Saturday, 17 March 2018

NOVEL SUAMIKU MR SPICY


Image result for novel suamiku mr spicy

Wah....ini novel yang sudah lama saya tunggu he he...saya dah lama mengintai2 teasernya malah balik-balik baca teaser yang keluar....akhirnya selamat dalam pelukan ha ha....k....novel ni hasil karya Jen NJ dan ini karya pertama beliau yang saya baca. Sewaktu membaca teaser-teaser novel ini semasa pre order....dalam gambaran minda saya cerita ini akan wujud konflik yang berat sebab kisahnya kan tentang gangster....tapi sangkaanku meleset sebab novel ni sebenarnya santai sahaja...lebih kepada heronya gangster romantiklah ha ha....

Kisah ini tentang seorang gadis bernama Farihan yang terpaksa menikah dengan Noah seorang lelaki yang sentiasa mahu orang akur kepadanya. Farihan terjebak dengan Noah kerana hutang ibunya yang terlalu tinggi terhadap lelaki itu. Sedihnya, Farihan tidak pernah mengenali Noah tetapi Noah ini pula memang sudah lama mahu menjadikan Farihan sebagai isterinya. Ganas juga Noah ni. Sampai pengsan Farihan ditamparnya pada kali pertama bertemu kerana enggan mengikutinya.

Kehidupan berumahtangga mereka tersangatlah sweet ya. Macam-macam yang Noah lakukan untuk memenangi hati isterinya. Tapi Noah ni tersangatlah baran. Pantang ada orang yang cuba mengacau isterinya memang lunyai dia kerjakan. Apatah lagi bekas tunang Farihan iaitu Rizal...memang sampai masuk ICU Noah kerjakan. Kesian juga dengan Rizal tapi apa boleh buat, takdir dan jodohnya bukan dengan Farihan.

Rizal telah menghasut abang Farihan iaitu Hazeem agar berkomplot bersamanya menculik Farihan. Di sini Noah mula menunjukkan perubahan dan menerima hidayah apabila dia mula menunaikan solat. Akhirnya konflik ini diakhiri dengan baik...HAPPY ENDING.....k dapatan novel :-
1.    AKUR WALAUPUN PAHIT DENGAN TAKDIR ALLAH
Qada dan Qadar merupakan sesuatu di luar kemampuan dan perancangan kita. Sehebat manapun perancangan kitaa...sedalam manapun perasaan kita terhadap seseorang...jika tertulis itu bukan milik kita maka terlepas juga dari genggaman. Sepahit manapun terpaksalah kita akur pada ketentuanNya kerana setiap helahan nafas kita merupakan milik Allah.

2.    BARAN DAN CEMBURU PUNCA KEZALIMAN MANUSIA
Jangan diikut sangat rasa cemburu kelak memakan diri. Kalau cemburu bercampur dengan sikap baran maka terbentuklah manusia yang sukar untuk mengawal diri.

#Noah jadi manusia yang ‘keras’ ada sebabnya.....nak tahu korang baca ya..he he...novel yang saya sangkakan ‘gangster’ ini rupanya santai dan menghiburkan jiwa he he....

NOVEL CALON ISTERI ALEXANDER ZULKARNAEEN


Image result for novel calon isteri alexander zulkarnain


Novel ini karya MASTURA ABDULLAH. Karya pertama beliau yang saya baca. Ini juga antara novel-novel yang saya sangat-sangat nantikan. Saya tertarik dengan teaser novel ni dan mula membayangkan apa yang akan berlaku dalam cerita ini. Saya tidak tahu kenapa saya meletakkan satu harapan yang tinggi agar novel ini lebih kepada unsur humor he he....sebab mungkin disebabkan teasernya yang saya rasa agak melucukan maka andaian itu saya simpan dalam hati.

Kisah ini tentang seorang jutawan berjaya bernama Alexande Zulkarnaeen. Dia mengecapi kejayaan yang dimilikinya sekarang bukan mudah. Dia disisihkan oleh abang-abangnya yang sentiasa berpandangan negatif terhadapnya yang pernah bersekolah di sekolah pemulihan atas kesalahan mencuri duit syiling di kedai runcit. Tekanan ini dijadikan sebagai pendorong untuknya menjadi berjaya. Namun apabila berjaya, dia masih lagi mengekalkan imej susahnya di hadapan abang-abang yang sentiasa memandang rendah padanya. Dia hanya akan menaiki motosikal jika hendak balik ke kampung walaupun dia memilliki banyak kereta mewah.

