Wednesday, 16 September 2026
TOP AGENT RETURNS FOR HER TWINS
Zaman semakin berubah. Dunia AI mula menguasai perkembangan teknologi dengan begitu cepat. Untuk generasi X seperti saya menyaksikan kepesatan perkembangan AI ini merupakan sesuatu yang mengujakan dan adakalanya membuatkan saya merasa sedikit ngeri, gerun dan takut dengan keupayaan AI dalam menakluki kehidupan manusia. Bayangkan sahaja, dulu kita hanya terdedah dengan dunia lakonan manusia sebenar yang pastinya punya keterbatasan dari segi logik akal tetapi dengan munculnya dunia lakonan AI maka erti keterbatasan semakin terbuka dan kita mula disajikan malah disumbat dengan kesempurnaan kehidupan yang adakalanya melangkaui batas akal manusia. Mungkin juga AI ni dunia kartun pada zaman generasi saya ya he he cuma diolah menjadi kartun yang lebih cantik, lebih visualisasi dengan audio, grafik dan animasi yang berkesan. Jika kita menonton drama AI hanya untuk tujuan hiburan maka nikmatilah jalan ceritanya walaupun macam yang sy katakan tadi tahap kesempurnaannya memang mengerikan ha ha tapi itulah namanya hiburan.
Oklah..cukup untuk intro sebab saya ingin memberikan review tentang drama AI Top Agent Returns For Her Twins. Kisah ni tentang Arabella Stanley yang berusia 19 tahun baru balik dari melaksanakan misi untuk negaranya cuma jgn tanya saya misi apa sbb tdk dinyatakan cuma dengan pengalaman dalam misi itu menjadikan watak Arabella ni jauh lebih kuat dan matang berbanding usianya. Ketika dia kembali ke rumah untuk bertemu dengan adik kembarnya Daisy, dia menerima kejutan yang menyedihkan apabila menyaksikan adiknya itu menjadi bahan seksaan keluarga makciknya. Daisy dibuli di rumah. Tinggal dalam kandang anjing dan makan makanan anjing. Daisy juga dibuli di sekolah yang dipimpin oleh sepupu mereka iaitu Elisa.
Bermula episod Arabella membalas dendam. Dia mula dengan hack semua video berkaitan pembulian adiknya dan dia berjaya membalas dendam satu per satu. Part ni korang mmg best ha ha bkn saya psiko tau tapi cara mereka membuli dan memalukan Daisy sangat-sangat kejam. Arabella dibantu oleh Gordon yang merupakan anak kepada sahabat baik ayah Arabella. Drama ni bukan fokus kepada romance sebab itu tdk digambarkan sangat kisah romance mereka tapi lebih kepada usaha Arabella membalas dendam untuk adiknya dan cuba untuk merungkai misteri ayahnya dan ideniti ibu mereka. Jeng jeng....kalau tiada kesabaran jangan teruja sangat untuk drama ini ha ha sebab ni baru season 1 dan season 2 blm jumpa lagi ha ha.
Kuarantin Influenza : 16 Sept 2026
"Kasih sayang antara keluarga tidak ada galang gantinya."
"Jangan tamak untuk memiliki sesuatu yang bkn milik kita"
TRAP FOR HIS HEART
Kembali ke cerita klise short drama ha ha cuma alur ceritanya agak berbeza sedikit. Masih tentang percintaan orang kaya tapi bukanlah berkaitan penyamaran identiti. Saya selalu jumpa drama pendek lakonan pasangan ini. Mereka memang selalu berlakon bersama Dan nampak sangat serasi. Kisah ini tentang Ah Yu (FL) yang dikurung Dan diseksa dengan zalim oleh keluarga pakciknya selama bertahun-tahun sehingga dia mengalami masalah mental. Apatah lagi apabila insiden pembunuhan ibunya yang mayatnya dibuang ke dalam kolam di halaman rumah mereka menjadikan trauma mental Ah Yu semakin parah.
Ah Yu mempunyai bakat melukis yang diwarisinya daripada ibunya. Sejak dia mengalami gangguan mental Dan dianggap gila oleh keluarga Song maka Ah Yu hanya menghasilkan karya seni yang berunsurkan abstrak Dan keganasan. Ini menjadikan setiap karyanya tu diminati oleh He Lian (ML) yang merupakan taikun besar. Namun, identiti Ah Yu sebenarnya diambil oleh kakak sepupunya Xue yang mengaku semua lukisan itu adalah miliknya. Kunjungan He Lian ke daerah mereka telah digunakan oleh Ah Yu sepenuhnya untuk mendekatkan diri dengan He Lian. Dia telah menggunakan identiti 'gila' yang dilabelkan kepadanya untuk mengoda He Lian Dan tindakannya berjaya. Dia akhirnya berjaya dibawa keluar daripada rumah neraka keluarga Song oleh He Lian.
He Lian memang sayang sangat dengan Ah Yu ni. Dia jaga betul-betul Ah Yu walaupun kekurangan yang dimiliki oleh Ah Yu. Tapi sebenarnya He Lian sudah tahu awal tujuan Ah Yu datang kepadanya kerana wasiat datuknya ada dalam Salah satu lukisan yang dibeli oleh He Lian. Tapi macam biasalah, bila cinta sudah membara aha aha...He Lian sanggup dipergunakan tapi memang greenflag betullah dia. Dari pelbagai aspek dia sanggup melindungi Ah Yu.
Akhirnya mereka bersatu Dan Ah Yu mengakui akan keadaan dirinya yang sebenarnya. Dia tidaklah gila seperti yang dibuat-buat cuma mungkin trauma itu ada. Bermula episo d balasan dendam mereka Dan dalam masak sekejap saja mereka berjaya menjatuhkan keluarga Song. Mayat ibunya juga dapat dikebumikan dengan baik. Happy Ending...banayak lagi konflik santai Dan salting ya he he..korang tengok. Cerita ni ada di Dailymotion.
Short Drama : Trap For His Heart - 7 Jan 2026
Refleksi : Adakah cinta itu buta atau kesediaan kita menerima kekurangan pasangan.
REBORN AT 18 : THE GREAT GRANDMOTHER TAKES CHARGE
Wow....cerita ini pada saya bukan lagi short drama tapi sudah masuk kategori drama keluarga. Pada saya, memang drama ini sesuai jika anda ingin mencari hiburan santai Dan tidak memeningkan kepala mahupun menyakitkan hati ha ha. Saya memang seronok ketika menonton drama ini. Jarang short drama ni boleh membuatkan penonton ketawa sebab rata-rata ceritanya adalah kisah zalim yang menyakitkan hati. Tapi drama ini memang berbeza sebab banyak unsur humornya. Barisan pelakon juga bukan kaleng-kaleng, kalau anda biasa menonton short drama. Pelakon datang untuk cameo sajapun memang power2 Dan lakonan mereka memang best. Oh ya, drama ini ada 3 siri iaitu :-
Season 1
Dalam season 1, diperkenalkan watak FL iaitu Great Grandma dalam drama ini. Dia menjadi traveler time Dari tahun 1945 ke 2025. Dia masuk ke dalam tubuh badan gadis berusia 18 tahun yang menggunakan nama sepertinya. Apabila dia kembali ke era tersebut, dia mendapati anak lelaki tunggalnya koma Dan kini berusia 72 tahun. Dia berasa kasihan Dan bersimpati dengan nasib malang yang dialami anak lelakinya yang membesar tanpa ibu bapa Dan hanya dibesarkan dengan kasih sayang Uncle Chad iaitu kawan kpd ibunya. FL ni meninggal dalam usia yang Masih mudah Dan masa hayat lampaunya dia merupakan wanita sempurna yang terkenal dengan kebijaksanaan, kecantikan, kegagahannya yang dimilikinya.
