Friday, 15 September 2023

THE BEAUTY INSIDE

 


Ni bukanlah kdrama baru. Disiarkan pada tahun 2018 kalau sy tidak silap. Ramai yang review katanya drama ni best khusus untuk mereka yang menggemari romcom drama. Barisan pelakon juga bukanlah dalam kalangan artis Korea yang saya minati cuma cukup untuk mengenali mereka. Gandingan Seo Hyun Jin dan Lee Min Ki ini pastinya tidak akan menghampakan untuk anda yang meminati genre Romcom. 

Jalan cerita drama ini masih berkisar tipikal kdrama iaitu anak-anak chabeol he he. Kisah tentang Seo Do Jae yang merupakan pewaris syarikat penerbangan T-Road yang telah mengalami kemalangan ketika sedang bercuti di luar negara. Kemalangan itu berlaku disebabkan niat murni Do Jae untuk menyelamatkan seorang nenek tua yang berada dalam keadaan tidak tentu arah dalam kesibukan jalan raya. Kesan daripada kemalangan itu telah menyebabkan kecederaan otak kepada Do Jae dan mengakibatkan dia menjadi pesakit prosopagnosia iaitu tidak dapat mengecam wajah manusia. Do Jae berusaha untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya dengan menghafal cara jalan, gaya rambut atau fesyen yang dimiliki oleh orang-orang yang berada di sekitarnya. Do Jae dengan bantuan setiausahanya Jung Joo Hwan belajar mengadapatasi keadaan dengan menggunakan terapi ikan untuk mengenalpasti ciri-ciri manusia yang berada di sekitarnya.

Heroin yang diberi nama Han Se Kye ini merupakan seorang pelakon yang terkenal. Dia juga merupakan duta kepada syarikat T-Road milik keluarga Do Jae. Namun demikian, reputasi Se Kye semakin lama semakin merosot disebabkan dia selalu melarikan diri ketika berada di set penggambaran. Se Kye juga akan bercuti dan mendiamkan diri selama seminggu dalam setiap bulan. Malah lebih teruk lagi, dia pernah melarikan diri ketika sedang menerima anugerah. Hal ini menyebabkan menimbulkan kecurigaan dalam kalangan peminat, selebritii mahupun krew penggambaran.

Se Kye ini sebenarnya berhadapan dengan masalah identiti. Dia akan bertukar wajah malah menjadi orang lain sekali sebulan. Hal inilah yang menyebabkan dia terpaksa bersembunyi kerana bila-bila masa dia boleh bertukar menjadi seorang perempuan tua, lelaki tua, budak kecil tanpa mengira bangsa. Jika anda menonton drama ini, anda akan dapat saksikan kekerapannya Se Kye bertukar sejak 10 tahun melalui gambar-gambar yang diambilnya ketika dia bertukar menjadi orang lain. Masalah yang dihadapi oleh Se Kye ini memang sangat menganggu kerjayanya. Ada part sedih apabila dia bersungguh-sungguh ingin berlakon di bawah pengarah yang pernah mempopularkannya sebelum ini tapi malangnya disebabkan kecaman dan fitnah yang dilemparkan kepadanya maka pengarah tersebut tidak mahu memberikan watak utama kepadanya. Namun Se kye ini agak kuat semangat. Dia tetap juga mahu berlakon di bawah pengarah tersebut walaupun hanya sebagai watak pembantu. Dalam part ini anda boleh menyaksikan betapa menjengkelkan watak Chae Yuri yang berusaha untuk menjatuhkan Se Kye.

Dua orang pesakit ini akhirnya membina kontrak kerahsiaan sebab kedua-duanya menjadikan kelemahan mereka sebagai sandaran kepada kerjasama mereka. Banyaklah kisah menarik mereka berdua ini yang akhirnya membawa kepada terjalinnya ikatan percintaan antara mereka berdua. Tidaklah terlalu rumit konflik cinta mereka ini cuma hanya berkisar pada rasa bersalah yang menyebabkan salah seorang daripada mereka tidak mahu meneruskan hubungan tersebut.

Pada saya drama ini sangat santai. Tidak ada pertikaian atau perebutan kuasa yang rumit. Watak-watak sampingan pun semuanya comel-comel saja. Tidak adalah kisah yang menyebabkan kita jadi muak atau berdebar sangat. Watak-watak penjahat hanya dijentik sekali sahaja terus tumbang he he sebab dalam drama ini yang diorg nak highlightkan ialah kisah antara Se Kye dan Do Jae itu. Tentangan percintaanpun tidaklah rumit walaupun melibatkan orang kaya dan orang biasa. Masing-masing reda dan akur dengan keadaan he he.

Of course cerita ini happy ending untuk semua watak yang bercouple. Do Jae + Se Kye, Sa Ra + Eun Hyo. Cm mula-mula saya ingat U-mi manager c Se Kye ni partnernya dengan Joo Hwan tapi rupanya ada plot twist he he. Anda boleh melting, terhibur dan boleh juga menitiskan airmata kalau anda termasuk dalam kategori cengeng apabila menonton drama ini ha ha.

# Ada kisah di sebalik hubungan antara Do Jae dan Se Kye yang perlu anda tengok sendiri. Jangan tahap stressnya biasa2 saja he he.

                                                                                                                                    08 Julai 2023

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...