Wednesday, 16 September 2026

TOP AGENT RETURNS FOR HER TWINS

 

Zaman semakin berubah. Dunia AI mula menguasai perkembangan teknologi dengan begitu cepat. Untuk generasi X seperti saya menyaksikan kepesatan perkembangan AI ini merupakan sesuatu yang mengujakan dan adakalanya membuatkan saya merasa sedikit ngeri, gerun dan takut dengan keupayaan AI dalam menakluki kehidupan manusia. Bayangkan sahaja, dulu kita hanya terdedah dengan dunia lakonan manusia sebenar yang pastinya punya keterbatasan dari segi logik akal tetapi dengan munculnya dunia lakonan AI maka erti keterbatasan semakin terbuka dan kita mula disajikan malah disumbat dengan kesempurnaan kehidupan yang adakalanya  melangkaui batas akal manusia. Mungkin juga AI ni dunia kartun pada zaman generasi saya ya he he cuma diolah menjadi kartun yang lebih cantik, lebih visualisasi dengan audio, grafik dan animasi yang berkesan. Jika kita menonton drama AI hanya untuk tujuan hiburan maka nikmatilah jalan ceritanya walaupun macam yang sy katakan tadi tahap kesempurnaannya memang mengerikan ha ha tapi itulah namanya hiburan.

Oklah..cukup untuk intro sebab saya ingin memberikan review tentang drama AI Top Agent Returns For Her Twins. Kisah ni tentang Arabella Stanley yang berusia 19 tahun baru balik dari melaksanakan misi untuk negaranya cuma jgn tanya saya misi apa sbb tdk dinyatakan cuma dengan pengalaman dalam misi itu menjadikan watak Arabella ni jauh lebih kuat dan matang berbanding usianya. Ketika dia kembali ke rumah untuk bertemu dengan adik kembarnya Daisy, dia menerima kejutan yang menyedihkan apabila menyaksikan adiknya itu menjadi bahan seksaan keluarga makciknya. Daisy dibuli di rumah. Tinggal dalam kandang anjing dan makan makanan anjing. Daisy juga dibuli di sekolah yang dipimpin oleh sepupu mereka iaitu Elisa.

Bermula episod Arabella membalas dendam. Dia mula dengan hack semua video berkaitan pembulian adiknya dan dia berjaya membalas dendam satu per satu. Part ni korang mmg best ha ha bkn saya psiko tau tapi cara mereka membuli dan memalukan Daisy sangat-sangat kejam. Arabella dibantu oleh Gordon yang merupakan anak kepada sahabat baik ayah Arabella. Drama ni bukan fokus kepada romance sebab itu tdk digambarkan sangat kisah romance mereka tapi lebih kepada usaha Arabella membalas dendam untuk adiknya dan cuba untuk merungkai misteri ayahnya dan ideniti ibu mereka. Jeng jeng....kalau tiada kesabaran jangan teruja sangat untuk drama ini ha ha sebab ni baru season 1 dan season 2 blm jumpa lagi ha ha.

Kuarantin Influenza : 16 Sept 2026

"Kasih sayang antara keluarga  tidak ada galang gantinya."

"Jangan tamak untuk memiliki sesuatu yang bkn milik kita"





TRAP FOR HIS HEART

 Kembali ke cerita klise short drama ha ha cuma alur ceritanya agak berbeza sedikit. Masih tentang percintaan orang kaya tapi bukanlah berkaitan penyamaran identiti. Saya selalu jumpa drama pendek lakonan pasangan ini. Mereka memang selalu berlakon bersama Dan nampak sangat serasi. Kisah ini tentang Ah Yu (FL) yang dikurung Dan diseksa dengan zalim oleh keluarga pakciknya selama bertahun-tahun sehingga dia mengalami masalah mental. Apatah lagi apabila insiden pembunuhan ibunya yang mayatnya dibuang ke dalam kolam di halaman rumah mereka menjadikan trauma mental Ah Yu semakin parah. 