Situasi menjadi kecoh di peringkat awal sebab ahli keluarganya terutama ya cucu-cucunya tidak dapat menerima FL sebagai moyang mereka. Hanya Mr Sean(anak FL) sahaja yang boleh menerima hal tersebut sebab dia kenal ibu dia. Hanya ibu dia yang memanggilnya dengan panggilan khas. Bayanglah lelaki tua berusia 70 an memanggil ibu gadis berusia 18 tahun memang mengundang unsur humor yang natural. Watak Mr Sean ni pun akting dia bagus. Memang betul-betul menjadi gaya kebudak-budakan dia sehinggakan ditertawakan oleh cucu-cucunya.
Fokus dalam season 1 ini ialah FL menyelamatkan Dan menyedarkan cucu pertama dalam keluarga mereka iaitu Zane. Dia ni jeni lurus bendul. Duda anak satu Dan terlalu percaya dengan teman wanitanya yang juga punya anak satu sehingga dia mengabaikan anak perempuannya sendiri. FL akhirnya berjaya membongkar kejahatan perempuan tersebut Dan Zane kembali fokus kepada anak Dan keluarganya.
Di sini juga, FL menemukan Fourth Brother yang sebenar sebab yang sebelum ini iaitu Julian sebenarnya bukan keluarga Johnson yang sebenar. Dia sebenarnya anak orang gaji yang telah ditukar semasa bayi. Fourth Brother yang sebenar adalah Grant yang menjadi anak orang gaji di rumah tersebut. Memang korang kena tengok cerita ni kalau mau tau mcamana mereka tertukar Dan bagaimana FL boleh detect sapa cucu dia yang sebenarnya.
Penutup season ni ialah Grant yang mula digambarkan mendapat kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada keluarga Johnson jadi dia tidak berasa kekok berada dalam keluarga tersebut.
SEASON 2
Season 2 ni memang agak huru hara ha ha. Bermula dengan Sean yang sudah berusia 72 tahun diminta untuk bersekolah semula oleh ibunya. Bayanglah dia pergi kolej dalam usia itu Dan bertemu pula dengan musuh tradisinya Taylor (Sebenarnya nama Watak dalam Cina tapi itulah terjemahannya begitu). Lucunya, Mr Sean ni pula jatuh cinta dengan wanita berusia yang sama-sama belajar dengannya. Apabila melihat anaknya jatuh cinta, FL berasa sangat gembira kerana kehidupan lampau dia tidak berpeluang melihatnya. Tetapi malangnya, pengakhiran cinta mereka tidak kesampaian sebab wanita tersebut mengambil keputusan untuk merantau. Bayangkan datuk ni patah hati Dan cucu-cucunya menjadi tempatnya meluahkan hanya mampu menahan ketawa.
Di sini juga kisah tentang Felix iaitu Third Brother. Seorang yang genius, sebab itulah dia dihantar ke luar untuk belajar. Dia mewarisi kebijaksanaan FL. Satu peristiwa tidak diduga berlaku apabila Felix tiba-tiba kembali ke rumah tetapi dalam keadaan mentalnya berusia 5 tahun. Tambah parah lagi apabila ada seorang wanita mengaku mengandungkan anaknya. Keluarga Johnson terpaksa menerima namun dalam masa yang sama FL telah membuat beberapa rancangan untuk menyelidik perkara itu sehingga terbongkar. Lucunya di sini, untuk memulihkan Felix, setiap Kali FL gunakan kaedah akunpuntur, satu jaruman membolehkan Felix mengingati peristiwa lampau. Lebih lucunya, semua itu adalah berkaitan kenakalan c bongsu iaitu Joey ha ha...ni korang kena tengok weiii
Lagi haru biru dalam kisah ini, Felix yang Masih belum waras pemikirannya terjatuh cinta dengan FL. Apalagi marahlah datuk dia Dan cucu-cucu yang lain tapi dia mana lah faham Bahasa. Akhirnya, Felix yang secara tidak langsung bermain kereta kawalan merakam perbualan antara pemandunya dengan wanita mengandung tersebut. Di situlah terbongkar semua pembohongan itu. Ada lagi peristiwa lucu di sini iaitu ketika si bongsu Joey mengikut FL uji pandu kereta Dan kereta itu telah disabotaj maka memang kecohlah c Joey di sini Dan betapa cool Dan santai sangat moyang dia menghadapi situasi tersebut.
Season ini diserikan dengan konflik dalam keluarga Uncle Chad yang menjaga Sean masa kecil. Chad Dan FL ni dulu kawan baik sebab itulah mereka sangat akrab. Agak menarik juga konflik di sini apatah lagi dengan perangai c Joey yang suka kepada cucu angkat Uncle Chad. Season ini diakhiri dengan kematian Uncle Chad selepas menghabiskan permainan caturnya dengan FL. Dalam keadaan bersedih, c Joey ni pula kata selepas ini pasti datuk dia akan mati, selepas itu First Brother sampailah kepadanya ha ha...memang panik teruslah semua orang ha ha. Lagi terkejut c Joey ni bila crush dia tu dijadikan anak angkat moyangnya....apalagi terkejut beruk c kawan...apa tidaknya...my lover become my elder ha ha.
Cerita ditutup dengan peristiwa FL terlibat dengan projek di luar negara tetapi disabotaj oleh gadis sekampus yang cemburu dengannya. Namun akhirnya ia berjaya diselesaikan dengan baik. Kalau mau ketawa banyak...saya di season ini memang panjang sikit.
UNSTOPPABLE AFTER PRISON
Sekali lagi saya tertengok short Drama aksi yang menarik Dan lari daripada plot klise short drama yang biasa. Kalau sebelumnya, saya ada share tentang drama yang FL dia sgt kuat dari segala segi Dan ini pula ML dia yang strong Dan powerful. Kisah bermula apabila ML ini telah dimasukkan ke penjara akibat diperangkap selama 3 tahun. Menurut cerita ML ini menyelamatkan kekasihnya daripada lelaki kaya yang bangsat sehingga dia masuk penjara. Lebih tragis lagi kekasihnya selepas itu berkahwin pula dengan si bangsat tadi. Jadi selama 3 tahun di penjara, ML telah dimasukkan ke dalam penjara yang memang terkenal dengan keganasan yang menyebabkan semua orang menyangka ML tidak akan Selamat.
Tidak dipaparkan dengan jelas bagaimana ML boleh menguasai penjara 4 sehingga munul menjadi boss kepada segala banduan. Yang dipaparkan cuma ML keluar Dan diminta untuk menjadi CEO Sovergein Group yang dibawah kendalian Mr Nolan (Watak ini sampai ke hujung tidak pernah muncul). ML memang powerful. Nampak macam simple Dan mudah dipergunakan tetapi sebenarnya ilmu Dan kemahirannya sangat luas. Connection level juga bukan main-main. Semua taiko Dan mafia serta tentera elit berada dalam genggaman cuma tidak dinyatakan bagaimana ML boleh menjadi sepowerful itu.
Tidak ada FL yang jelas dalam drama ini. Ada beberapa Watak wanita yang menunjukkan minat malah menjadi rebutan mereka walaupun mereka berkawan baik tapi ML buat macam biasa saja. Cuma di hujung cerita ML memegang tangan perempuan bernama Sophia yang menjadi rakan sekerjanya dalam Sovergein Group. Lepas tu, kawan Sophia yang namanya Lily seorang pegawai polis pun suka juga. Ending dia, dia teriak-teriak nama ML slps ML pergi bersama Sophia.
Apa konfliknya, korang kena tengok sendiri. Memang mantaplah skill pertarungan. Saya agak gerun sebenarnya sebab mereka banyak menggunakan pisau...sangat menakutkan saya. Konflik sebenarnya ialah ML mencari tahu sapa yang mengarahkan dia diperangkap Dan dipenjarakan. Peringkat awal, Adam Family mengaku mereka yang melakukannya Dan mereka jugalah yang membunuh ibu bapa ML Dan menyebabkan mereka bankrap. Tapi di hujung hujung cerita Presiden Adam Family pula mula menunjukkan bahawa ada lagi orang di belakangnya yang lebih power telah mengarahkan mereka. Namun sampai kesudah ML tidak dapat mengetahui siapa dalangnya. Mungkinkah juga Mr Nolan ha ha...tidak diketahui. Macam ada sambungan drama ini tapi saya tidak jumpa sebab endingnya memang gantung sangat.