Cerita pertemuan dengan heroin bermula apabila Alexander menjalankan sesi temuduga untuk mencari calon isteri. Hal ini disebabkan dia tertekan dengan desakan ibunya yang memintanya untuk berkahwin. Dalam sesi temuduga itu, kehadiran Intan Nawrah yang tersilap menghadiri temuduga memulai konflik. Intan Nawrah ingatkan dia menghadiri temuduga kerja tetapi rupanya temuduga calon isteri. Mestilah Nawrah menolak habis-habisan namun pertemuan keduanya dengan Alexander menjadikan hidupnya mula tidak aman apabila lelaki itu mula mendesaknya untuk berkahwin dengannnya.

Alexander tak jemu-jemu mengejar Nawrah. Sampai pengsan Nawrah terkejut kerana tiba-tiba saja dia melamarnya di hadapan ibunya. Sehingga satu tahap, Nawrah berkerja di sebelah bangunan Alexander menguatkan lagi keinginan Alexander. Namun disebabkan syarat yang dikenakan oleh Nawrah iaitu memikatnya tanpa berjumpa atau menghubunginya membuatkan Alexander kembali mengurat seperti zaman dahulu iaitu menggunakan surat. Akhirnya Nawrah terbuka juga hatinya untuk menerima Alexander dan mereka telah bersetuju untuk berkahwin pada 31 Dec.

Pelbagai peristiwa berlaku termasuklah Nawrah berkonflik dengan rakan sewanya Melia kerana berani membawa lelaki masuk ke rumah sewa mereka. Kemuncaknya, Nawrah telah melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa menyebabkan timbul dendam terhadapnya. Hal ini semakin membara apabila teman lelaki Melia iaitu Engku Muzakkir juga berdendam dengan Alexander atas urusan bisnes. Maka Engku Muzakkir mula menjalankan misi balas dendam yang tertumpu kepada Nawrah. Akibat desakan keselamatan akhirnya Nawrah dan Alexander mengambil keputusan untuk menikah awal sebelum 31 Dec.

Setelah berkahwin ancaman Engku Muzakkir semakin menjadi-jadi sehingga satu tahap telah mencederakan Alexander. Lebih parah apabila bangunan pejabat Alexender telah dibakar dan dimusnahkan oleh Engku Muzakkir. Dalam keadaan yang masih belum pulih daripada kecederaan, Nawrah telah mengambil pentadbiran syarikat Alexender dengan menjadi Pengarah Urusan. Walaupun tanpa pengalaman namun Nawrah berusaha untuk membantu suaminya dan akhirnya mereka berjaya mengatasi masalah yang wujud......HAPPY ENDING..k dapatan :-
1.    BERSUNGGUH-SUNGGUH JIKA KITA INGINKAN SESUATU MENJADI MILIK KEKAL
-       Dalam setiap impian kita, usaha merupakan lambang kepada kesungguhan kita untuk mendapatkan atau menggapai impian tersebut. Semakin bersungguh-sungguh kita mendapatkannya maka semakin kuat keinginan kita untuk memperolehi apa yang diingini.

2.    JANGAN MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN
-   Orang yang suatu ketika dahulu pernah melakukan sesuatu kesilapan tiak semestinya akan kekal dalam kesilapan mereka sampai bila-bila. Adakalanya orang seperti ini boleh menjadi seorang yang berjaya kerana menjadikan kesilapan mereka sebagai ukuran kejayaan.

#Rasa macam emosi saya tidak sampai dalam buku ini....saya terasa ada sesuatu yang hilang tapi saya tidak tahu apa hu hu....apa-apapun buku ini masih tidak rugi untuk anda miliki.

Thursday, 1 March 2018

NOVEL DESTINY


Image result for novel destiny lana sophillea


Novel ini merupakan karya Lana Sophillea. Kali pertama juga rasanya membaca hasil karya beliau. Novel ini santai sahaja. Rileks dan tidaklah terlalu menyebalkan perasaan ketika membacanya. Namun ada jugalah bahagian yang ada sedikit menimbulkan kesebalan tapi berjaya dirungkaikan dengan penuh ceria oleh penulis he he...