Ah Yu mempunyai bakat melukis yang diwarisinya daripada ibunya. Sejak dia mengalami gangguan mental Dan dianggap gila oleh keluarga Song maka Ah Yu hanya menghasilkan karya seni yang berunsurkan abstrak Dan keganasan. Ini menjadikan setiap karyanya tu diminati oleh He Lian (ML) yang merupakan taikun besar. Namun, identiti Ah Yu sebenarnya diambil oleh kakak sepupunya Xue yang mengaku semua lukisan itu adalah miliknya. Kunjungan He Lian ke daerah mereka telah digunakan oleh Ah Yu sepenuhnya untuk mendekatkan diri dengan He Lian. Dia telah menggunakan identiti 'gila' yang dilabelkan kepadanya untuk mengoda He Lian Dan tindakannya berjaya. Dia akhirnya berjaya dibawa keluar daripada rumah neraka keluarga Song oleh He Lian.

He Lian memang sayang sangat dengan Ah Yu ni. Dia jaga betul-betul Ah Yu walaupun kekurangan yang dimiliki oleh Ah Yu. Tapi sebenarnya He Lian sudah tahu awal tujuan Ah Yu datang kepadanya kerana wasiat datuknya ada dalam Salah satu lukisan yang dibeli oleh He Lian. Tapi macam biasalah, bila cinta sudah membara aha aha...He Lian sanggup dipergunakan tapi memang greenflag betullah dia. Dari pelbagai aspek dia sanggup melindungi Ah Yu. 

Akhirnya mereka bersatu Dan Ah Yu mengakui akan keadaan dirinya yang sebenarnya. Dia tidaklah gila seperti yang dibuat-buat cuma mungkin trauma itu ada. Bermula episo d balasan dendam mereka Dan dalam masak sekejap saja mereka berjaya menjatuhkan keluarga Song. Mayat ibunya juga dapat dikebumikan dengan baik. Happy Ending...banayak lagi konflik santai Dan salting ya he he..korang tengok. Cerita ni ada di Dailymotion.

Short Drama : Trap For His Heart - 7 Jan 2026

Refleksi : Adakah cinta itu buta atau kesediaan kita menerima kekurangan pasangan.

REBORN AT 18 : THE GREAT GRANDMOTHER TAKES CHARGE

 Wow....cerita ini pada saya bukan lagi short drama tapi sudah masuk kategori drama keluarga. Pada saya, memang drama ini sesuai jika anda ingin mencari hiburan santai Dan tidak memeningkan kepala mahupun menyakitkan hati ha ha. Saya memang seronok ketika menonton drama ini. Jarang short drama ni boleh membuatkan penonton ketawa sebab rata-rata ceritanya adalah kisah zalim yang menyakitkan hati. Tapi drama ini memang berbeza sebab banyak unsur humornya. Barisan pelakon juga bukan kaleng-kaleng, kalau anda biasa menonton short drama. Pelakon datang untuk cameo sajapun memang power2 Dan lakonan mereka memang best. Oh ya, drama ini ada 3 siri iaitu :-

Season 1 

Dalam season 1, diperkenalkan watak FL iaitu Great Grandma dalam drama ini. Dia menjadi traveler time Dari tahun 1945 ke 2025. Dia masuk ke dalam tubuh badan gadis berusia 18 tahun yang menggunakan nama sepertinya. Apabila dia kembali ke era tersebut, dia mendapati anak lelaki tunggalnya koma Dan kini berusia 72 tahun. Dia berasa kasihan Dan bersimpati dengan nasib malang yang dialami anak lelakinya yang membesar tanpa ibu bapa Dan hanya dibesarkan dengan kasih sayang Uncle Chad iaitu kawan kpd ibunya. FL ni meninggal dalam usia yang Masih mudah Dan masa hayat lampaunya dia merupakan wanita sempurna yang terkenal dengan kebijaksanaan, kecantikan, kegagahannya yang dimilikinya.

