Novel ini hasil tulisan AEIN DHIYAUDDIN.
Rasanya ini karya pertama beliau yang saya baca. Sebelum ini saya terbaca satu
post penulis ni di FB yang memaparkan salah satu komen yang diterimanya
berkaitan dengan novel ini ialah ada pembaca yang menyatakan bahawa novel ini
tidak logik....aduhai...kesian penulis ni...namanya novel...hasil
sastera...adunan antara realiti dan imaginasi dalam menyampaikan sesuatu
perkara...kalau nak harapkan sesuatu yang benar-benar berlaku itu fakta sejarah
namanya....issh...tak faham sungguh ...
Saya sangat suka novel ni....ha ha....saya
boleh ketawa terbahak-bahak membacanya..memang kelakar sungguh...pandai penulis
menjalin cerita dengan gabungan unsur humor dan juga sedih namun saya tegaskan
sekali lagi kalau anda peminat novel action/thriller...tak payah gatal-gatak
nak baca novel genre begini sebab anda hanya akan tahu mengutuk saja...jadi
nasihat saya sebelum baca dapatkan review dulu supaya tidak muntah
hijau....huuh....
Kisah novel ni simple sahaja....kisah tentang
seorang gadis malang anak yatim piatu. Dibesarkan di rumah anak yatim namun
akhirnya dia muncul sebagai seorang arkitek wanita yang berjaya. Dia berasa
bersyukur kerana dipertemukan dengan keluarga angkat merangkap keluarga sahabat
baiknya sendiri. Berbekalkan kelebihan yang dia ada...kecantikan, bakat dalam
bidang rekaan bangunan menjadikan dia Suhaila Aileen Al-Hakeem begitu terkenal
namun ramai yang tidak mengenali wajahnya kerana dia seorang yang low profile.
Kisah sedih di awal cerita apabila Suhaila
akhirnya mengetahui punca sebenar tunangnya Saiful memutuskan pertunangan
mereka adalah disebabkan oleh sahabat baiknya sendiri iaitu Karlisa. Yang
paling menjengkelkan keseluruhan majlis perkahwinan itu Suhaila yang
mengeluarkan kos tetapi Saiful dan Karlisa bersanding sedap-sedap di situ.
Sudah tu pula, sampai di rumah sewanya, Suhaila diusir pula oleh ibu Karlisa
seolah-olah rumah itu miliknya sendiri. Tapi saya suka watak Suhaila ni...tak
adanya dia lemah....dia suruh jiran-jiran dia angkut semua barang dalam rumah
tu sebab semua tu dia yang beli.....adegan ni ala-ala dalam filem Tiga Abdul he
he....waktu P. Ramlee sedekahkan barang2 mertua dia he he....
Sewaktu bersedih dengan pengkhianatan Saiful
dan Karlisa, berlaku pula satu episode baru dalam hidup Suhaila apabila dia
tersalah masuk ke bilik Tengku Khalis Aiman...si playboy Malaya menyebabkan dia
terpaksa berkahwin dengan lelaki tersebut....haaah....di sini korang kena
baca....bermulalah kisah bibik millennium dalam menjalankan misinya....garang,
gedik, nakal, manja...semua ada he he...rugi korang tak baca...
Macam biasalah apabila mula mengecapi bahagia
mesti ada ujian kesulitan...Khalis yang cemburu marah dengan
Suhaila...ditinggalkan di tepi jalan...apabila dia sudah tahu bahawa Suhaila
itu merupakan Suhaila AL-Hakeem wanita arkitek yang dikaguminya...yang
dicari-carinya selama ini...betapa dia sangat menyesal dan berusaha untuk
mencari isterinya...namun takdir memisahkan mereka selama berbulan-bulan kerana
Suhaila telah dilanggar orang dan hilang ingatan. Mereka akhirnya bertemu
semula dengan kekuatan anak mereka dalam kandungan Suhaila. Banyak lagi kisah
ni...korang baca ya he he..
Tak masuk lagi konflik keluarga tau...yang
akhirnya terlerai apabila terbongkar Suhaila ada keluarganya sendiri...Syed
Haidar itu siapa....kemunculan Datin Hanis yang dinanti oleh Tengku
Khalis...bersatu semula semua anak Tengku Zabidi atas bantuan Suhaila...yang
ini pun menarik untuk korang bongkar ha ha....siapa yang melanggar Suhaila
sehingga dia hilang ingatan dan kenapa....semuanya terjawab dalam bentuk HAPPY
ENDING he he...Cuma di penghujung cerita tu agak suspens sedikit.....rasa macam
tercabut jantung apabila penulis seolah-olah mematikan watak hero...fuuh...walhal....tak
adapun....Suhaila tu saja nak jadi sengal menggedik dengan suami kerana
pembawaan baby kedua he he....
K hasil dapatan novel ini :-
1. SYUKURI DAN HARGAI APA YANG KITA MILIK
Mencemburui kelebihan
orang lain hanya mengundang bencana dalam hidup kita kerana daripada rasa
dengki inilah maka dendam kesumat akan muncul. Apabila mula berdendam maka
manusia akan mula berhati busuk dan sanggup melakukan apa sahaja. Karlisa yang
sangat cemburu dengan Suhaila sanggup mengaibkan kawan baiknya malah
menghancurkan hidupnya. Begitu juga dengan Saiful...kata sayang tapi tidak
boleh mempertahankan Suhaila....
2. JANGAN CEPAT MENGHUKUM SESEORANG
Sehebat manapun kita
tetapi bukan menjadi tugas kita untuk menentukan darjat seseorang berdasarkan
masa silamnya. Saiful kehilangan wanita yang disayanginya kerana terlalu taasub
dengan keturunan. Khalis juga hampir kehilangan wanita yang disayanginya kerana
terlalu cepat menghukum Suhaila hanya kerana fitnah tentang keturunanannya.
#Saya
memang suka novel ni....di mana keistimewaannya...saya letak pada pengolahan
penulis yang berjaya membangkitkan emosi humor dan sedih dalam pembacaan
saya...tapi lain padang lain belalang, lain orang lain pandangan ha ha...