Watak pakcik Dan sepupu ML sangat menjengkelkan. Tipikal karakter short drama yang semua benda tidak mahu percaya semata-mata untuk drag kan cerita. Tapi yalah...kalau tiada ni maka cepatlah drama tu habiskan.
Short Drama : Unstoppable After Prison - 6 January 2026
REFLEKSI : Jangan letakkan keyakinan Dan kepercayaan yang terlalu tinggi kepada orang lain. Utamakan diri anda.
BEWARE OF THE ELDEST SISTER
Ada juga rupanya cerita short drama yang plotnya bukan setakat percintaan Dan penyamaran CEO Dan wanita miskin sahaja he he. Drama ni boleh tahan juga walaupun mungkin Dari segi latar tempat Dan kostum yang digunakan tidaklah terlalu banyak sebab scene dia banyak berlaku pada satu tempat sahaja. Pada saya, cerita ni jadi menarik sebab FL dia sangat kuat karakter dia. Menariknya, drama ini tidak ada ML. Kekuatan cerita bergantung kepada karakter FL sahaja yang digambarkan sangat konsisten dengan kelebihan, kebijaksanaan Dan powerful leadership Dari mula sampai akhir cerita.
Memang sangat menghiburkan ha ha sebab drama ini langsung tidak ada scene yang FL ni kalah. Seronok betul ha ha. Tidak kiralah Dari segi pertarungan fizikal mahupun business connection memang power giler doh FL ni. Kisah ini tentang FL yang merupakan anak tidak sah taraf kepada Richard Group. Jadi dia telah pergi ke overseas Dan mempelajari ilmu mempertahankan diri sehingga dia dikenali Dan digeruni oleh mana-mana gangster yang ada. Level connection dia pun power. Polis Dan semua orang-orang bussines yang cuba untuk menjatuhkannya tidak ada yang berjaya. Semua tunduk kepadanya he he. Memang power betullah.
Konflik drama ini ialah FL berhadapan dengan cabaran untuk mempertahankan Richard Group selepas kematian bapanya. Dia mendapat tentangan daripada bapa saudara Dan sepupu-sepupunya yang gilakan kuasa Dan harta. Tetapi mereka tidak menyangka bahawa FL ini sepower seperti yang saya nyatakan di atas. Jadi semua cubaan mereka gagal Dan ada yang masuk penjara Dan ada juga yang mati. FL juga berhadapan dengan cabaran mendidik adik-adiknya terutama Justin yang memang tidak faham Bahasa Dan tidak bersikap matang. FL akhirnya mengambil keputusan untuk memasukkan Justin ke dalam penjara Dan akhirnya ini menjadi titik permulaan untuk Justin mulai insaf dengan kepentingan tidak melanggar undang-undang.
Drama ini tidak ada kisah percintaan. Lebih kepada konflik kekeluargaan tapi tidaklah terlalu memberatkan fikiran sebab FL memang karakternya sangat sangat strong. Jadi tidak boring untuk ditonton.
DraPen 'Beware Of The Eldest Sister's - 5 January 2026
Refleksi : Jangan mudah berputus asa Dan mesti kuat dalam menghadapi cabaran.
MARRY A HIDDEN BOSS, FIND MY DAUGHTER - SHORT CDRAMA
Sunday, 28 December 2025
REVIEW KDRAMA : OH MY GHOST CLIENTS
Kdrama ini memang saya dah lama tunggu untuk menontonnya. Tapi disebabkan kekangan masa maka barulah saya dapat meluangkan masa untuk drama ini. Saya tertarik dengan drama ini kerana Male Lead(ML) adalah dalam kalangan actor Korea yang saya minati iaitu Jung Kyung Ho. Saya sangat suka dengan karakter beliau dalam drama yang berunsurkan dracom kerana keupayaannya membawa watak-watak sebegini. Turut membintangi drama ini adalah Seol In Ah dan N. Gandingan generasi muda yang tidak kurang hebatnya untuk drama genre komedi.
Pada saya, drama ini adalah dalam genre komedi sebab tidak nampak sangat unsur-unsur romance dalam drama ini. Ia lebih berfokus kepada kesungguhan seorang peguam yang mengkhusus dalam undang-undang buruh yang membela nasib golongan pekerja yang ditindas oleh majikan mereka khususnya dalam aspek keselamatan dan penyalahgunaan kuasa. Kisah mula cerita ini agak menyedihkan apabila Noh Mu Jin yang telah menggunakan kesemua duit persaraannya di sebuah firma guaman untuk melabur. Tapi malangnya sebelum mendapat pulangan pelaburannya, sahabat yang menjadi agen pelaburan tersebut telah meninggal dunia. Dia pula telah ditinggalkan oleh isterinya Mi Joo yang juga seorang peguam kerana marah dengan perangai suaminya yang tidak pernah mahu meminta pandangan daripadanya sebelum mengambil tindakan. Part ini sepatutnya sedih tau yeoreobun ha ha tapi disebabkan actornya adalah Jung Kyung Ho maka korang boleh bayangkanlah ekspresinya macamana he he. Orang menangis kesedihan sahabat meninggal tapi dia menangis teruk mengenangkan duit pelaburannya yang lenyap bersama kematian sahabatnya.
Atas saranan rakannya maka Mu Jin telah mengambil lesen untuk menjadi Peguam Buruh. Ini istilah yang mereka gunakan dalam drama ini. Kebijaksanaan dan kesungguhannya membuahkan hasil apabila dia berjaya mendapatkan lesen tersebut dan dia akhirnya membuka sebuah opis kecil dan dibantu oleh adik iparnya Na Hee Joo. Hee Joo pula meminta bantuan rakan pempengaruhnya iaitu Go Gyeon U untuk melancarkan perniagaan mereka kerana tidak mendapat sambutan. Pelbagai usaha mereka lakukan untuk menarik lebih ramai pelanggan kerana sumber kewangan yang terdesak sehinggakan bayaran sewa opis juga tertunggak.
Akhirnya satu kemalangan yang hampir meragut
nyawa Mu Jin di sebuah kilang. Namun berlaku peristiwa ajaib apabila dia telah diselamatkan
oleh seorang dewa (kita panggil dewalah sebab ni bkn manusia biasa ha ha)
dengan syarat, Mu Jin kena membantu roh-roh pekerja yang tidak tenang akibat penindasan
majikan yang membawa kepada kematian mereka. Akhirnya Mu Jin dalam keadaan
berat hati terpaksa memenuhi syarat tersebut kerana impaknya bukan
kaleng-kaleng. Ekoran peristiwa itu, dia akhirnya boleh melihat roh-roh
tersebut dan peringkat awalnya memang sangat menakutkan untuk Mu Jin.
Klien pertamanya adalah Lee Min Uk kalau saya tidak salah eja namanya. Pemuda yang sepatutnya menjalani latihan praktikal di sebuah kilang tempat Mu Jin hampir ditimpa besi itu telah terbunuh digilis mesin akibat kecuaian pihak pengurusan kilang yang tidak mementingkan aspek keselamatan. Yang lebih menyedihkan Min Uk sepatutnya boleh diselamatkan tetapi pengurus kilang telah mengambil keputusan kejam untuk membiarkannya dan menyembunyikan pekara tersebut. Di sinilah perjuangan Mu Jin dan teamnya membantu membela Nasib Min Uk dan akhirnya membuatkan rohnya tenang dan juga membantu mententeramkan ibunya yang begitu sedih dengan kehilangan anaknya.