Situasi menjadi kecoh di peringkat awal sebab ahli keluarganya terutama ya cucu-cucunya tidak dapat menerima FL sebagai moyang mereka. Hanya Mr Sean(anak FL) sahaja yang boleh menerima hal tersebut sebab dia kenal ibu dia. Hanya ibu dia yang memanggilnya dengan panggilan khas. Bayanglah lelaki tua berusia 70 an memanggil ibu gadis berusia 18 tahun memang mengundang unsur humor yang natural. Watak Mr Sean ni pun akting dia bagus. Memang betul-betul menjadi gaya kebudak-budakan dia sehinggakan ditertawakan oleh cucu-cucunya.

Fokus dalam season 1 ini ialah FL menyelamatkan Dan menyedarkan cucu pertama dalam keluarga mereka iaitu Zane. Dia ni jeni lurus bendul. Duda anak satu Dan terlalu percaya dengan teman wanitanya yang juga punya anak satu sehingga dia mengabaikan anak perempuannya sendiri. FL akhirnya berjaya membongkar kejahatan perempuan tersebut Dan Zane kembali fokus kepada anak Dan keluarganya. 

Di sini juga, FL menemukan Fourth Brother yang sebenar sebab yang sebelum ini iaitu Julian sebenarnya bukan keluarga Johnson yang sebenar. Dia sebenarnya anak orang gaji yang telah ditukar semasa bayi. Fourth Brother yang sebenar adalah Grant yang menjadi anak orang gaji di rumah tersebut. Memang korang kena tengok cerita ni kalau mau tau mcamana mereka tertukar Dan bagaimana FL boleh detect sapa cucu dia yang sebenarnya. 

Penutup season ni ialah Grant yang mula digambarkan mendapat kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada keluarga Johnson jadi dia tidak berasa kekok berada dalam keluarga tersebut.

SEASON 2

Season 2 ni memang agak huru hara ha ha. Bermula dengan Sean yang sudah berusia 72 tahun diminta untuk bersekolah semula oleh ibunya. Bayanglah dia pergi kolej dalam usia itu Dan bertemu pula dengan musuh tradisinya Taylor (Sebenarnya nama Watak dalam Cina tapi itulah terjemahannya begitu). Lucunya, Mr Sean ni pula jatuh cinta dengan wanita berusia yang sama-sama belajar dengannya. Apabila melihat anaknya jatuh cinta, FL berasa sangat gembira kerana kehidupan lampau dia tidak berpeluang melihatnya. Tetapi malangnya, pengakhiran cinta mereka tidak kesampaian sebab wanita tersebut mengambil keputusan untuk merantau. Bayangkan datuk ni patah hati Dan cucu-cucunya menjadi tempatnya meluahkan hanya mampu menahan ketawa. 

Di sini juga kisah tentang Felix iaitu Third Brother. Seorang yang genius, sebab itulah dia dihantar ke luar untuk belajar. Dia mewarisi kebijaksanaan FL. Satu peristiwa tidak diduga berlaku apabila Felix tiba-tiba kembali ke rumah tetapi dalam keadaan mentalnya berusia 5 tahun. Tambah parah lagi apabila ada seorang wanita mengaku mengandungkan anaknya. Keluarga Johnson terpaksa menerima namun dalam masa yang sama FL telah membuat beberapa rancangan untuk menyelidik perkara itu sehingga terbongkar. Lucunya di sini, untuk memulihkan Felix, setiap Kali FL gunakan kaedah akunpuntur, satu jaruman membolehkan Felix mengingati peristiwa lampau. Lebih lucunya, semua itu adalah berkaitan kenakalan c bongsu iaitu Joey ha ha...ni korang kena tengok weiii

