Hari pertama persekolahan selepas cuti penggal berakhir. Tetap semangat untuk membawa bekal sendiri ke sekolah. Gagahkan diri untuk bangun seawal pukul 3 pagi untuk menyiapkan bekal. Namun jangan lupa untuk menunaikan kewajipan kepada Allah. Dia telah beri peluang kepada kita untuk bangun pada hari itu maka syukurilah dengan bersujud kepadaNya di sepertiga malam.
Biasanya alarm saya berbunyi jam 2.30 pagi tpi biasanya akan ada masa kecederaan he he selama 30 minit. Apabila alarm yang kedua berbunyi iaitu tepat jam 3 pagi biasanya tidak ada maaf bagimu. Kena cepat-cepat bangun dan bangkit dari katil supaya tidak terus lena dalam dakapan mimpi indah ha ha.
Hari ini saya tidak sempat menyediakan lebih awal bahan-bahan untuk dimasak sebab itulah bangun sahaja selepas menyelesaikan urusan 'pembuangan' saya bergegas ke dapur dahulu untuk menyediakan bahan masakan. Saya masak simple2 sahaja yang penting memenuhi selera sendiri. Sebelum mandi saya potong-potong isi ayam untuk dimasak tomyam dan ayam tumis citarasa sendiri. Begitu juga dengan sayur bendi dan segala bawang-bawangan.
Siap sesi pertama di dapur, saya bergegas mandi. Saya akan pastikan, saya dapat menunaikan solat malam sebelum mula berperang sesi kedua di dapur. Oleh sebab subuh agak lewat ketika ini maka saya mula masak pada jam 4 pagi dan biasanya selesai sebelum jam 5 pagi. Saya akan mandi sekali lagi untuk membersihkan segala bau-bauan sebelum menunaikan solat subuh. Sempatlah baca dua surah harian sebelum masuk waktu subuh.
No comments:
Post a Comment