Klien kedua pula adalah seorang jururawat junior yang menerima pembulian daripada doctor dan staff senior menyebabkan akhirnya dia membunuh diri. Mu Jin dan team telah membantu jururawat ini mendedahkan kebenaran dan pastinya melalui pelbagai halangan. Klien seterusnya adalah kawan sekerja ibunya sendiri yang telah meninggal akibat tekanan kerja daripada pengurus mereka. Dalam kes ini, para pekerja pembersihan di Universiti Hankuk yang terdiri daripada golongan lanjut usia telah diminta untuk menjawab soalan yang ntah apa-apa untuk usia dan tahap pendidikan mereka. Ini korang kena tengok. Gabungan usaha padu antara ibu dan anak iaitu Mu Jin dan ibunya memantapkan usaha mereka meraih kejayaan selepas melalui halangan yang mencabar. Part pendedahan ujian ini secara langsung yang dibuat oleh Gyeon U dan Hee Joo memang best.
Seterusnya, mereka berhadapan dengan klien yang agak ramai iaitu mangsa korban kebakaran di sebuah kilang yang dimanipulasi oleh sebuah syarikat besar. Ni memang klimaks cerita maka kisah yang ini lebih menarik dan mencabar lagi. Apatah lagi digabungkan dengan unsur-unsur luar biasa yang pasti menghiburkan.
Akhirnya cerita ini melabuhkan tirai dengan HAPPY ENDING apabila Mu Jin akhirnya kembali bersama isterinya Mi Joo dan Hee Joo + Gyeon U pun menjadi juga ha ha. Korang kena tengok sendiri baru dapat feel. Hanya 10 episod maka saya boleh habiskan dari pagi sehingga ke petang Sahaja he he. Tapi bagi mereka yang suka genre aksi ini bukanlah drama anda.
Sisipan teladan : Tidak semua perkara mampu kita selesaikan. Kita perlukan sokongan orang-orang terdekat untuk bersama-sama kita. Saya tertarik dengan salah satu dialog dalam drama ini yang berbunyi, “Sesuatu itu perlu kamu hadapi agar kamu mampu untuk melewatinya”.
Yeoreobun….ada unsur plot twist juga dalam ni. Betul saya tidak sangka plot twistnya iaitu berkaitan dengan abang Mu Jin. Nak tahu..korang tengoklah ya.
CURHAT KDRAMA : 21 SEPT
2025
Penghujung cuti penggal
Saturday, 20 September 2025
SELAMAT DATANG KE BLOG BICARA KEHIDUPAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang singgah ke ruang kecil ini. Di sinilah saya, mencoret rasa, bicara dan renungan tentang 'dunia' yang saya cintai—drama, sastera, budaya, dan kehidupan.
Blog ini lahir daripada keinginan untuk mengabadikan cerita-cerita yang menyentuh jiwa, menyapa minda dan membuai rasa untuk dijadikan renungan bersama. Kisah-kisaha ini sama ada dari layar kaca seperti Kdrama, Cdrama, Lakorn, atau dari lembaran novel-novel Melayu yang sarat dengan nilai kehidupan mengikut perspektif diri. Setiap ulasan saya cuba kaitkan dengan emosi, budaya dan makna yang lebih mendalam.
Saya percaya bahawa setiap cerita membawa cerminan jiwa manusia. Maka, dalam setiap posting, saya bukan sekadar menilai plot atau watak, tetapi juga menyelami dilema, nilai dan keindahan naratif yang tersirat. Kadangkala saya berkongsi melalui komik, dialog interaktif, atau refleksi peribadi—semuanya dengan harapan agar pembaca turut merasa dan berfikir bersama.
Di blog ini, kamu akan temui lima kategori utama:
Dunia Drama – ulasan dan refleksi drama dari pelbagai negara khususnya Kdrama, Cdrama dan Lakorn
Bicara Novel – kupasan karya novel-novel Melayu yang saya gemari
Luahan Rasa – tempat untuk saya berkongsi luahan rasa tidak kira dalam bentuk catatan naratif mahupun puisi yang saya cipta sendiri berdasarkan emosi rasa
Travelog Kehidupan – Perkongsian rencaman kehidupan seharian
Koleksi Bekal - hamparan koleksi bekal yang saya bawa ke tempat kerja mahupun masakan rumahan
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca. Jangan segan untuk tinggalkan komen, berkongsi pandangan. Mari kita berbicara, berfikir, dan merasa bersama—kerana setiap cerita itu punya jiwa, dan setiap jiwa itu layak didengar 💬✨
CATATAN DUKA LUAHAN RASA
12 Sept 2024 – Khamis
Orang kata nak meringgankan beban minda kita, salah satu cara efektifnya adalah dengan menulis apa yang ada dalam fikiran kita. Apa yang kita rasa, apa yang kita fikirkan, apa yang memberatkan fikiran kita dan apa yang menyesakkan dada kita. Sesuatu yang berat di fikiran dan menyesakkan jiwa namun kita tidak dapat luahkan kepada sesiapapun. Ya…pastinya tempat terbaik untuk kita meluah ada padaNya Allah Zat Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Masuk bulan ketiga pemergian insan yang bergelar suami. Dalam doa saban hari tidak pernah tertinggal memohon moga Allah mengurniakan dan menghadirkan reda dan Ikhlas dalam hati ini kerana sesungguhnya hanya Dia yang mampu mengikhlaskan dan memelihara hati ini daripada keluh kesah dan kesedihan berlarutan. Saya memohon moga Allah hadirkan kelapangan dalam hati ini dan anak-anak agar dapat berlapang dada tanpa ada sedikitpun rasa dengki atas lengkapnya keluarga orang lain. Saya memohon semoga Allah menghadirkan dan mengurniakan kebahagiaan sendiri untuk diriku dan anak-anak yatimku.
Mungkin disebabkan faktor PMS dan emosi ketika uzur menyumbang kepada rasa sedih mendalam yang kualami saat ini. Rasa rindu dengannya. Bayangan kenangan dengannya yang tidak akan berulang lagi. Sungguh hebat ujianMu padaku ya Allah. Namun tidak bermakna hambaMu tidak reda dan tidak menerimanya. Engkau Allahku yang Maha Mengetahui. Tidak ada yang dapat kusembunyikan daripadaMu. Engkau tahu sejauhmana hati ini bereaksi dengan apa yang telah Engkau takdirkan untukku.
Tetapi sebagai manusia biasa, hambaMu yang hina, lemah dan tidak berdaya ini ya Allah, tidak luput daripada rasa rindu, rasa sakit yang tidak terperi. Saya ingatkan saya sudah boleh melewatinya rupanya ya Rabb hambaMu masih belum dapat melaluinya. Tangisan demi tangisan setiap hari menjadi peneman setia. Jika airmata ini boleh dijual pasti sudah banyak keuntungan yang boleh diraih kerana terlalu banyak menangis. Tangisan kerinduan, tangisan kesedihan, tangisan kerisauan, tangisan ketakutan bercampur baur yang membawa kepada tercetusnya satu rasa yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata apa sebenarnya yang saya rasai tika dan saat ini.
Rindu…ya memang rindu. Sakit rindu yang tak berpenghujung bukan sesuatu yang mudah untuk kita atasi. Orang yang tidak mengalaminya hanya akan mampu berkata bersabar tetapi pada dasarnya tanyalah mereka yang pernah melaluinya, ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Dari semalam, hati ini begitu kuat untuk merindunya. Rindu pada segala-gala tentangnya. Apatah lagi di saat rasa tidak enak badan memang ingatan kuat padanya. Dia bukanlah lelaki romantis tetapi dia punya sifat romantisnya yang tersendiri. Dia tidak menunjukkan caring dengan perbuatan seperti mengurut-ngurut atau menemani masuk berjumpa doctor tetapi romantisnya suamiku apabila dia menguatkan saya ketika berada dalam situasi ini. Sungguh saya tidak menyangka romantisnya ini merupakan cara Allah untuk untuk mendidik dan mengajar saya bagaimana untuk berhadapan dengan situasi di saat dia tidak lagi bersama saya.