Lagi haru biru dalam kisah ini, Felix yang Masih belum waras pemikirannya terjatuh cinta dengan FL. Apalagi marahlah datuk dia Dan cucu-cucu yang lain tapi dia mana lah faham Bahasa. Akhirnya, Felix yang secara tidak langsung bermain kereta kawalan merakam perbualan antara pemandunya dengan wanita mengandung tersebut. Di situlah terbongkar semua pembohongan itu. Ada lagi peristiwa lucu di sini iaitu ketika si bongsu Joey mengikut FL uji pandu kereta Dan kereta itu telah disabotaj maka memang kecohlah c Joey di sini Dan betapa cool Dan santai sangat moyang dia menghadapi situasi tersebut.

Season ini diserikan dengan konflik dalam keluarga Uncle Chad yang menjaga Sean masa kecil. Chad Dan FL ni dulu kawan baik sebab itulah mereka sangat akrab. Agak menarik juga konflik di sini apatah lagi dengan perangai c Joey yang suka kepada cucu angkat Uncle Chad. Season ini diakhiri dengan kematian Uncle Chad selepas menghabiskan permainan caturnya dengan FL. Dalam keadaan bersedih, c Joey ni pula kata selepas ini pasti datuk dia akan mati, selepas itu First Brother sampailah kepadanya ha ha...memang panik teruslah semua orang ha ha. Lagi terkejut c Joey ni bila crush dia tu dijadikan anak angkat moyangnya....apalagi terkejut beruk c kawan...apa tidaknya...my lover become my elder ha ha. 

Cerita ditutup dengan peristiwa FL terlibat dengan projek di luar negara tetapi disabotaj oleh gadis sekampus yang cemburu dengannya. Namun akhirnya ia berjaya diselesaikan dengan baik. Kalau mau ketawa banyak...saya di season ini memang panjang sikit.


UNSTOPPABLE AFTER PRISON

 Sekali lagi saya tertengok short Drama aksi yang menarik Dan lari daripada plot klise short drama yang biasa. Kalau sebelumnya, saya ada share tentang drama yang FL dia sgt kuat dari segala segi  Dan ini pula ML dia yang strong Dan powerful. Kisah bermula apabila ML ini telah dimasukkan ke penjara akibat diperangkap selama 3 tahun. Menurut cerita ML ini menyelamatkan kekasihnya daripada lelaki kaya yang bangsat sehingga dia masuk penjara. Lebih tragis lagi kekasihnya selepas itu berkahwin pula dengan si bangsat tadi. Jadi selama 3 tahun di penjara, ML telah dimasukkan ke dalam penjara yang memang terkenal dengan keganasan yang menyebabkan semua orang menyangka ML tidak akan Selamat. 

Tidak dipaparkan dengan jelas bagaimana ML boleh menguasai penjara 4 sehingga munul menjadi boss kepada segala banduan. Yang dipaparkan cuma ML keluar Dan diminta untuk menjadi CEO Sovergein Group yang dibawah kendalian Mr Nolan (Watak ini sampai ke hujung tidak pernah muncul). ML memang powerful. Nampak macam simple Dan mudah dipergunakan tetapi sebenarnya ilmu Dan kemahirannya sangat luas. Connection level juga bukan main-main. Semua taiko Dan mafia serta tentera elit berada dalam genggaman cuma tidak dinyatakan bagaimana ML boleh menjadi sepowerful itu. 

Tidak ada FL yang jelas dalam drama ini. Ada beberapa Watak wanita yang menunjukkan minat malah menjadi rebutan mereka walaupun mereka berkawan baik tapi ML buat macam biasa saja. Cuma di hujung cerita ML memegang tangan perempuan bernama Sophia yang menjadi rakan sekerjanya dalam Sovergein Group. Lepas tu, kawan Sophia yang namanya Lily seorang pegawai polis pun suka juga. Ending dia, dia teriak-teriak nama ML slps ML pergi bersama Sophia.

