Fuuh....daripada
banyak-banyak novel yang saya pinjam daripada sahabat maya Dunia Novel Miss
Tahirah....novel ni betul-betul mengena di jiwa saya....jiwa berasa tenang,
santai, rileks dan tersenyum-senyum saja baca novel ni he he....rasa bahagia
menerpa jiwa sebab novel ni tiadalah konflik yang menyesakkan minda anda tetapi
lebih kepada konflik dalaman watak itu sendiri dan seterusnya tercetus protes
tapi protes ala-ala manja gitu he he. Hebat penulis ni melakarkan emosi pembaca
daripada sedikit tegang kepada berbunga-bunga dek keprihatinan Amru...aduhai Amru memang the best he he...
Wah...novel
ni rupanya hasil karya penulis novel Cinta Asma dan Ferhad sebab saya jumpalah
watak tu dalam novel ni he he....walaupun dalam novel tu Shima Awang...dalam
novel ni dah jadi Shima Rostam....mesti orang yang sama...kekuatan novel ni
pada jalinan cerita yang cukup menarik dan mampu membuatkan anda rasa
berbunga-bunga apabila membacanya he he. Banyak dah novel yang saya baca namun jarang
sebenarnya saya menemui novel yang benar-benar menyentuh jiwa bahagia pembaca
saya he he. Maksud saya di sini....kalau dalam novel....penulis akan selalu
bayangkan umpama rama-rama berterbangan dalam perut ha ha....Banyak juga novel
berunsur romantik yang saya baca sebab ni memang genre kegemaran saya tetapi
banyak juga yang tidak mencapai piawaian atau menyentuh naluri bahagia
pembacaan saya....
Novel ni
berkisar tentang seorang gadis bernama Ami yang ditinggalkan oleh kekasihnya
Hafiz atas alasan boring kerana Ami terlalu kuno disebabkan Ami menjaga batas
pergaulan mereka ketika dating. Hafiz lebih berminat dengan Lisa seorang gadis
yang lebih terbuka dan rela untuk diraba-raba ketika keluar bersama. Namun di
sebalik semua itu sebenarnya rakan-rakan sebilik Ami iaitu Kira dan Syidah yang
meminta bantuan Lisa untuk melepaskan Ami daripada Hafiz.
Dalam situasi
lain pula, Amru turut ditinggalkan kekasihnya Bella sebab pada Bella Amru lebih
mengutamakan ibunya berbanding dengan dirinya. Bella ni nak perhatian
lebih...perempuan bajet mengadalah katakan. Akibat rasa tercabar dengan
kata-kata Hafiz...Ami telah melakukan tindakan gila mengikuti rakan sebiliknya
mengunjungi tempat yang tidak pernah dijejakinya iaitu kelab malam. Di sinilah
pertemuannya dengan Amru yang dapat melihat kejanggalannya berada di
tempat itu. Amru cuba menasihati Ami agar meninggalkan tempat itu namun dek
kedegilan Ami maka dia kekal berada di situ.
Kesempatan ini
telah digunakan oleh Aali kawan baik Amru. Aali ni sebenarnya sangat tidak
menyukai Amru dengan Bella sebab dia tahu Bella jenis perempuan yang tidak
baik. Aali yang kebetulan menjadi kekasih kepada Kira telah menjalankan satu
komplot kejahatan memerangkap Amru dan Ami sehingga mereka terlanjur dalam
keadaan dipengaruhi oleh pil khayal. Kisah ini membuatkan Ami menjadi trauma
dan sangat membenci Amru. Ami beranggapan Amru yang bersalah kerana sepatutnya
Amru lebih matang daripada dia dan boleh menolak perkara itu daripada berlaku. Ni
lah kelemahan Ami...sampai ke sudah dia menyalahkan Amru walaupun selepas
itu...rakan-rakan sebiliknya mula memberitahunya perkara sebenar. Namun dia
tidak boleh menerima Amru yang memang nak bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka.
Jodoh mereka
amat kuat apabila mereka dijodohkan oleh keluarga. Adik Amru yang hendak
berkahwin dengan abang Ami tidak boleh berkahwin selagi Amru tidak berkahwin. Oleh
itu, perkahwinan mereka mula diatur. Pada Amru ni adalah kesempatan terbaik
untuknya namun pada Ami ni adalah bala untuk hidupnya. Dia tidak boleh bersama
Amru kerana sentiasa dibayangi trauma peristiwa hitam mereka.
Amru sungguh
seorang lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang. Dia tidak kisah dan ambil
hati dengan sikap keras kepala Ami. Dia sentiasa cuba memenangi dan menawan
hati keras milik isterinya itu. Tambahan pula, Amru telahpun mengatur agar Ami
sentiasa berada di depan matanya apabila Ami ditempatkan praktikal di syarikat
tempat Amru berkerja. Memanglah ada langau yang muncul. Bella muncul juga
nakkan Amru semula tetapi akhirnya menemui ajal sendiri kerana terlalu mengikut
emosi hati. Yana pula yang tidak habis-habis menganggu hidup Amru dan Ami. Dia tidak
mempercayai Amru sudah berkahwin kerana
Ami meminta Amru merahsiakan perkahwinan mereka sepanjang dia praktikal di
situ.
Akhirnya peristiwa
di Genting Highlands yang direka-reka oleh Yana telah membongkar hubungan
sebenar Amru dan Ami. Dari sini jugalah Lisa yang turut menyimpan perasaan
terhadap Amru terkedu apabila mengetahui hal sebenarnya. Namun semua ini
terlerai dengan baik. Banyak lagi cerita menarik ya...ada lagi kisah lain dalam
ni.....kisah Aali dan Kira...kisah Hafiz dan Wawa....jadi rugi kalau korang
tidak baca. K dapatan novel ini :-
1. JANGAN TERLALU MENGIKUT KATA ORANG
- Sikap mudah tercabar dengan kata-kata orang ni ada
positif namun lebih kepada negatif jika kita tidak mengawalnya. Yalah disebabkan
kita nak membuktikan pada orang yang kitapun boleh buat....jadi perkara yang
negatifpun kita nak buat juga. Tak payahlah nak membuktikan pada orang lain
kalau terang-terangan perkara itu membawa kepada keburukan.
2. BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK
- Jangan terlalu mengikut kata hati kelak memusnah diri. Utamakan
akal yang waras. Pertimbangkan sesuatu menggunakan akal bukannya menggunakan
gerak hati yang adakalanya lebih kepada emosi kita.
#Saya akan
cari novel ni untuk dijadikan koleksi...sebab novel ni saya pinjam namun saya
akan pastikan ada dalam simpanan saya he he....HATI YANG KAU SAKITI.....berjaya merawat
jiwaku dengan CINTA ASMA DAN FERHAD......he he.....