Yang memang mantaplah gandingan si ganteng dan si cantik jelita ha ha. Jika anda penggemar Cdrama anda pasti akan terbaca bagaimana haters membantai habis-habisan Wang Churan dalam drama ini kerana bagi mereka yang layak untuk Yang Yang hanyalah Dilraba actress idol mereka. Namun pada saya, ini adalah perkara yang normal dalam kalangan peminat. Ada yang suka malah sampai ke tahap fanatik sehingga tidak sanggup hero kesayangan mereka digandingkan dengan actress yang cantik dan beranggapan pasangan yang mereka harapkan akan menjadi pasangan realiti.
Kembali kepada Cdrama ini, salah satu tarikannya ialah kerana kisahnya adalah berkaitan dengan unit beruniform. Kisah antara ahli bomba dan juga doctor. Memanglah kalau ditengok dari segi perjalanan cerita, alur cerita drama ini memang bersifat sinetron tetapi oleh sebab ia berkisar tentang kehidupan ahli bomba dan doctor maka banyak unsur-unsur menarik seperti pengorbanan dan kesungguhan para petugas kebakaran dan kesihatan dalam menyempurnakan misi penyelamatan mereka. Tidak dinafikan inti utama cerita adalah berkisar tentang kisah cinta Song Yan (Bomba) dan Xu Qin (Doktor) tapi ia tetapi disajikan dengan pelbagai sisipan peristiwa penyelamatan yang menyeronokkan dan mengagumkan untuk ditonton.
Kisah cinta mereka ini agak menyedihkan kerana perbezaan antara dua darjat. Apatah lagi ditambah dengan unsur permusuhan dan dendam yang membawa luka mendalam kepada pasangan ini. Song Yan dan Xu Qin bercinta sejak dari sekolah menengah. Kiranya Song Yan memang serius menjalin hubungan dengan Xu Qin. Namun demikian, disebabkan latar belakang keluarga Song Yan yang telah ditinggalkan oleh ibunya dan kematian ayahnya semasa kecil menjadikan Song Yan remaja yang agak agresif. Song Yan dibesarkan oleh sebuah keluarga kawan ayahnya yang menyayanginya seperti anak mereka sendiri.
Berbeza dengan didikan yang diterima oleh Xu Qin yang penuh dengan ketegasan dan kongkongan. Xu Qin juga telah diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga kaya iaitu keluarga Meng selepas kematian ayahnya. Dia dididik dan dikawal dengan seketat-ketatnya oleh ibu angkatnya yang kalau ditengok daripada drama ini memang dominan dalam pengurusan keluarga mahupun Syarikat. Dia yang menentang keras hubungan antara Xu Qin dan Song Yan dan memaksa Xu Qin untuk meninggalkan Song Yan. Dalam keadaan yang tidak berdaya kerana Xu Qin digambarkan sebagai wanita yang lemah lembut dan patuh kepada orang tuanya, apatah lagi apabila ibu angkatnya mengungkit budi mereka membesarkan Xu Qin menyebabkan akhirnya Xu Qin meninggalkan Song Yan dan pergi ke luar negara untuk menyambung pelajarannya.
Setelah 10 tahun, mereka akhirnya bertemu semula dalam beberapa insiden yang pada awalnya memang tidak dirancang. Pada tahap ini, Xu Qin memang bersungguh-sungguh merayu untuk kembali semula kepada Song Yan namun luka yang dialami oleh Song Yan disebabkan perpisahan mereka itu menjadikan Song Yan tidak mahu menerima malah dia berusaha untuk membenci Xu Qin. Pelbagai usaha yang dibuat oleh Xu Qin untuk membetulkan keadaan namun tidak berhasil malahan dia menerima kata-kata hinaan daripada Song Yan. Kadang-kadang rasa kasihan bercampur geram dengan Xu Qin namun dia melakukannya kerana dia benar-benar menyintai Song Yan tetapi dalam masa yang sama, tindakannya sangat nampak memaksa Song Yan.
Dari part Song Yan pula, dia bukan tidak menyayangi Xu Qin. Cinta pertama dia kot. Dia sangat sayang Xu Qin tapi luka yang ditinggalkan oleh keluarga Xu Xin yang telah menyebabkan kematian ayahnya. Malah impiannya untuk menjadi seorang askar tidak kesampaian juga disebabkan oleh ibu angkat Xu Qin yang telah merasuah doktor agar membuat laporan palsu tentang tahap kesihatan Song Yan. Song Yan sebenarnya dalam posisi Benci Tapi Rindu atau Dendam Tapi Cinta he he.