Apa konfliknya, korang kena tengok sendiri. Memang mantaplah skill pertarungan. Saya agak gerun sebenarnya sebab mereka banyak menggunakan pisau...sangat menakutkan saya. Konflik sebenarnya ialah ML mencari tahu sapa yang mengarahkan dia diperangkap Dan dipenjarakan. Peringkat awal, Adam Family mengaku mereka yang melakukannya Dan mereka jugalah yang membunuh ibu bapa ML Dan menyebabkan mereka bankrap. Tapi di hujung hujung cerita Presiden Adam Family pula mula menunjukkan bahawa ada lagi orang di belakangnya yang lebih power telah mengarahkan mereka. Namun sampai kesudah ML tidak dapat mengetahui siapa dalangnya. Mungkinkah juga Mr Nolan ha ha...tidak diketahui. Macam ada sambungan drama ini tapi saya tidak jumpa sebab endingnya memang gantung sangat.

Watak pakcik Dan sepupu ML sangat menjengkelkan. Tipikal karakter short drama yang semua benda tidak mahu percaya semata-mata untuk drag kan cerita. Tapi yalah...kalau tiada ni maka cepatlah drama tu habiskan.

Short Drama : Unstoppable After Prison - 6 January 2026

REFLEKSI : Jangan letakkan keyakinan Dan kepercayaan yang terlalu tinggi kepada orang lain. Utamakan diri anda.

BEWARE OF THE ELDEST SISTER

Ada juga rupanya cerita short drama yang plotnya bukan setakat percintaan Dan penyamaran CEO Dan wanita miskin sahaja he he. Drama ni boleh tahan juga walaupun mungkin Dari segi latar tempat Dan kostum yang digunakan tidaklah terlalu banyak sebab scene dia banyak berlaku pada satu tempat sahaja. Pada saya, cerita ni jadi menarik sebab FL dia sangat kuat karakter dia. Menariknya, drama ini tidak ada ML. Kekuatan cerita bergantung kepada karakter FL sahaja yang digambarkan sangat konsisten dengan kelebihan, kebijaksanaan Dan powerful leadership Dari mula sampai akhir cerita.

Memang sangat menghiburkan ha ha sebab drama ini langsung tidak ada scene yang FL ni kalah. Seronok betul ha ha. Tidak kiralah Dari segi pertarungan fizikal mahupun business connection memang power giler doh FL ni. Kisah ini tentang FL yang merupakan anak tidak sah taraf kepada Richard Group. Jadi dia telah pergi ke overseas Dan mempelajari ilmu mempertahankan diri sehingga dia dikenali Dan digeruni oleh mana-mana gangster yang ada. Level connection dia pun power. Polis  Dan semua orang-orang bussines yang cuba untuk menjatuhkannya tidak ada yang berjaya. Semua tunduk kepadanya he he. Memang power betullah.

Konflik drama ini ialah FL berhadapan dengan cabaran untuk mempertahankan Richard Group selepas kematian bapanya. Dia mendapat tentangan daripada bapa saudara Dan sepupu-sepupunya yang gilakan kuasa Dan harta. Tetapi mereka tidak menyangka bahawa FL ini sepower seperti yang saya nyatakan di atas. Jadi semua cubaan mereka gagal Dan ada yang masuk penjara Dan ada juga yang mati. FL juga berhadapan dengan cabaran mendidik adik-adiknya terutama Justin yang memang tidak faham Bahasa Dan tidak bersikap matang. FL akhirnya mengambil keputusan untuk memasukkan Justin ke dalam penjara Dan akhirnya ini menjadi titik permulaan untuk Justin mulai insaf dengan kepentingan tidak melanggar undang-undang.

Drama ini tidak ada kisah percintaan. Lebih kepada konflik kekeluargaan tapi tidaklah terlalu memberatkan fikiran sebab FL memang karakternya sangat sangat strong. Jadi tidak boring untuk ditonton.