Jujur…dulu adakalanya saya menjadi cengeng semata-mata meminta perhatian daripadanya ketika rasa tidak sihat. Nak juga dimanja-manja dan dibelai-belai macam dalam drama tetapi dia bukan jenis yang begitu apatah lagi di hadapan anak-anak. Cuma satu perkara yang sangat saya rindukan ialah setiap malam dia pasti akan memastikan saya berada dalam dakapan dadanya sebelum tidur hu hu. Aroma badannya yang menghangatkan tidur malam ku . Kenangan yang pastinya tidak akan berulang kembali. Hanya mampu dikenang dan disimpan rapat dalam hati dan mindaku sehingga ke helahan nafasku yang terakhir.
Rasa rindu ini, pergi dan hadir dalam hati ini. Saya meminta pada Allah agar pada saat rindu ini menyapa dan mencengkam di jiwa, berikan saya kekuatan untuk tersenyum mengenangnya. Berikan saya kekuatan untuk tidak lagi meraung dan menangis berlebihan tetapi di saat rindu padanya menyapa, saya tersenyum kerana sesungguhnya saya menjadi saksi kepada amal kebaikan dan amal ibadahnya.
Di saat orang lain ada tempat mengadu, ada tempat untuk meminta pertolongan, Allah tarik nikmat ini daripada saya. Dulu seandainya saya penat, saya gembira, saya sedih, dia orang yang akan saya paksa dan terpaksa menjadi pendengar kepada segala luahan rasa saya. Saya selalu berpesan dengan dia, seandainya saya bercakap sila berikan perhatian dan jangan tengok hp. Dia sebenarnya malas melayan karenah bininya. Dia sudah faham dengan perangai bininya yang tidak berhenti-henti bercakap jadi signal untuk berhenti bercakap itu ialah dia akan meneliti hp.
Dulu jika ada barang tertinggal di rumah, saya masih ada back up. Sekarang nikmat ini juga Allah telah ambil. Tiada lagi yang membebel sebab menjadi tukang hantar barang yang tertinggal. Saya melatih diri untuk lebih peka sebelum meninggalkan rumah kerana jika tertinggal maka tiadalah daya lagi.
Dulu saya ada tempat untuk mewasap tidak kira masa. Siang malam, pagi petang, sibuk atau tidak sibuk, saya akan tetap mengirimkan wasap padanya. Kadang-kadang menjadi bahan perkelahian manja kami sebab tidak ada sahutan di saat saya memerlukan responnya dengan segera dan kini tiada lagi semua itu.
Pekara-perkara inilah yang menyebabkan rindu ini sangat menyakitkan. Saya rindu untuk melakukan kesemua di atas. Tetapi hanya padanya. Hanya pada dirinya. Tidak ada orang lain yang akan mampu menggantikannya.
Kadang-kadang apa yang saya dan mereka yang senasib dengan saya rasa, bukannya tidak menerima takdir. Ya Allah, apa lagi yang mampu kami buat. Kami tidak mampu untuk menolak takdir ini. Takdir yang melibatkan ajal dan berakhirnya hidup seseorang merupakan ketentuan Allah yang tidak akan berubah. Apa yang mampu kami lakukan hanyalah berusaha untuk menerima, reda dan Ikhlas dengan takdir ini. Namun ini bukanlah sesuatu yang mudah. Hanya dengan pertolongan dan izinMu ya Allah maka kami akan dapat menerimanya. Oleh itu, dalam doaku setiap masa, memohon supaya Allah mengurniakan kelembutan dan kelunakan kepada kami untuk melalui takdir yang tidak mampu untuk kami tolak. Saya juga memohon semoga Allah mengurniakan kepada kami kelembutan dalam ujian dan takdir kami ke depannya.
LAKORN : BLONDIE IN AN ANCIENT TIME
Lama sebennarnya tidak menonton Lakorn. Scroll2 tiktok terjumpalah satu Lakorn ni yang berkisar tentang Travel Time Drama. Saya terus teringat kisah dalam Love Destiny hehe. Ini memang Lakorn paling mananglah he he. Ok, tentang Lakorn bertajuk Blondie in an Ancient Time, jujur saya tidak mengenali ML dan FL dalam drama ini. Pastinya bukan dalam kalangan pelakon handalan Thai ataupun mungkin muka2 baharu sebab saya memang sdh lama tdk menonton Lakorn. Dari segi mutu lakonan pastinya kita masih terbayang-bayangkan kemantapan lakonan Bella, Yaya, Mark, Nadech he he tapi bolehlah sebab saya menonton Lakorn ini kerana tertarik dengan jalan ceritanya jadi pelakon tu letak tepi.
Drama ini tentang seorang influencer (FL) pada zaman kini bernama Phrae yang selalu mengalami kegagalan dalam percintaan. Rata-rata lelaki yang mendampinginya hanya mempergunakan dirinya Dan juga kekayaannya untuk kepentingan mereka. Hal ini menyebabkan Phrea berasa kecewa dalam soal percintaan. Oleh itu, dia telah meminta kepada Dewa Cinta agar mempertemukannya dengan seorang lelaki yang benar-benar mencintai dia seadanya. Dalam perbualan dengan Dewa tersebut, Phrea hanya meminta supaya dikurniakan seorang lelaki yang tulus mencintainya dan telefon bimbit miliknya kerana sebagai influencer dia tdk blh berpisah dengan telefonnya.
Akhirnya, dia telah dihantar ke zaman pemerintahan King Rama V di mana pada waktu itu, sistem perhambaan giat dijalankan. Hak ketuanan terhadap golongan hamba menjadikan mereka selalu dimanipulasi dan didera oleh tuan-tuan mereka. Pastinya huru hara hidup c Phrea ni apabila tiba-tiba berada di zaman dulu yang cara hidupnya sangat jauh berbeza daripada zamannya. Tambahan pula, Phrea ini telah mewarnakan rambutnya keperangan yang menjadikan dia makhluk aneh ha ha pada zaman itu. Wujud pula kepercayaan pada waktu itu bahawa antara tanda-tanda pembawa malang adalah wanita berambut perang. Maka bertambah-tambahlah kesulitan c Phrea ini disebabkan ancaman daripada persekitarannya.
Kla(ML) merupakan seorang hamba yang melayani tuan mudanya bernama Ek. Dia seorang yang sangat taat dan setia kepada Khun Ek. Baginya Khun Ek adalah orang yang perlu dilayani sampai ke akhir hayat Dan menjadi keutamaan dalam hidupnya. Mereka ini membesar bersama cuma datang dari taraf hidup yang berbeza. Mereka juga mempunyai seorang teman permainan sejak dari kecil iaitu Khun Thunthip. Apabila mereka meningkat dewasa, kedua-dua lelaki ini menyimpan perasaan terhadap Khun Thunthip. Pastinya yang mempunyai peluang yang tinggi adalah Khun EK kan sebab sama-sama daripada golongan bangsawan. Cuma Khun Thip ini dia tidak suka dengan istilah perjodohan. Dia mahu berkahwin dengan lelaki yang dia sukai. Dia hanya tinggal dengan ayahnya yang memang berharap Khun Thip akan berkahwin dengan orang seperti Khun Ek yang dikira setaraf dengan mereka.
Yang menjadikan cerita ini menarik bagi saya adalah kesungguhan golongan hamba untuk membebaskan mereka daripada penderitaan akibat penindasan tuan mereka. Pastinya yang mencetuskan aura penentangan atau kebangkitan pembebasan ini adalah Phrea ha ha. Oh ya...sewaktu berada di era ini, Phrea juga terpaksa hidup sebagai hamba kepada keluarga Kam + Feung bersama-sama dengan Kla. Dia juga berhadapan dengan gangguan seksual daripada Khun Kam yang mahu mencabulinya tetapi dengan pertologan Kla Dan juga idea-idea daripada google maka dia berjaya melepaskan diri daripada gangguan Khun Kam. Phrea ini, kembali ke era tersebut melalui aplikasi dalam telefon bimbit yang diberikan oleh Dewa dalam bentuk jelmaan lelaki kepadanya sebelum dia dihantar ke era tersebut. Jadi telefon tersebutlah menjadi penyelamatnya kerana dari sanalah dia mendapatkan info-info tentang apa yang berlaku pada era tersebut.