Sehingga akhirnya Xu Qin mabuk dan menyerang Song Yan di rumahnya dan meluahkan segala rasa tidak puas hatinya. Scene ini memang mantap ooh Wang Churan mainkan watak Xu Qin. Dialognya yang menyayat hati…
“Kamu kata kamu mencintai aku Song Yan dan saya mempercayainya. Kamu kata akan menjaga dan menyayangi saya sampai akhir hayat dan saya mempercayainya sehingga ke saat ini. Tetapi kamu tidak pernah menunjukkan usaha untuk mempertahankan hubungan kita. Kamu hanya pentingkan diri sendiri. Kamu hanya membiarkan saya seorang berjuang bermati-matian untuk memulihkan semula hubungan ini. Kamu kejam Song Yan. Harapan yang kamu berikan pada saya sangat menyakitkan dan inilah kali terakhir saya akan bertahan. Selepas ini, saya tidak akan menganggu kamu lagi.”
Lebih kurang macam ni lah dialog tu ya. Tidaklah sepenuhnya sama ha ha sebab saya pun tidak faham bahasa Cina Cuma hanya berdasarkan kepada terjemahan sahaja. Scene ini sangat berkesan dengan juraian air mata Xu Qin dalam keadaan yang mabuk dan dalam masa yang sama reaksi dalam Song Yan yang menahan rasa sedihnya akibat luahan Xu Qin yang mengatakan dia tidak berjuang. Dia mula sedar tentang hal itu, dan akhirnya Song Yan memutuskan untuk berjumpa dengan Xu Qin.
Ingatkan part ni mereka akan mula bercinta cintun ha ha sebab saya yakin Xu Qin pasti akan menerima disebabkan dia sayang sangat dengan Song Yan. Tapi rupanya tak lagi ya korang. Xu Qin pula mula ragu-ragu sebab jika dia memilih Song Yan bererti dia akan meninggalkan keluarga Meng. Di sini Song Yan kembalikan keputusan kepada Xu Qin…antara intipati dialog Song Yan yang saya ingat :-
Adakah selepas sedar daripada mabuk, perasaanmu padaku masih sama seperti yang kamu nyatakan semalam?. Kita boleh mula menjalin hubungan ini semula. Namun, adakah kamu sudah bersedia? Seandainya kamu sudah bersedia, katakan sahaja, saya yang akan datang kepadamu..
Apabila Xu Qin sudah dapat kekuatan untuk melawan ibu angkatnya dan mempertahankan cinta matinya maka dia nekad untuk memutuskan hubungan keluarga dengan keluarga Meng. Bucin banget kok Xu Qin di sini….waduh…waduh ha ha. Ditambah lagi dengan sokongan keluarga Song Yan yang menerima dan menyayangi dia memang mantap. Selepas mereka menyulam semula ikatan cinta memanglah ada konflik-konflik tapi jangan risau tak de yang berat-berat. Kiranya cinta dua orang ni memang powerlah. Mengatasi segala-galanya. Selepas mereka bersama semula, mereka berusaha untuk sama-sama menjaga hubungan tersebut walaupun diuji dengan badai keraguan, ketakutan dan kebimbangan. So cerita ini…HAPPY ENDING..korang tengoklah he he.
v Drama ini pada saya sangat tidak memboringkan sebab selain misi penyelamatan ada juga gelagat-gelagat lucu pasukan Kapten Song Yan dalam usaha menyatukan kapten mereka dengan cinta pertamanya. Memang best teamwork diorg weei. Kehadiran instructor baharu yang sebelumnya pernah menjadi blind date Xu Qin lagi kelakar.
v Part sedih erhmmm…banyaklah juga. Kecederaan instructor yang terpaska bersara menyebabkan Song Yan kehilang teman rapat. Sedih weei part ni. Begitu juga dengan kematian salah seorang team Song Yan dalam misi penyelamatan kebakaran. Ni memang scene tamparan terhebat untuk team Song Yan.
v Oh ya satu lagi yang saya suka dalam drama ni, tidak ada penyondol yang menyebelkan. Adalah sikit-sikit tapi tidak tegar means tidak dihighlight oleh pengarah. Watak abang angkat Xu Qin yang memang cinta gila kat Xu Qin tapi disebabkan trauma didikan ibunya menjadikan dia agak pasif. Tambahan pula, Xu Qin memang menganggap hanya sebagai abang. At the end..dia boleh geng dengan Song Yan yeaahhhhh…dia akur pada kehendak adiknya.
*Saya dah jadi team Wang Churan ha ha. Cm tak nak obsess dengan sapa dia dipasangkan. Kecantikan Wang Churan tidak ada bandingannya weii he he
KONGSI RASA CDRAMA - Cinta itu mengasyikkan tapi hadirnya bersama pelbagai luka yang menyakitkan. Bila berani untuk bercinta maka beranilah juga untuk berhadapan dengan kehilangan.
REVIEW CDRAMA : 16 Sept 2025
No comments:
Post a Comment