DraPen 'Beware Of The Eldest Sister's - 5 January 2026

Refleksi : Jangan mudah berputus asa Dan mesti kuat dalam menghadapi cabaran.



MARRY A HIDDEN BOSS, FIND MY DAUGHTER - SHORT CDRAMA

Sekarang ini, short drama sama ada Cdrama mahupun Kdrama yang juga sudah mula berlambak di medsos menjadikan trending ini menyebarluas dalam kalangan masyarakat. Tidak dinafikan bahawa plot cerita untuk short drama ini memang rata-ratanya sama iaitu CEO dengan wanita miskin, CEO menyamar, penganaiyaan yang kejam, balas dendam paling mantap tetapi apabila sudah 'ketagih' dengan drama pendek ini maka ia tetap juga ditengok ha ha ha. Tapi jujur, kalau saya dah boleh agak plot dia memang saya akan skip2 sahaja mana-mana scene yang saya tidak suka.

Ok berbalik kepada Cdrama pendek ini...saya suka walaupun  jalan ceritanya klise tetapi agak menarik bagi saya sebab karakter FL dan ML itu sangat power. Ia tidak selembik FL lain yang mudah ditindas oleh keluarga yang biasanya broken family. Saya tidak boleh nyatakan nama watak sebab dalam drama tu, nama tersebut bukan lagi berunsurkan Chinese tapi telah diInggeriskan atau diIndonesiakan sesuai dengan terjemahan subtitlenya. Jujur ini sangat menganggu terutama kalau nama tersebut jadi Rizma...Zahara adui...takkanlah tapi ya difahami untuk memudahkan terjemahannya.

FL ini telah terjebak dengan one night stand yang dirancang oleh ibu dan kakak tirinya. Macam biasalah target FL akan tidur dengan pengemis tetapi malangnya ML yang juga pada waktu itu dijebak (kita guna istilah ni sajalah ha ha) oleh adik sepupunya atas dasar dengki dan tamak menjadi pasangan one night stand dalam keadaan mereka tidak sedar. Kesannya FL telah mengandung dan melahirkan baby girl. Tiba-tiba datang segerombolan orang mengambil baby tersebut. FL menangis dan berlari mengejar anaknya tapi tidak berdaya dan jeng jeng...tiba-tiba doktor kata ada lagi anak dalam perut dia means dia kembar (haaa....jangan fikir logik ok he he...kt mmg ambil ini untuk hiburan sahaja)kalau terlampau mempertikaikan logik akal maka hilanglah keseronokan anda untuk berhibur.

Selepas bersalin FL pergi ke luar negara membawa baby boynya (Throne). Selepas 5 tahun, FL kembali semula untuk mencari baby girlnya yang dirampas daripadanya. Tapi kali ini, FL tidak kosong. Dia merupakan chairwoman kepada Dream Group cuma macam biasalah dia merahsiakan identitinya. Pertemuan mereka bermula apabila ML yang membawa anak perempuannya(Mia) bertemu dalam blind date dan memintanya untuk merahsiakan identiti mereka telah tersalah meja. Throne yang telah menterbalikkan no 6 menjadi no 9 mewujudkan salah sangka itu. Bermula sesi penyamaran kedua-dua CEO ini ha ha...satu CEO Lu Group dan satu lagi Dream Group sehingga akhirnya membawa kepada perkahwinan mereka yang bersyaratkan jika FL berjaya menemui anak perempuannya dan ML bertemu dengan ibu kandung Mia maka mereka akan bercerai.

Banyaklah kisah-kisah klise mereka hide n seek identiti masing-masing he he. FL inipun bukan kosong ya gaiss...dia ada ilmu mempertahankan diri. Dialah yang menyelamatkan adik iparnya daripada penculikan dengan menyamar sebagai lelaki. Ini membuatkan adik iparnya jatuh cinta. Saya ingatkan cerita akan drag berlanjutan tentang hal ini tapi pengarah bijak dengan terus mematikan dengan scene FL balik ke rumah masih dengan baju penyamarannya sebagai lelaki ha ha.