Dalam usaha pembebasan tersebut, Phrea inikan memang otak business sejak dari zamannya lagi he he oleh itu dia telah membawa segala idea-idea pada zamannya ke era tersebut. Ahaa...di sini memang ada banyak scene lucu Phrea dalam melaksanakan bisnes. Dia jual mangga, memperkenalkan tea boba, sarung tangan dan macam-macam lagilah c Phrea ni jual. Dia berjaya membantu membebaskan Mieng hamba yang sepatutnya boleh bebas selepas mencapai 21 tahun tetapi dimanipulasi oleh Khun Kam kerana dia masih mahu menggunakan keupayaan Mieng ini. Panjanglah kisahnya, anda kena tonton sendiri bagaimana usaha Mieng untuk membebaskan dirinya.
Dipendekkan cerita, Phrea ini akhirnya dibebaskan dengan bantuan jurutera Inggeris bernama Paul. Dia lah yang telah membeli kebebasan Phrea. Selepas dibebaskan Phrea terus berusaha untuk membebaskan lagi Kla, Wean(ibu Kla) dan beberapa org rakan mereka daripada kekejaman Khun Kam + Khun Feung. Okey..lupa mau bagitau, Dewa telah menetapkan syarat untuknya, jika dia mahu kembali ke zamannya, dia kena membantu Kla untuk mendapatkan cinta sejatinya. Jadi, Phrea ni memang berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu Kla berkahwin dengan Khun Thip setelah dia mengetahui yang Kla menyukai Khun Thip. Dalam dia berusaha untuk kenen2kan kedua-duanya tanpa disedari kebersamaannya dengan Kla menyebabkan dia juga mula menyedari dia mula jatuh cinta dengan Kla. Tetapi disebabkan dia mahu balik ke zamannya maka Phrea berusaha untuk mengenepikan perasaannya dan fokus membantu Kla bersama Khun Thip.
Setelah bermacam tahap penderitaan yang dialami oleh Kla, dia akhirnya berjaya dibebaskan oleh Phrea dengan bantuan Paul. Setelah dia dibebaskan, dia pun bersaing dengan Khun Ek untuk dapatkan Khun Thip. Peluang tinggi untuk Kla kerana Khun Thip lebih menyukainya. Oleh itu, ayah Khun Thip telah membuat satu cabaran untuk Khun Ek Dan Kla beradu mengumpul harta dalam tempoh 3 tahun dan pemenangnya akan berkahwin dengan Khun Thip. Di sini macam2 usaha mereka untuk menjadikan Kla layak berkahwin dengan Khun Thip dan pastinya penerajunya adalah Phrea he he.
Namun dalam sibuk-sibuk nak merealisasikan perkahwinan tersebut, Kla dan Phrea pula terjatuh cinta antara satu sama lain. Tapi korang jangan bimbang sebab tak der nya konflik tarik2 perasaan sebab Khun Thip pun jenis yang memahami dan tidak memaksa. Dipendekkan cerita bila Kla dan Phrea saling meluahkan rasa tup tup Phrea hilang dan kembali ke zamannya. Tinggallah Kla terkontang-kanting di era tersebut dengan berusaha mengembalikan semula Phrea melalui telefon bimbit yang ditinggalkan namun dia tidak mengetahui kata kunci untuk membuka HP tersebut.
Phrea yang kembali ke zamannya tidaklah sehappy seperti apa yg dia gambarkan sebelum ini. Yalah orang sudah jatuh cintakan he he jadi jiwa dan raga mestilah di era tu. Dia tidak pernah melupakan Kla dan ada satu scene ni dia terjumpa dengan Khun Phat lelaki yang pernah menyukainya di era tersebut. Phrea terus mencari2 info tentang kehidupan di era tersebut melalui google dan dari situ dia mengetahui bahawa Kla telah ditangkap dan akan dihukum bunuh atas tuduhan membunuh Khun Feung ibu Khun Ek walhal dia difitnah oleh Khun Kam sendiri. Akhirnya c Phrea ni pun marah2 kat Dewa Cinta dan berusaha untuk kembali menyelamatkan Kla. Kla berusaha untuk membuka password HP Phrea dan sungguh kunu dia tdk menyangka bahawa password HP itu adalah tarikh lahirnya sendiri. Selepas itu korang blh teka dah kan apa yg berlaku he he...Phrea kembali ke era itu dan menyelamatkan Kla.....happy ending haha
Oh ya tentang watak yg lain semua happy ending. Khun Thip selepas kematian ayahnya telah melanjutkan pelajaran ke England dan kembali semula ke Thai. Akhirnya dia bersama dengan Khun Ek he he.
Cuma part sedih menyusuk jiwa adalah part ibu Kla iaitu Wean diseksa oleh Khun Feung sehinggalah dia akhirnya meninggal Dunia. Sedih giler waktu ni. Dari sinilah Kla mula bangkit dan melenyapkan kesetiaannya kepada Khun Ek yang selama ini disanjungnya walaupun banyak kali diprovok oleh Phrea sebelum ini. Scene Kla dihukum sebat juga sangat sedih ya gaiss. Jadi korang bolehlah tengok drama ni di Netflix. Santai Dan tidak mengusut jiwa dan perasaan anda he he.
#Dalam hidup ini adakalanya kita tdk mampu untuk membuat pilihan namun kt msh diberikan akal dan kewarasan untuk berusaha menentukan pilihan terbaik untuk kt jalani.
Curhat Lakorn = 28 Dec 2024
KDRAMA REVIEW : LIFE
Kalau anda ingin menonton romance drama yang ingin clean bolehlah masukkan drama ini dalam list anda. Drama ini mmg clean secleannya ha ha. Romancenya sipi2 tapi masih terasa keromantisaannya. Barisan pelakonnya kalau tengok review dramanya memang mantap jugalah walaupun yang saya kenal hanyalah Lee Dong Wok he he. Yang lain tu, semua kenal juga means pernah tgk drama-drama diorang sebelum ini tapi saya tidak mengenali nama sebenar mereka. Kalau anda menonton drama ini, akan wujud kekeliruan siapa ML yang sebenarnya. Sepatutnya ada Lee Dong Wok maka dialah kan he he pada pandangan awal saya tapi tumpuan saya pada cerita ini Ahjussi Cho Seung Woo. Nampak gentleman betul ahjussi di sini he he berbanding dengan Lee Dong Wok yang nampak oppa oppa style. Satu lagi kelebihan drama ini adalah watak-watak sampingannya terdiri daripada ahjussi-ahjussi yang terkenal memegang peranan yang jahat dalam Kdrama tapi di sini kesemua mereka baik-baik belaka he he jahat-jahat pun sikit-sikit sahaja. Rasa janggal pula sbb selalu nampak ahjussi-ahjussi ini kejam dan bikin geram dalam drama-drama mereka.
Wokey...drama ini bergenre medic + bisnes + management. Tidak terlalu banyak kes-kes medic seperti drama medic yang lain walaupun drama ini berlatarbelakangkan hospital sebagai fokus utama. Kisah ini berlaku di Hospital Sangkook yang berhadapan dengan krisis pengurusan pentadbiran hospital tersebut. Kekecohan ini bermula apabila hospital tersebut telah dibeli oleh Kumpulan Hwaejong salah satu konglomerat di Korea dan telah menempatkan Koo Seung Hyo sebagai presiden baharu di hospital tersebut. Beliau membawa misi untuk menjadikan hospital tersebut sebagai pusat keuntungan kepada Kumpulan Hwaejong. Ketika Koo Seung Hyo mula bertugas di hospital itu, Pengarah Lee telah meninggal akibat serangan jantung di rumah Tim Pengarah Kim. Hal ini menimbulkan keraguan khususnya kepada Dr Ye Jin Woo yang sememangnya rapat dengan Pengarah Lee walaupun tidak dipamerkan di hospital. Di sinilah pelbagai spekulasi mula muncul. Dengan kehadiran Presiden baru yang membawa pelbagai perubahan telah menambahkan kekejutan dalam kalangan doktor di hospital tersebut.