Kisah ini tentang seorang wanita bernama Nur Dayana yang terkenal dengan gelaran hati beku sejak zaman sekolah lagi. Pertemuannya dengan Fattah lelaki yang pernah berkomplot dengannya waktu zaman sekolah menengah kononnya ingin membuatkan bekas kekasihnya jeles dengan mereka benar-benar menganggu percutiannya di Korea. Waktu itu Yana bersedia membantu Fattah kerana teman lelaki baru bekas kekasih Fattah tu merupakan crushnya ha ha.

Di sebalik pertemuan yang tidak diduga oleh Yana tetapi memang dirancang oleh Fattah benar-benar menimbulkan satu episode baru dalam hidup Yana. Dia seorang wanita yang mempunyai prinsip teguh bahawa tidak mudah untuknya menyerahkan hatinya kepada seorang lelaki yang belum tentu menjadi suaminya. Namun usaha Fattah yang tidak pernah mengenal erti putus asa untuk mendapatkan hatinya akhirnya membuka hati Yana untuk menjadikan Fattah lelaki yang berjaya memperoleh cinta pertamanya. Setelah mereka menyulam cinta dan janji untuk bersama perhubungan mereka tergugat apabila Faiz rakan baik Fattah ketika sekolah menengah yang turut tergila-gilakan Yanna membocorkan rahsia yang Yana sebenarnya merupakan pertaruhan Fattah dan rakan-rakan mereka pada waktu itu. Ini menyebabkan Yana rasa terhina namun berjaya dipujuk dan diyakinkan oleh Fattah.

Kata sepakat dicapai untuk mereka bertunang walaupun Yana tidak pernah berjumpa dengan keluarga Fattah. Ekoran daripada latar belakangnya yang kematian ibu bapa menjadikan Yana tidak berkeyakinan untuk berjumpa dengan ibu bapa Fattah. Ketika mereka hendak bertunang Fattah terpaksa menguruskan rombongan tour ke Korea. Berlaku satu kesilapan pada hari pertunangan apabila keluarga Fattah bukannya meminang Yana tetapi Insyirah bekas kekasih Fattah. Hal ini berlaku kerana ibu Fattah tersalah ambil nombor Yana dalam telefon milik Fattah. Yana itu nama timangan Insyirah dalam kalangan keluarganya dan oleh sebab dia pernah menjadi kekasih Fattah maka ibunya ingatkan memang itulah pilihan Fattah. Nama Yana sebenar dalam telefon Fattah diset sebagai sayang.....korang bayanglah haru biru keadaan tu. Dahlah Yana ni didera oleh keluarga Mak Su....adik-adiknya juga mula mempertikaikan dirinya yang selama ini bertungkus lumus membiayai perbelanjaan mereka.

Fattah kembali dengan segera setelah menyedari kesilapan itu namun tidak semudah yang disangka apabila Yana yang telah dipecat akhirnya menghilangkan diri. Fattah cuba untuk menjernihkan keadaan dengan segera memutuskan pertunangan dengan Insyirah yang jelas mengambil kesempatan terhadap status dirinya sebagai CEO syarikat pelancongan miliknya. Tindakan Fattah ini tidak dipersetujui oleh ahli keluarga namun Fattah tetap berkeras tidak akan melangsungkan perkahwinan dengan mana-mana wanita kecuali Yana.

Setelah setahun berlalu, Fattah akhirnya bertemu dengan Yana tanpa diduga. Maka berlaku sesi pujuk-memujuk. Yana juga muncul menjadi businesswoman dan punya jenama shawl tersendiri. Akhirnya dengan bantuan adik-adik Yana maka Fattah dan Yana.....HAPPY ENDING.....k dapatan novel :-

1.    CINTA PANDANG PERTAMA : SATU REALITI YANG PERLU DIPERTAHANKAN ATAU HANYA CUKUP KOLEKSI KENANGAN
-       Rata-rata orang mengharapkan cinta pandang pertama akan kekal ke jinjang pelamin. Tidak ada manusia yang menginginkan hati dan perasaanya akan disakiti jika dia mula menghulurkan rasa cinta. Namun siapalah kita untuk menolak ketetapan Allah.

2.    USAHA TANPA KENAL ERTI PUTUS ASA
-       Usaha itu akan berlaku apabila kita tidak kenal erti putus asa. Hanya melalui ini maka kita akan dapat apa yang kita perolehi.

#Apa yang berlaku kepada Yana dan Fattah selepas berpisah selama setahun tu...korang bacalah ya.....cinta dari zaman sekolah akhirnya berakhir di jinjang pelamin setelah melalui ujian perit.

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...