Konflik berterusan apabila Liam adik sepupu ML berkomplot pula dengan kakak tiri FL. Penipuan demi penipuan mereka lakukan termasuklah mengaku dialah yang bersama dengan ML dalam one night stand dan dia adalah ibu kandung kepada Mia. Tapi semua itu berjaya diatasi oleh ML dan FL. Saya suka sebab plot dia tidak meleret-leret sangat dan karakter FL dan ML juga cakep dan ganteng banget gaiss. FL lawa dan ML juga kacak. 

Ending cerita ini pun menarik. Rupa-rupanya FL tu pembunuh upahan taraf antarabangsa gaiss ha ha jangan main-main. Akhirnya mereka pun bahagia bersama anak-anak mereka...yeah...itu saja ha ha

DraPen Cdrama : 5 Januari 2026

Refleksi : Syukuri apa yang ada. Jangan tamak dan dengki dengan apa yang tidak kita miliki

Sunday, 28 December 2025

REVIEW KDRAMA : OH MY GHOST CLIENTS

Kdrama ini memang saya dah lama tunggu untuk menontonnya. Tapi disebabkan kekangan masa maka barulah saya dapat meluangkan masa untuk drama ini. Saya tertarik dengan drama ini kerana Male Lead(ML) adalah dalam kalangan actor Korea yang saya minati iaitu Jung Kyung Ho. Saya sangat suka dengan karakter beliau dalam drama yang berunsurkan dracom kerana keupayaannya membawa watak-watak sebegini. Turut membintangi drama ini adalah Seol In Ah dan N. Gandingan generasi muda yang tidak kurang hebatnya untuk drama genre komedi.

Pada saya, drama ini adalah dalam genre komedi sebab tidak nampak sangat unsur-unsur romance dalam drama ini. Ia lebih berfokus kepada kesungguhan seorang peguam yang mengkhusus dalam undang-undang buruh yang membela nasib golongan pekerja yang ditindas oleh majikan mereka khususnya dalam aspek keselamatan dan penyalahgunaan kuasa. Kisah mula cerita ini agak menyedihkan apabila Noh Mu Jin yang telah menggunakan kesemua duit persaraannya di sebuah firma guaman untuk melabur. Tapi malangnya sebelum mendapat pulangan pelaburannya, sahabat yang menjadi agen pelaburan tersebut telah meninggal dunia. Dia pula telah ditinggalkan oleh isterinya Mi Joo yang juga seorang peguam kerana marah dengan perangai suaminya yang tidak pernah mahu meminta pandangan daripadanya sebelum mengambil tindakan. Part ini sepatutnya sedih tau yeoreobun ha ha tapi disebabkan actornya adalah Jung Kyung Ho maka korang boleh bayangkanlah ekspresinya macamana he he. Orang menangis kesedihan sahabat meninggal tapi dia menangis teruk mengenangkan duit pelaburannya yang lenyap bersama kematian sahabatnya.

Atas saranan rakannya maka Mu Jin telah mengambil lesen untuk menjadi Peguam Buruh. Ini istilah yang mereka gunakan dalam drama ini. Kebijaksanaan dan kesungguhannya membuahkan hasil apabila dia berjaya mendapatkan lesen tersebut dan dia akhirnya membuka sebuah opis kecil dan dibantu oleh adik iparnya Na Hee Joo. Hee Joo pula meminta bantuan rakan pempengaruhnya iaitu Go Gyeon U untuk melancarkan perniagaan mereka kerana tidak mendapat sambutan. Pelbagai usaha mereka lakukan untuk menarik lebih ramai pelanggan kerana sumber kewangan yang terdesak sehinggakan bayaran sewa opis juga tertunggak. 

