Novel ini karya MASTURA ABDULLAH. Karya
pertama beliau yang saya baca. Ini juga antara novel-novel yang saya
sangat-sangat nantikan. Saya tertarik dengan teaser novel ni dan mula
membayangkan apa yang akan berlaku dalam cerita ini. Saya tidak tahu kenapa
saya meletakkan satu harapan yang tinggi agar novel ini lebih kepada unsur
humor he he....sebab mungkin disebabkan teasernya yang saya rasa agak melucukan
maka andaian itu saya simpan dalam hati.
Kisah ini tentang seorang jutawan berjaya
bernama Alexande Zulkarnaeen. Dia mengecapi kejayaan yang dimilikinya sekarang
bukan mudah. Dia disisihkan oleh abang-abangnya yang sentiasa berpandangan
negatif terhadapnya yang pernah bersekolah di sekolah pemulihan atas kesalahan
mencuri duit syiling di kedai runcit. Tekanan ini dijadikan sebagai pendorong
untuknya menjadi berjaya. Namun apabila berjaya, dia masih lagi mengekalkan
imej susahnya di hadapan abang-abang yang sentiasa memandang rendah padanya.
Dia hanya akan menaiki motosikal jika hendak balik ke kampung walaupun dia
memilliki banyak kereta mewah.
Cerita pertemuan dengan heroin bermula
apabila Alexander menjalankan sesi temuduga untuk mencari calon isteri. Hal ini
disebabkan dia tertekan dengan desakan ibunya yang memintanya untuk berkahwin.
Dalam sesi temuduga itu, kehadiran Intan Nawrah yang tersilap menghadiri
temuduga memulai konflik. Intan Nawrah ingatkan dia menghadiri temuduga kerja
tetapi rupanya temuduga calon isteri. Mestilah Nawrah menolak habis-habisan namun
pertemuan keduanya dengan Alexander menjadikan hidupnya mula tidak aman apabila
lelaki itu mula mendesaknya untuk berkahwin dengannnya.
Alexander tak jemu-jemu mengejar Nawrah.
Sampai pengsan Nawrah terkejut kerana tiba-tiba saja dia melamarnya di hadapan
ibunya. Sehingga satu tahap, Nawrah berkerja di sebelah bangunan Alexander
menguatkan lagi keinginan Alexander. Namun disebabkan syarat yang dikenakan
oleh Nawrah iaitu memikatnya tanpa berjumpa atau menghubunginya membuatkan
Alexander kembali mengurat seperti zaman dahulu iaitu menggunakan surat.
Akhirnya Nawrah terbuka juga hatinya untuk menerima Alexander dan mereka telah
bersetuju untuk berkahwin pada 31 Dec.
Pelbagai peristiwa berlaku termasuklah Nawrah
berkonflik dengan rakan sewanya Melia kerana berani membawa lelaki masuk ke
rumah sewa mereka. Kemuncaknya, Nawrah telah melaporkan hal tersebut kepada pihak
berkuasa menyebabkan timbul dendam terhadapnya. Hal ini semakin membara apabila
teman lelaki Melia iaitu Engku Muzakkir juga berdendam dengan Alexander atas
urusan bisnes. Maka Engku Muzakkir mula menjalankan misi balas dendam yang
tertumpu kepada Nawrah. Akibat desakan keselamatan akhirnya Nawrah dan
Alexander mengambil keputusan untuk menikah awal sebelum 31 Dec.
Setelah berkahwin ancaman Engku Muzakkir
semakin menjadi-jadi sehingga satu tahap telah mencederakan Alexander. Lebih parah apabila bangunan pejabat Alexender telah dibakar dan dimusnahkan oleh Engku
Muzakkir. Dalam keadaan yang masih belum pulih daripada kecederaan, Nawrah telah
mengambil pentadbiran syarikat Alexender dengan menjadi Pengarah Urusan. Walaupun
tanpa pengalaman namun Nawrah berusaha untuk membantu suaminya dan akhirnya
mereka berjaya mengatasi masalah yang wujud......HAPPY ENDING..k dapatan :-
1.
BERSUNGGUH-SUNGGUH
JIKA KITA INGINKAN SESUATU MENJADI MILIK KEKAL
-
Dalam
setiap impian kita, usaha merupakan lambang kepada kesungguhan kita untuk
mendapatkan atau menggapai impian tersebut. Semakin bersungguh-sungguh kita
mendapatkannya maka semakin kuat keinginan kita untuk memperolehi apa yang
diingini.
2.
JANGAN
MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN
- Orang
yang suatu ketika dahulu pernah melakukan sesuatu kesilapan tiak semestinya
akan kekal dalam kesilapan mereka sampai bila-bila. Adakalanya orang seperti
ini boleh menjadi seorang yang berjaya kerana menjadikan kesilapan mereka
sebagai ukuran kejayaan.
#Rasa macam emosi saya tidak sampai dalam
buku ini....saya terasa ada sesuatu yang hilang tapi saya tidak tahu apa hu
hu....apa-apapun buku ini masih tidak rugi untuk anda miliki.
No comments:
Post a Comment