Presiden Koo cuba untuk merubah sistem dan budaya bekerja doktor di hospital tersebut agar lebih mendatangkan keuntungan. Namun menerima tentangan daripada warga hospital yang menggunakan alasan bahawa hospital bukan tempat untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi sebenarnya yang bos2 dalam hospital tu pun ada juga hanky pankynya he he. Konflik berkisar di sini dan anda boleh menikmatinya. Pelbagai kes salah amalan perubatan terbongkar dan ditambah lagi dengan perebutan jawatan pengarah dan cubaan untuk menyingkirkan presiden menjadikan cerita ini pada saya agak menarik untuk diikuti. Saya suka scene Pengarah Oh yang melawan Pasukan Penyusunan Semula yang cuba menakut-nakutkannya. Fuuh...puas hati betul sebab walaupun seorang wanita tapi Pengarah Oh tidak gentar malah terus memprovok semula pengarah pasukan yang angkuh dan batu api itu.
Warga hospital ini rata-rata memang tidak suka dengan Presiden Koo kerana ketegasannya mentadbir hospital menggunakan pengurusan perniagaan. Mereka sebenarnya mahukan penambahan kakitangan supaya segala kesilapan perubatan yang berlaku disebabkan tekanan kerja berlebihan dapat diatasi. Namun, Presiden Koo ini berhadapan dengan cabaran mengurus permintaan Pengerusi Kumpulan Hwaejong yang tamak, panas baran dan menjengkelkan. Taulah gaya-gaya golongan konglomerat yang menjadikan diri mereka berkuasa sepenuhnya dengan menindas sehabis-habisnya golongan bawahan.
Ok...di mana pula kisah romantisnya. Memang drama ini agak kurang romancenya ya. Kisah romance hanya pada Dr Ye Jin Woo dengan wartawan Choi tapi itupun hanya proses urat mengurat sahaja he he. Begitu juga dengan kisah Presiden Koo dan Dr Lee, baru peringkat awal-awal. Ending drama ni pun mereka hanya berbalas senyuman sahaja and then THE END ha ha.
Kalau nak santai bolehlah tengok drama ini. Oh ya, Dr Ye Jin Woo ni ada adik bernama Dr Ye Seo Woo yang lumpuh akibat kemalangan yang telah mengorbankan ayah mereka. Kisah kekeluargaan ni sedih jugalah tapi ikatan kasih sayang mereka adik beradik dan sokongan ibu mereka sangat kuat jadi tidaklah scene yang menyakitkan hati he he.
# Hari ini juga saya terbaca status "Teruslah hidup sebab sudah terlanjur lahir, mau menyesalpun tiada guna"...he he he
REVIEW KDRAMA : 8 FEB 2025
KDRAMA - LOVE YOUR ENEMY
Jika anda mencari Kdrama yang santai untuk ditonton maka drama ini boleh dimasukkan dalam senarai drama anda. Jalan cerita drama ini sangat santai. Tidak ada konflik yang memenatkan jiwa dan minda kita untuk memahaminya. Ini bersesuaian dengan genre drama ini sebagai romcom drama. Drama ini dibintangi oleh Ju Ji Hoon sebagai ML dan Jung Yu Mi sebagai FL. Berdasarkan komen-komen netizen dalam tiktok, ramai yang menyatakan ketidaksesuaian Ju Ji Hoon memegang watak untuk romcom drama. Selepas menonton drama ini, saya juga menyokong pandangan tersebut he he. Ia tidaklah kaku, Ji Hoon masih boleh membawa watak sebagai Seok Jiwon dengan baik cm mungkin disebabkan penampilannya yang macho atau bayangan wataknya dalam action drama menyebabkan ada sedikit kejanggalan apabila menonton beliau sebagai hero romcom drama. Drama pertama beliau yang pernah saya tonton adalah Princess Hour iaitu lakonannya bersama Yoon Hey. Peminat Kdrama pasti tahu akan drama ini. Untuk FL pula, Jung Yu Mi ni macam familiar cuma saya tidak ingat drama apa yang dia pernah mainkan.
Baik..kita mulakan kisah drama ini. Drama ini mengisahkan tentang permusuhan dua keluarga yang agak berpengaruh jugalah dalam bandar kecil yang mereka diami. Permulaan konflik ini adalah rentetan daripada perebutan seorang wanita antara datuk Yun Jiwon dengan datuk Seok Jiwon. Perebutan tersebut menyebabkan timbul dendam antara dua keluarga. Namun demikian, konflik tersebut sebenarnya hanya melibatkan datuk Yun Jiwon dan bapa Seok Jiwon sahaja. Nama diorg ni pun sama juga he he. Sebab itulah dari kecil mereka sebenarnya rapat. Kemuncak kepada konflik ini apabila ayah Seok Jiwon ingin membuka padang golf untuk membangunkan syarikatnya tetapi dihalang oleh datuk Yun Jiwon kerana mengancam ekosistem khususnya Gunung Dokmak di bandar kecil mereka.
Dalam kemelut dua keluarga ini, Seok Jiwon dan Yun Jiwon sempat menjalin hubungan cinta monyet ketika berada di sekolah menengah namun apabila berlaku insiden antara ayah dan datuk mereka maka mereka akhirnya terpisah. Perpisahan ini pula dirumitkan dengan salah faham antara mereka berdua. Kedua-duanya berusaha untuk saling menghubungi namun dihalang secara diam-diam oleh Jihye iaitu sahabat karib Yun Jiwon yang juga menyukai Seok Jiwon. Dalam fasa ini, kedua-dua mereka melalui fasa penderitaan yang tersendiri. Yun Jiwon dengan kematian ibu bapanya dan ancaman di tempat kerja manakala Seok Jiwon dengan prasangkanya terhadap Yun Jiwon. Namun pada dasarnya macam biasalah mereka ini sebenarnya sailing merindui.
Setelah 18 tahun, mereka bertemu semula di sekolah lama mereka. Sekolah tersebut dahulunya dipengerusikan oleh datuk Yun Jiwon namun ia telah dibeli dan dirampas oleh ayah Seok Jiwon sebagai langkah untuknya membalas dendam. Seok Jiwon yang sebelum ini membina kariernya di Dubai telah kembali ke kampung halaman dan menggunakan helah nakalnya untuk menjadi pengerusi sekolah itu apabila mengetahui Yun Jiwon bertugas sebagai guru di sekolah tersebut. Pada dasarnya, Seok Jiwon dan ibunya tidak bersetuju dengan dendam ayah Seok Jiwon yang mereka anggap remeh dan kebudak-budakan. Hanya dengan menonton drama ini maka anda akan dapat ketahui bagaiman Seok Jiwon menentang ayahnya. Dia sendiri cuba menghentikan niat ayahnya untuk membuka padang golf tanpa ada perancangan rapi sehingga menjejaskan sekolah itu sendiri. Di sini memang powerlah watak Seok Jiwon sebab dia digambarkan sebagai seorang yang berdikari dan sukses dalam karier menyebabkan ayahnya tidak mampu untuk mengawalnya. Ini berbeza dengan kdrama lain yang memaparkan watak hero yang dikawal dan dimanipulasi oleh orang tua. Tapi Seok Jiwon ini memang melawan ayahnya dan tidak gentar walaupun diusir oleh ayahnya.
Apabila mereka telah bertemu kembali, pastinya huru hara lah jadinya he he. Pertaruhan seperti mana mereka pernah buat ketika di sekolah menengah dahulu juga mereka buat dan pastinya kesan daripada pertaruhan inilah hubungan mereka akhirnya bertaut kembali setelah bukti salah faham antara mereka ditemui. Yun Jiwon menemui segala chat yang pernah dihantar oleh Seok Jiwon kepadanya tapi telah didelete oleh Jihye dalam folder spam telefon lamanya manakala Seok Jiwon pula menemui surat luahan Yun Jiwon kepadanya suatu ketika dahulu. Nah....dari sinilah kisah cinta mereka bertaut kembali dengan satu azam walau apapun yang menghalang mereka akan atasi bersama.