Akhirnya satu kemalangan yang hampir meragut nyawa Mu Jin di sebuah kilang. Namun berlaku peristiwa ajaib apabila dia telah diselamatkan oleh seorang dewa (kita panggil dewalah sebab ni bkn manusia biasa ha ha) dengan syarat, Mu Jin kena membantu roh-roh pekerja yang tidak tenang akibat penindasan majikan yang membawa kepada kematian mereka. Akhirnya Mu Jin dalam keadaan berat hati terpaksa memenuhi syarat tersebut kerana impaknya bukan kaleng-kaleng. Ekoran peristiwa itu, dia akhirnya boleh melihat roh-roh tersebut dan peringkat awalnya memang sangat menakutkan untuk Mu Jin.

Klien pertamanya adalah Lee Min Uk kalau saya tidak salah eja namanya. Pemuda yang sepatutnya menjalani latihan praktikal di sebuah kilang tempat Mu Jin hampir ditimpa besi itu telah terbunuh digilis mesin akibat kecuaian pihak pengurusan kilang yang tidak mementingkan aspek keselamatan. Yang lebih menyedihkan Min Uk sepatutnya boleh diselamatkan tetapi pengurus kilang telah mengambil keputusan kejam untuk membiarkannya dan menyembunyikan pekara tersebut. Di sinilah perjuangan Mu Jin dan teamnya membantu membela Nasib Min Uk dan akhirnya membuatkan rohnya tenang dan juga membantu mententeramkan ibunya yang begitu sedih dengan kehilangan anaknya.

Klien kedua pula adalah seorang jururawat junior yang menerima pembulian daripada doctor dan staff senior menyebabkan akhirnya dia membunuh diri. Mu Jin dan team telah membantu jururawat ini mendedahkan kebenaran dan pastinya melalui pelbagai halangan. Klien seterusnya adalah kawan sekerja ibunya sendiri yang telah meninggal akibat tekanan kerja daripada pengurus mereka. Dalam kes ini, para pekerja pembersihan di Universiti Hankuk yang terdiri daripada golongan lanjut usia telah diminta untuk menjawab soalan yang ntah apa-apa untuk usia dan tahap pendidikan mereka. Ini korang kena tengok. Gabungan usaha padu antara ibu dan anak iaitu Mu Jin dan ibunya memantapkan usaha mereka meraih kejayaan selepas melalui halangan yang mencabar. Part pendedahan ujian ini secara langsung yang dibuat oleh Gyeon U dan Hee Joo memang best.

Seterusnya, mereka berhadapan dengan klien yang agak ramai iaitu mangsa korban kebakaran di sebuah kilang yang dimanipulasi oleh sebuah syarikat besar. Ni memang klimaks cerita maka kisah yang ini lebih menarik dan mencabar lagi. Apatah lagi digabungkan dengan unsur-unsur luar biasa yang pasti menghiburkan.

Akhirnya cerita ini melabuhkan tirai dengan HAPPY ENDING apabila Mu Jin akhirnya kembali bersama isterinya Mi Joo dan Hee Joo + Gyeon U pun menjadi juga ha ha. Korang kena tengok sendiri baru dapat feel. Hanya 10 episod maka saya boleh habiskan dari pagi sehingga ke petang Sahaja he he. Tapi bagi mereka yang suka genre aksi ini bukanlah drama anda.

Sisipan teladan : Tidak semua perkara mampu kita selesaikan. Kita perlukan sokongan orang-orang terdekat untuk bersama-sama kita. Saya tertarik dengan salah satu dialog dalam drama ini yang berbunyi, “Sesuatu itu perlu kamu hadapi agar kamu mampu untuk melewatinya”.

Yeoreobun….ada unsur plot twist juga dalam ni. Betul saya tidak sangka plot twistnya iaitu berkaitan dengan abang Mu Jin. Nak tahu..korang tengoklah ya.

 

CURHAT KDRAMA : 21 SEPT 2025

Penghujung cuti penggal

SAAT ITU