Pastinya ada watak sampingankan...kemunculan Munsu guru pelatih di bawah Yun Jiwon dengan watak Jihye menjadi ancaman. Tapi anda jangan risau, semua watak sampingan ini baik-baik belaka he he. Tersangatlah baik. Apabila mereka tahu yang mereka tidak punya tempat di hati ML dan FL maka mereka tidak meroyan ha ha. Mereka menerima seikhlasnya malahan berusaha untuk membantu agar ML dan FL akan terus bersama. Jadi tidak ada konflik yang berat.
Konflik berat tapi masih manja-manja ni adalah tentangan terhadap hubungan mereka. Tapi itulah saya kata, manja-manja sahaja sebab yang sepenuh hati menentang hanya ayah Seok Jiwon. Itupun dia tak der lah kejam sangat. Dia dengan datuk Yun Jiwon ni macam Tom n Jerry he he bergaduh tapi saling membantu. Ibu Seok Jiwon pun tersangatlah mertua dambaan syurga ha ha. Dia tidak memilih bulu. Dia hanya pentingkan kebahagiaan anaknya. Begitu juga dengan datuk Yun Jiwon. Diapun tidaklah degil sangat. Gaduh-gaduh manja saja. Lagipun Yun Jiwon bukan jenis perempuan lemah. Dia tegas dan yakin dengan pendirian mereka. Tu yang susah ayah Seok Jiwon menundukkan tu he he.
Pasti ada plot twist yang menyedihkan. Gyeongjun iaitu anak angkat datuk Yun Jiwon yang telah mengkhianati ayah angkatnya malah dia juga membunuh ibu bapa Yun Jiwon dengan mengakibatkan kemalangan. Ini memang part sedih apatah lagi pada waktu ini datuk Jiwon dalam fasa mula nyanyuk iaitu mulai lupa dan hilang ingatan.
Ending cerita ini ditutup dengan kemas. Happy ending pastinya ya. Cuma biasalah dekat-dekat peleraian tu pasti klimaks berlaku. Dekat-dekat nak kawin di situlah konflik berlaku tapi konflik manja-manja saja. Ending untuk watak-watak sampingan juga semua ok. Memang puas hatilah tengok drama ini.
# Jika anda inginkan cerita santai, plot ringkas, ada unsur humor Dan masih mampu untuk membangkitkan emosi sedih anda, drama ini sangat recommended.
# Kutonton drama ni sampai jam 2.30 pagi. Perangai marathon ni sdh lama tidak kubuat dan sebaik2nya jangan diamalkan he he
REVIEW KDRAMA = 20 JANUARI 2025
Dendam hanya menambahkan parah di jiwa. Semakin kuat kt mengenggamnya maka semakin kuat juga rasa sakitnya mencengkam kehidupan ktia. Oleh itu, walaupun sukar dan bukan mudah...buanglah dendam yang bersarang di hati kita.
KDRAMA : WHEN THE PHONE RINGS
Akhirnya berjaya juga saya menonton drama ini. Tahun lepas (2024) drama ini merupakan antara drama yang mencapai rating tertinggi semasa tayangannya. Saya berusaha untuk menahan diri menunggu sehingga drama ini selesai ditayangkan sepenuhnya walaupun spoiler ada di mana2 he he but i love spoiler. Drama ini pada saya agak santai sebab istilah santai untuk saya adalah cerita yang tidak menyesakkan jiwa dan menyerabutkan minda. Jalan cerita yang paling malas untuk saya tonton adalah kisah cinta yang main tarik tali walhal dalam hati punyalah suka. Penat weeii minda dan mata melihat kisah sebegini. Sepatutnya bak kata si Bella "Kalau suka, sukalah, kalau ko tidak suka, saya suka, saya sukalah" ha ha
Ok...berbalik pada cerita ini, pada saya agak menarik sebab tidak sama seperti cerita kahwin kontrak yang lain. Agak berbeza sedikit walaupun agak klise kerana masih berkisar pada konflik perkahwinan kontrak. Pada awalnya, saya menjangkakan Baek Sa-eon ini sangatlah kejam dan bertindak zalim pada isterinya Hong Hee Jo tapi rupanya tidaklah segarang manapun c Sa-eon ni. Dia sebenarnya cinta tahap gaban dengan isteri dia ni. Antara buktinya dia berusaha untuk mempelajari bahasa isyarat semata-mata untuk membolehkan dia boleh berkomunikasi dengan isteri dia.
Dari part Hee Jo pula, dia sebenarnya bnyk salah faham dengan suami dia. Dia merasakan dia adalah hanyalah pengganti pengantin iaitu kakaknya Hong In Ah yang telah menghilangkan diri sebelum majlis maka dia telah dipaksa oleh ibunya untuk menggantikan tempat tersebut. Hee Jo ini melalui pelbagai trauma dan tekanan batin disebabkan paksaan ibunya selepas kemalangan yang menyebabkan adik tirinya meninggal dan In Ah menjadi bisu. Hee Jo telah dipaksa oleh ibunya untuk tidak bercakap demi mengambil hati keluarga suaminya. Ibunya juga mengugut Hee Jo menggunakan ayah kandungnya yang sedang sakit. Hee Jo tidak ada pilihan selain mengikuti kehendak ibunya walaupun pada dasarnya dia sebenarnya boleh saja bercakap dan bukannya bisu,Banyaklah part2 dia gaduh-gaduh manja dengan Sa-eon terutama masa dia menyamar sebagai penculik dirinya sendiri semata-mata untuk memaksa Sa-eon agar menceraikannya. Tapi sebenarnya Sa-eon sudah tahu orang yang mengugut dia tu adalah isteri dia sendiri tapi dia layankan saja demi mendengar isi hati isterinya.
Konflik drama ini pada dendam kesumat disebabkan oleh kerakusan datuk Sa-eon yang menyebabkan banyak nyawa terkorban. Hal ini disebabkan, jeng jeng, Baek Sa-eon ini bukanlah Baek Sa-eon yang sebenarnya. Kemunculan Baek Sa-eon yang asli inilah yang membawa kepada pergelutan dan menjadikan kehidupan Sa-eon dan Hee Jo berantakan. Tapi ikatan suami isteri ini dalam menyelesaikan konflik ini sangat mantap. Mereka saling sanggup mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan antara satu sama lain. Namun akhirnya, apabila dalang konflik ini dapat dihapuskan muncul pula lagi plot twistnya iaitu Baek Sa-eon itu sebenarnya adalah anak kepada datuknya sendiri. Oleh sebab itulah, dia diambil menggantikan Sa-eon yang asli yang sememangnya seorang psikopat.
Kemunculan pasangan second lead dalam drama ni juga pun sangat menghiburkan. Seperti biasa, pastinya SL akan suka kepada FL dan ML tapi bestnya drama mereka cepat sedar diri he he. Dan akhirnya mereka sendiri bercouple. Ending cerita ni agak kontroversi sebab dia menggunakan unsur Isreal dan Palestine walaupun tidak menggunakan nama sebenar. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penonton beragama Islam dan sememangnya perkara ini perlu diambil perhatian pada masa akan datang. Ending juga memang happy ending sangat-sangat. Lama tdk tgk drama yang happy ever after seperti ini he he so puas hati sangat2. Cuma babak-babak akhir drama ini agak daring ya. So hati2lah jika menonton bersama keluarga.
#Kamu bukan pengganti tetapi kamu memang yang sebenarnya. Inilah dialog pencair hati Sa-eon pada isterinya Hee Jo
CORETAN KDRAMA : 22 FEB 2025
-
Novel ini merupakan karya EMY ROBERTO...penulis ni terkenal dengan hasil karya beliau yang telah diadaptasi ke drama bertajuk Jangan Be...
-
Ini novel kedua hasil karya penulis ini iaitu UMIE NADZIMAH yang saya telah baca....kekuatan novel ini yang membuatkan saya menerus...
-
Sewaktu saya membaca review untuk novel ini, saya rasa sedikit teruja sebab ramai yang kata best dan ada kelainan sebab perempuan ...






